"Weh aku ada nak beli rumah dekat sana tu, boleh tolong tak?"
"Boleh boleh takda masalah, duit deposit semua sudah ada ke?"
"Ready"
Jadi apa itu Deposit?
Deposit dalam pembelian jual beli rumah kedua (sub-sale) adalah merujuk kepada harga 10% daripada harga jualan rumah. Setiap orang yang ingin membeli rumah harus menyediakan deposit.
Deposit ini adalah sebagai "consideration" atau cagaran untuk tuan rumah jika penjual tidak mahu meneruskan jualan dan 10% Deposit tersebut akan diberikan kepada tuan rumah.
Jadi adakah 10% Deposit ini wajib? Semuanya bergantung kepada budi bicara tuan rumah.
1 - Ada tuan rumah yang memerlukan duit sebagai 'kata kunci' atau menunujukkan si pembeli betul betul serius terhadap jualan.
2 - Manakala tuan rumah yang santai, dan ingin membantu pembeli, kebanyakkan akan tunggu sehingga akhir jualan selesai.
Aku pasti ramai orang mencari-cari tuanrumah yang ingin 'waive' deposit, tapi apakan daya, sekarang semua perkara perlukan duit.
Situasi 2 itu tadi juga boleh berlaku sekiranya si pembeli perolehi kelayakan 100% terhadap pembiayaan rumah. Maknanya 10% deposit tersebut ada dalam pembiayaan (loan) tersebut.
Selama mana aku menguruskan urusan jual beli ini, selain menggunakan 'tabung rumah' yang lama kita kumpul semenjak universiti lagi, kita juga boleh menggunakan duit simpanan dalam KWSP.
Urusan pengeluaran duit simpanan di KWSP hanya boleh berlaku setelah Perjanjian Jual Beli telah dimatikan setem oleh pihak LHDN dan urusan pengeluaran boleh dipohon di mana mana KWSP yang berdekatan.
Proses hanya memakan masa selama 7 hingga 14 hari waktu berkerja sahaja.
Kesimpulannya, jual-beli rumah ini memerlukan rancangan jangka masa yang panjang, kerana ia melibatkan jumlah wang yang bagi aku sangat besar dan susah untuk dikumpul pada zaman mencabar ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh