2 hari lepas aku ada buat tinjauan ke Kampung Asahan, Bestari Jaya. Sebahagian tempat di sini masih belum surut air walaupun dah seminggu sejak mula banjir. Kampung Asahan ni betul-betul sebelah Sungai Selangor.
Makcik Habibah dan keluarga dia setiap hari duduk bawah khemah ni tunggu air surut. Tapi bila malam dorang tumpang rumah saudara di Kuala Selangor untuk tidur. Hari aku pergi tu dorang beli jaring pasang depan parit rumah dengan harapan dapat lah tangkap ikan alang alang air naik
Bantuan makanan katanya tiap hari ada orang hantar buat masa sekarang. Berbeza-beza NGO juga yang datang
Kawasan estet kat sini pun masih belum surut air.
Penduduk gunakan kawasan kuil yang ada disitu untuk kumpulkan bantuan dan buat agihan.
Pergerakan dalam kawasan ni agak terbatas. Banyak jalan yang masih dinaiki air. Kereta-kereta rendah dinasihatkan untuk tak lalu jalan-jalan ni sebab ada kemungkinan sangkut.
Lorong-lorong rumah kat kampung ni kadang ada lebih dari 5 buah rumah, jadi bila air naik memang ramai juga tunggu tepi jalan besar.
Disebabkan aku tak dapat lepas jalan yang air agak tinggi, aku cuba keluar dari kawasan ni dan masuk semula dari Jalan Saga. Rumah keluarga Thamilselvan Yelumalai airnya dah surut, tapi kena bersihkan dulu sebelum boleh masuk semula.
Jadi ahli keluarga semua duduk dulu kat bawah khemah ni. Masak pun dorang masak kat luar ni je. Kalau boleh nampak, air pun tinggal kat kawasan luar rumah sahaja.
Uncle Arunasalam ni pun sama juga, air dalam rumah dah mula surut, tapi air depan rumah masih tinggi. Buat masa sekarang dia dengan isteri dia tidur dalam kereta dahulu.
Uncle Raman ni pula tinggal dengan cucu dia dalam van depan rumah. Sempat lepak agak lama kat sini dia ceritakan pengalaman selamatkan cucu-cucu dia dan hantar ke rumah saudara terdekat.
Bila saya masuk kampung ni ke dalam lagi, ada beberapa jalan yang gunakan bot untuk hantar bantuan makanan ke bahagian dalam. Saya tak sempat untuk tengok kawasan dalam sebab hari dah nak gelap.
Rumah-rumah dan jalan yang masih dinaiki air.
Sebelum aku keluar dari kampung ni, abang Kamsul Zahari ni kawan kawan dia terjumpa album lama dia yang terapung kat jalan.
Apa lagi, aku pun join ah dorang sembang mengimbau kenangan-kenangan lama dalam gambar yang dah rosak ni. Ada cerita waktu kahwin, cerita kumpul duit lama, gambar konsert Ella pun ada.
Sebelum kereta aku tersekat dalam kampung ni, aku pun keluar lepas azan maghrib dengan bantuan abang lori ni.
Jadi buat mana-mana sukarelawan yang nak bantu kawasan Kampung Asahan Batu 7 & Batu 8 ni, boleh lah datang untuk bantuan cuci rumah, pada mana rumah yang masih dinaiki air, boleh bagi bantuan toto, bantal dan selimut untuk mereka yang tidur di luar rumah.
Maaf aku lambat up gambar and story ni, semalam aku pergi tolong cuci rumah kakak aku kat Shah Alam pun banjir jugak. Kesian dorang masa banjir haritu ada kat kampung, jadi tak sempat selamatkan apa-apa. 😢
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Saya menggunakan pendekatan yang sama seperti PM @anwaribrahim paculkan ketika disoal mengenai kasut yang dipakainya. Pemimpin itu harus mengizinkan persoalan supaya tidak ada syak wasangka. Jangan fitnah dan hukum orang. Jadi saya guna kesempatan yang ada untuk beri penjelasan.
Foto ini dirakam pada saat saya dipanggil masuk ke dalam pejabat untuk memotret perjumpaan antara PM dan MB Perlis. Sebagai jurufoto, kita harus cakna dengan suasana sekeliling. Peluang saya masuk ke pejabat bukan selalu, jadi sudah menjadi naluri untuk merakam momen tersebut.
Tidak sampai 30 saat selepas itu, MB Perlis masuk ke Pejabat Menteri Kewangan untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Jadi saya teruskan tugas utama saya untuk mengambil gambar perjumpaan tersebut di kedudukan yang sama saya memotret foto tadi.
There is nothing I can contribute except by capture moments of the flood situation in Taman Sri Muda for all of us to take as a lesson for the future. For all of us to remember about today, and make the best decisions for tomorrow.
Sejak aku guna Leica ni, banyak juga komen yang aku nampak contohnya “Pehh pakai Leica patut gambar lawa”.
Actually camera is just a medium untuk kau hasilkan work kau.
Jadi sempena #WorldPhotographyDay ni, aku nak tunjuk work yang aku hasilkan guna berbagai jenis kamera lain.
So aku mulakan lah dengan Leica M240. Aku dah gunakan kamera ni untuk beberapa assignment slow pace, but assignment najib haritu memang fast pace, kalau kau dah mahir dengan manual focusing and setting exposure, then it should be okay.
My favourite photo of all time. Pacquiao vs Matthysse. Yang ini aku gunakan Nikon D3S dan 24-70mm. Untuk sports photo ni knowledge yang penting adalah cropping and know the sports itself so boleh capture moment yang terbaik.