There is nothing I can contribute except by capture moments of the flood situation in Taman Sri Muda for all of us to take as a lesson for the future. For all of us to remember about today, and make the best decisions for tomorrow.
Sepanjang perjalanan ke dalam, aku dapat lihat berbagai cara penduduk Taman Sri Muda gunakan untuk keluar dari banjir. Ada yang berjalan, ada yang berkayak, ada juga yang mendayung tilam.
Dah sampai dalam baru lah aku dapat tengok sendiri macam mana penduduk diselamatkan atau terima bantuan. Juga dapat lihat bot nelayan pun ada digunakan untuk tolong bawak keluar orang.
Ternampak sorang pakcik ni slow slow je lap lumpur kat kereta dia. Rasa sebak tengok, bukan aku sorang je rasa, brother2 askar semua pun rasa sedih tengok pakcik ni time ni.
Sepanjang perjalanan operasi menyelamat, ramai penduduk redah banjir yang keluar untuk cari barang-barang keperluan macam susu, pampers, roti dan lilin. Tapi malangnya masa tu dalam bot kami ada air mineral je. Jadi tak dapat nak tolong barang2 lain
Di pertengahan perjalanan kami, ada satu kawasan tinggi yang mana ada banyak lori tengah edarkan bantuan keperluan asas, keadaan kat situ dah macam kawasan pelarian kutip barang. Kesian tengok. Jadi kami turun juga dan topup beberapa barang penting.
Tapi tak semua orang sanggup redah banjir untuk pergi tempat bantuan tu, jadi ada yang decide untuk loot barang dari kedai berdekatan. People will do anything to survive. Please don’t judge them until you’ve walked in their shoes.
Kat darat ramai dah tunggu untuk bantu, tak payah cakap, semua tahu apa nak buat. Memang salute betul lah rakyat Malaysia. Lepastu kami teruskan operasi bantuan makanan pula termasuk barang keperluan lain.
Jadi mana yang tadi mintak lilin, pampers dan susu semua tu kami dapat bagi dah, kali ni siap dengan nasi dan air mineral. Yang menarik perhatian aku time ni, semua mintak benda yang perlu dan cukup untuk keluarga masing2 je. Tak mintak lebih.
Mana yang tingkat tinggi tu kreatif jugak lah pakai tali dengan beg je untuk hantar bantuan. Senang tak payah turun ambil kat bot. Dah masuk pukul 8 tu dah gelap gila. So army hantar aku balik dan dorang pun nak ambil kelengkapan lampu apa semua.
Saya menggunakan pendekatan yang sama seperti PM @anwaribrahim paculkan ketika disoal mengenai kasut yang dipakainya. Pemimpin itu harus mengizinkan persoalan supaya tidak ada syak wasangka. Jangan fitnah dan hukum orang. Jadi saya guna kesempatan yang ada untuk beri penjelasan.
Foto ini dirakam pada saat saya dipanggil masuk ke dalam pejabat untuk memotret perjumpaan antara PM dan MB Perlis. Sebagai jurufoto, kita harus cakna dengan suasana sekeliling. Peluang saya masuk ke pejabat bukan selalu, jadi sudah menjadi naluri untuk merakam momen tersebut.
Tidak sampai 30 saat selepas itu, MB Perlis masuk ke Pejabat Menteri Kewangan untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Jadi saya teruskan tugas utama saya untuk mengambil gambar perjumpaan tersebut di kedudukan yang sama saya memotret foto tadi.
2 hari lepas aku ada buat tinjauan ke Kampung Asahan, Bestari Jaya. Sebahagian tempat di sini masih belum surut air walaupun dah seminggu sejak mula banjir. Kampung Asahan ni betul-betul sebelah Sungai Selangor.
Makcik Habibah dan keluarga dia setiap hari duduk bawah khemah ni tunggu air surut. Tapi bila malam dorang tumpang rumah saudara di Kuala Selangor untuk tidur. Hari aku pergi tu dorang beli jaring pasang depan parit rumah dengan harapan dapat lah tangkap ikan alang alang air naik
Bantuan makanan katanya tiap hari ada orang hantar buat masa sekarang. Berbeza-beza NGO juga yang datang
Sejak aku guna Leica ni, banyak juga komen yang aku nampak contohnya “Pehh pakai Leica patut gambar lawa”.
Actually camera is just a medium untuk kau hasilkan work kau.
Jadi sempena #WorldPhotographyDay ni, aku nak tunjuk work yang aku hasilkan guna berbagai jenis kamera lain.
So aku mulakan lah dengan Leica M240. Aku dah gunakan kamera ni untuk beberapa assignment slow pace, but assignment najib haritu memang fast pace, kalau kau dah mahir dengan manual focusing and setting exposure, then it should be okay.
My favourite photo of all time. Pacquiao vs Matthysse. Yang ini aku gunakan Nikon D3S dan 24-70mm. Untuk sports photo ni knowledge yang penting adalah cropping and know the sports itself so boleh capture moment yang terbaik.