Ini thread yg panjang. Saya baca satu kisah, ceritanya begini, ada seorang pelancong Mat salleh masuk ke sebuah kampung di daerah Toliara, Madagascar. Dia bawa bakul buah-buahan dan bertemu dgn budak-budak kecil yang tidak memakai baju dan seluar yang elok.
Mat salleh tu letak bakul buah-buah dibawah sepohon pokok dan dia bawa budak-budak kecil tu sedikit jauh dari bakul tersebut.
Dia kata, " antara kamu yang paling cepat menghampiri bakul buah itu, maka milik dia lah semua buah-buah ...". Dia suruh budak-budak kecil itu berlumba dapatkan bakul.
Peliknya, budak-budak itu menghampiri bakul dengan berpimpin tangan. Mat Salleh tanya, "kenapa kamu tidak berlari merebut bakul?"
Jawab mereka, "Ubuntu...ubuntu.."
Ada maksud pada jawapan Ubuntu ni. Jawapan "Ubuntu" ini mengingatkan saya pada kisah #throwback di negara Uganda, seorang rakan bernama Joel yang beragama Kristian.
...seorang rakan bernama Joel yang beragama Kristian, saya pernah menegurnya sewaktu dia sedang sibuk mengemas tikar-tikar sejadah untuk kaum muslim bersolat hari raya di masjid.
Saya tanya dia, " kenapa kamu harus sibuk menolong orang lain yang sembahyang ..?"
Dia jawab, " Nora, Kristian atau Muslim di negara ini, jika salah satu dari kami jatuh, kesemua kami akan jatuh..."
Joel ini kerjanya hanya seorang "runner" di hotel bersebelahan masjid tersebut. Seorang runner tiada pendidikan tinggi boleh berfikiran begitu, mengagumkan saya. World class mindset dari orang negara miskin.
Dan berbalik kepada kisah budak-budak yang menyebut Ubuntu tadi, melalui carian google saya belajar ;
Ubuntu ialah perkataan Afrika kuno yang bermaksud 'kemanusiaan kepada orang lain'. Ia sering digambarkan sebagai mengingatkan diri mereka bahawa 'Saya adalah diri saya hari ini kerana gabungan kita semua '. (I am what I am because of who we all are'.)
Cerita Joel dan jawapan Ubuntu dari budak-budak kecil tadi adalah satu pengajaran. Dan saya belajar memerhati, di tempat lebih moden sikap individualistik sangat tinggi, di tempat lebih miskin, mereka tinggi empati sesama mereka, tidak kira agama, tidak kira latar belakang.
Di tempat lebih miskin, tak ramai orang mahu berbalah isu agama, atau kepercayaan. "Perut jarang kenyang" tidak mengizinkan masa berbalah.
Ada waktu juga , "perut jarang kenyang" penyebab lebih empati dan simpati pada orang lain. Orang "kenyang" banyak masa untuk berbalah, mencari salah, menghukum dan lain lain lagi...
Sekadar pemerhatian. Selebihnya kawan-kawan boleh fikirkan sendiri. Sempena Hari Ester semalam, saya ucapkan selamat Hari Ester bagi penganut Kristian.
Semoga tulisan ini mbuka minda akan sesuatu. Thank you sudi baca.
-Nora Jane Wahab -
Penulis buku "270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik"
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Terima kasih pasukan penerbitan @Kiridaren dan @bibliobuku , partner penerbitan buku "270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik, Antara Cinta, Cita-Cita & Covid"
Kenapa tajuk ditulis "Antara Cinta, Cita-Cita & Covid ?". Kerana datangnya saya ke benua yang jarang mahu diterokai orang ini, menggalas Cita-Cita. Berlaku pula di tengah kemelut Covid, terjumpa pula sebuah cinta yang bersilih ganti dgn kehilangan cinta sejati akibat Covid juga.
Bab 1 - Bab 10 , saya menulis kisah perjalanan sudah sebaik mungkin mempersembahkan nilai-nilai berani seorang perempuan, "survival", toleransi, motivasi yang saya temui ditengah jalan di benua Afrika ini, semoga menjadi bahan "pembelajaran" yang tiada dalam buku teks sekolah.