Tempoh hari, ada persoalan tentang bagaimana Islamic Bank (IB) boleh menawarkan Personal Financing (konvensional: Personal Loan) kepada pelanggan berserta profit (konvensional: interest)?

Kalau Car Financing, House Financing, difahami kerana ada aset yg dijual beli.
Antara perkara penting yg kita boleh tekankan terlebih dahulu di sini ialah:
1. Bank bukan badan kebajikan, tanpa dinafikan ada bank yg sudah mula menawarkan PF tanpa sebarang profit kepada golongan yg berkelayakan.
2. Di belakang bank ada Shariah Advisory Council (SAC) yg diselia oleh SAC Bank Negara Malaysia. SAC BNM telah pun mengeluarkan garis panduan untuk menjadikan sesebuah produk patuh Syariah dengan perbincangan demi perbincangan dengan industry player.
3. Diakui juga bahawa garis panduan tersebut tidaklah sempurna tetapi itulah alternatif terbaik buat masa sekarang. IB & Islamic Financial Institution (IFI) kian berkembang hari demi hari namun masih setahun jagung berbanding Conventional Bank (CB), 50 tahun berbanding 200 tahun.
4. Secara ringkasnya, riba itu haram, dan sebarang PINJAMAN tidak boleh dibayar lebih (qardh hasan) melainkan tanpa disebut atau disyaratkan oleh pemberi pinjam wang, atau dikira riba.
Namun, kalau peminjam yg mahu, dibenarkan malah digalakkan (qardh ma'a husni al-ada')
Jadi, bagaimana SACs menjadikan Personal Financing itu patuh Syariah? Asasnya, dengan jual beli barangan, komoditi, aset di pasaran.

"Tapi saya tak nak barang pun, saya nak duit sahaja."
Ya, bank pun faham kamu nak duit sahaja. SAC pun faham.
Nak bagi terus duit & minta bayar lebih tak boleh. Jadi, mereka pun gunakan jual beli komoditi sebagai perantara.
Asas akadnya ialah aturan Tawarruq:
A jual barang kepada B dengan harga RM150 secara hutang. Jadi B kena bayar RM150 kepada A.

B jual barang yang sama kepada C dengan harga RM100 secara tunai. B dapat RM100 drpd C.
Dalam praktikal bank:
a) Pelanggan mewakilkan Bank untuk beli dan jual komoditi di pasaran komoditi terbuka (PK).
b) Bank beli komoditi dengan harga kos (eg: RM1,000) dari PK sebelum Bank jual kepada Pelanggan.

Melalui pembelian ini, barulah Bank dikira memiliki aset tersebut. Kita tidak boleh jual barang sebelum memilikinya kan.
c) Mewakili pelanggan, Bank membeli komoditi tersebut drpd Bank dengan harga kos + keuntungan (eg: RM1,200) secara ansuran.

Melalui transaksi ini, pelanggan perlu membayar bank RM1,200.
d) Mewakili pelanggan juga, Bank menjual semula komoditi tersebut kepada PK dengan harga kos.

Melalui transaksi ini, pelanggan akan mendapatkan RM1,000 daripada hasil jualan komoditi tersebut.
e) Usai proses ni, pelanggan akan menerima harga kos komoditi tersebut secara tunai, dan bayar bank harga kos + keuntungan.
Ada tak elemen yg menjaga kemaslahatan dua-dua pihak?
1. Ta'widh (Pampasan, Bank)
2. Ibra' (Rebat, Pelanggan)
1. Ta'widh biasanya ada masa kita lambat bayar. Kita kena bayar ganti rugi kepada Bank dalam 1% setahun. Biasanya nilainya bawah RM1 bergantung kepada jumlah PF.
2. Ibra' pula diberikan kalau Pelanggan nak buat penyelesaian awal. Jadi sebarang margin keuntungan bank akan ditolak daripada baki.
Katakan:
Pembiayaan: RM1000
Keuntungan: RM500

Dah bayar: RM100 (RM60 Prinsipal + RM40 Keuntungan).

Nak buat penyelesaian awal:
Pembiayaan berbaki: RM940
Keuntungan berbaki: RM460

Bank akan suruh bayar RM940 sahaja. Keuntungan RM460 tu kira halal.
Adakah aturan ini sempurna?
Hakikatnya, ia masih tidak terlepas daripada sebarang kritikan. Ia tidak sempurna namun ia adalah alternatif terbaik buat masa sekarang.

Kalau ada apa-apa penambahan maklumat, akan ditambah pada bebenang ini. Wallahu a'lam.

Sekian.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Deathstroke

Deathstroke Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @LaughingBatsy

Mar 10
Batfleck membunuh dalam BvS?

Dah 20 tahun dia menjadi Batman.

Joker menyeksa mentalnya dengan membunuh Robin.

Superman pula muncul & mengakibatkan kemusnahan yg besar di Metropolis.

Batman yg sedang terseksa jiwanya menjadi semakin marah & ia mengelabui matanya...
...sehinggakan sebarang teguran sinis Alfred tak dapat diterima/diproses olehnya.

Lex pula secara konsisten di belakang tabir menanam bibit2 kebencian terhadap Superman dalam diri Batman, dan dia termakan dengan hasutan2 tersebut kerana dia sedang dikaburi oleh kemarahannya.
Akhirnya, dia sendiri menjadi seorang penjahat yg selama 20 tahun ini dia tentang terutamanya pembunuh ibu bapanya sendiri. Dialah salah seorang 'villain' dalam kisah BvS. Jika kalian benci kepada Batfleck, memang demikianlah sepatutnya respon kalian kerana...
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(