"Weh aku ada nak beli rumah dekat sana tu, boleh tolong tak?"
"Boleh boleh takda masalah, duit deposit semua sudah ada ke?"
"Ready"
Jadi apa itu Deposit?
Deposit dalam pembelian jual beli rumah kedua (sub-sale) adalah merujuk kepada harga 10% daripada harga jualan rumah. Setiap orang yang ingin membeli rumah harus menyediakan deposit.
Deposit ini adalah sebagai "consideration" atau cagaran untuk tuan rumah jika penjual tidak mahu meneruskan jualan dan 10% Deposit tersebut akan diberikan kepada tuan rumah.
Jadi adakah 10% Deposit ini wajib? Semuanya bergantung kepada budi bicara tuan rumah.