Superman pula muncul & mengakibatkan kemusnahan yg besar di Metropolis.
Batman yg sedang terseksa jiwanya menjadi semakin marah & ia mengelabui matanya...
...sehinggakan sebarang teguran sinis Alfred tak dapat diterima/diproses olehnya.
Lex pula secara konsisten di belakang tabir menanam bibit2 kebencian terhadap Superman dalam diri Batman, dan dia termakan dengan hasutan2 tersebut kerana dia sedang dikaburi oleh kemarahannya.
Akhirnya, dia sendiri menjadi seorang penjahat yg selama 20 tahun ini dia tentang terutamanya pembunuh ibu bapanya sendiri. Dialah salah seorang 'villain' dalam kisah BvS. Jika kalian benci kepada Batfleck, memang demikianlah sepatutnya respon kalian kerana...
...dia telah menjadi sama seperti para penjahat yg lain. Lex telah berjaya dalam misinya namun kecundang pada babak Martha. Perihal nama Martha, kalau tak PERHATIKAN babak ini betul2, kita memang akan rasa ia tak masuk akal tapi amatilah betul2 babak ini & kalian akan faham...
...Batman mula menyedari akan kemanusiaan Superman itu & sedar dia telah terjerumus ke dalam cahaya palsu (a beautiful lie, rujuk balik babak prolog) selama ini.
Kemuncaknya, pengorbanan Superman yg membuatkan Batman kembali ke pangkal jalannya. Itulah perkembangan wataknya.
Apapun, kita masih belum dapat melihat Batfleck beraksi secara solo lagi melainkan sangat sedikit. Bagi saya, tidak adil untuk kita menilainya secara putus dalam filem crossover & team-up.
Tempoh hari, ada persoalan tentang bagaimana Islamic Bank (IB) boleh menawarkan Personal Financing (konvensional: Personal Loan) kepada pelanggan berserta profit (konvensional: interest)?
Kalau Car Financing, House Financing, difahami kerana ada aset yg dijual beli.
Antara perkara penting yg kita boleh tekankan terlebih dahulu di sini ialah: 1. Bank bukan badan kebajikan, tanpa dinafikan ada bank yg sudah mula menawarkan PF tanpa sebarang profit kepada golongan yg berkelayakan.
2. Di belakang bank ada Shariah Advisory Council (SAC) yg diselia oleh SAC Bank Negara Malaysia. SAC BNM telah pun mengeluarkan garis panduan untuk menjadikan sesebuah produk patuh Syariah dengan perbincangan demi perbincangan dengan industry player.