Mat Hades Profile picture
May 6, 2022 28 tweets 7 min read Read on X
Tradisi lama di Afghanistan, Budak Lelaki Berpakaian Wanita Menari untuk Lelaki Berusia

[Ini adalah bebenang] Image
‘Bacha bazi’ secara literal bermaksud ‘permainan budak lelaki’. Bacha bazi merupakan satu tradisi lama Afghanistan yang mana lelaki-lelaki muda akan berpakaian seperti perempuan.
Kemudian, mereka akan disuruh untuk menari di hadapan lelaki-lelaki lebih tua di pesta, majlis kahwin dan keramaian peribadi. Lelaki-lelaki muda ini ada tuan masing-masing. Mereka ini dimiliki oleh lelaki bujang atau yang sudah berkahwin untuk disimpan seperti gundik. Image
‘Bacha bereesh’ pula gelaran bagi budak-budak lelaki yang tidak mempunyai janggut. Di Afghanistan, budak-budak seperti ini memang menjadi kegemaran lelaki-lelaki kaya dan berkuasa untuk dijadikan simpanan mereka. Image
Bacha bereesh yang jadi penari ini selalunya berumur dalam lingkungan lapan hingga 18 tahun. Mereka akan dipakaikan pakaian perempuan, bermekap dan loceng di kaki. Kemudian mereka akan diarak untuk menari dikelilingi oleh lelaki-lelaki berusia. Image
Secara amnya, memang perkara biasa di Afghanistan untuk lelaki menari di pesta-pesta keramaian sebab ada pemisahan yang ketat antara lelaki dan perempuan. Tuan-tuan mereka siap buat pertandingan menari lagi antara bacha bereesh mereka.
Malah yang lebih tragik lagi, ada bacha bereesh yang semuda sepuluh tahun menjadi mangsa pemuas nafsu seks tuan-tuan mereka selepas selesai menari. Image
Menjadi perkara biasa apabila bacha bereesh akan mendapat tuan baru kerana tuan-tuan mereka akan menjalankan aktiviti jual beli bacha bereesh sesama mereka. Status seseorang tuan itu diukur bacha bereesh siapa yang paling cantik dan paling pandai menari. Image
Memandangkan tradisi bacha bazi ini diterima secara meluas di Afghanistan, ianya tak dianggap sebagai satu perlakuan homoseksual walaupun dilarang keras oleh Islam.
Macam mana bacha bazi ini boleh wujud?

Dikatakan kewujudan penari-penari lelaki ini berasal dari Rusia pada abad ke-19. Ada juga kajian yang menyatakan bacha bazi ini berasal dari Turkestan di Asia Tengah. Image
Kajian lain pula menyatakan yang amalan menyimpan bacha bereesh ini ada kena-mengena dengan Seyyid Mir Mohammed Alim Khan, seorang Amir dari Bukhara yang juga merupakan keturunan terakhir Genghis Khan. Mir-Alim ini ada rumah pelacuran wanita dan lelaki. Image
Sewaktu beliau diserang dari Bolsheviiks, beliau telah lari ke Afghanistan untuk perlindungan pada 1920.
Tradisi bacha bazi ini boleh dibandingkan dengan sejarah köçek, iaitu satu tradisi Turki yang memakaikan budak lelaki dengan pakaian wanita untuk menari dan menghiburkan orang semasa zaman Empayar Uthmaniyyah dulu. Image
Tapi, amalan köçek di Turki ini diharamkan pada 1857 semasa pemerintahan Sultan Mahmud. Jadi, ramai penari lelaki ini lari ke Mesir.
Bacha bazi ini sudah menjadi amalan biasa dalam kalangan penduduk Pashtun luar bandar di sekitar selatan dan utara Afghanistan Pashtun dan juga etnik Tajik di utara Afghanistan.
Panglima-panglima mujahidin perang Afghanistan yang melawan pencerobohan Soviet juga terlibat dengan bacha bazi ini.
Macam mana pemilihan bacha bazi ini dilakukan?

Selalunya budak-budak lelaki akan dipilih berdasarkan rupa mereka yang cantik dan datang dari keluarga miskin. Image
Kadang-kadang ada keluarga yang setuju untuk jadikan ahli keluarga mereka dimiliki oleh tuan-tuan bacha bereesh ini. Kemudian, budak-budak lelaki tersebut akan diambil dan diajar menari dan menyanyi.
Tarian dan mereka diorang depan lelaki-lelaki berusia ni akan dirakam untuk dijual sebagai DVD. Apabila umur mereka mencecah umur 18-19 tahun, tuan-tuan mereka akan kurang berminat pada mereka dan akan dilepaskan oleh tuan masing-masing. Image
Apabila sudah bebas, bacha bereesh ini boleh berkahwin dan mendapat status sebagai seorang ‘lelaki’ tetapi stigma sebagai penari bacha bazi memang kuat dan mereka akan dipandang serong. Image
Pemilik bacha bereesh juga sering mengungkap kata-kata; “Perempuan berfungsi untuk menjaga anak dan lelaki muda digunakan untuk berseronok.” Jadi itu sebabnya, budak-budak lelaki jadi pilihan mereka untuk melepaskan nafsu. Image
Taliban memang benci dengan tradisi bacha bazi. Mereka pernah haramkan bacha bazi ini semasa memerintah Afghanistan dulu.
Menurut satu kenyataan daripada Kandahar Comes out of the Closet, salah satu sebab Taliban boleh berkuasa di Afghanistan pada awal 1990-an dulu adalah disebabkan penentangan mereka terhadap pedofilia.
Walaupun bacha bazi merupakan perkara tabu semasa pemerintahan Taliban, tetapi tradisi ini masih dijalankan secara rahsia. Apabila komander-komander mujahidin kembali berkuasa pada 2001 selepas Taliban disingkirkan, merekaa bawa semula tradisi bacha bazi ini. Image
Selepas 2001, tradisi bacha bazi semakin berkembang dan diamalkan di kebanyakan tempat di Afghanistan. Disebabkan tiada undang-undang di kawasan Pashtunistan dan utara Afghanistan, jenayah pedofilia memang berleluasa.
Kanak-kanak lelaki dirogol, diculik dan diperdagangkan untuk meningkatkan lagi pengaruh dan kuasa seseorang. Image
Kalau rajin membaca, ada sebuah novel berjudul The Kite Runner daripada penulis terkenal Khaled Hosseini juga bercerita tentang bacha bazi di Afghanistan. Image
Sumber :

1. Kamalia Ramlan

2. Bbc

3. Foreign policy

4. Humanrights

Subscribe Youtube Channel

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

Oct 11, 2022
Harapan 22 bulan, dapat inisiatif RM30 sahaja ke?

Taklah. Ini senarai kejayaan yang lain.

#GE15 #HarapanUtkMalaysia #Harapan Image
1. Vaksin Pneumokokal percuma yang mana sebelum ini ibu bapa perlu bayar mahal.

2. Heret perasuah besar ke penjara

3. Kurangkan cabutan judi dari 22 cabutan kepada 8 sahaja.
4. Indeks persepsi rasuah turun memperbaiki kedudukan rasuah negara dari 62 ke 51.

5. Kecilkan saiz kabinet

6. Harga tol turun berperingkat bermula 18%

7. Harga internet turun

8. Kawal harga minyak. Laksanakan harga siling petrol
Read 5 tweets
Aug 1, 2022
Satu-satunya negara yang ada Unit Khas Anti Sihir ialah Arab Saudi.

[Ini adalah bebenang]
Pada tahun 2009, pihak berkuasa Arab Saudi yang dikenali sebagai Polis Agama telah menubuhkan satu unit khas yang dinamakan sebagai Unit Anti Sihir.
Tugas utama pasukan khas ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang keburukan menggunakan sihir. Mereka juga menyelesaikan masalah berkaitan sihir seperti mengubati pesakit, memusnahkan sihir yang dihantar dan menghapuskan objek yang dipercayai berkaitan amalan sihir.
Read 14 tweets
Jun 14, 2022
Kisah Sistem Kasta India yang Kenakan Cukai Tutup Dada

[Ini adalah bebenang] Image
Semasa era pemerintahan kolonial British di India yang dikenali sebagai British India, negeri-negeri di India (ketika itu) dipecahkan kepada beberapa wilayah berbeza diperintah keluarga di-raja, di bawah naungan British.
Salah satu wilayah yang ada adalah kerajaan Travancore, terletak di bahagian selatan India atau lebih tepat di Kerala dan Tamil Nadu kini. Image
Read 31 tweets
May 28, 2022
Kisah 5 Pembunuh Bersiri Kejam yang Tidak Popular

[Ini adalah bebenang] Image
1. Karl ‘The Forgotten Cannibal’ Denke

Dilahirkan pada tahun 1870, Karl Denke adalah seorang pembunuh bersiri Prussian yang membunuh 31 mangsa dan mendapat keuntungan dari kejahatannya. ImageImage
Di bandar lama iaitu Münsterberg, Karl adalah seorang wira masyarakat tempatan yang menjual daging yang lazat di gerainya di pasar. Image
Read 31 tweets
Feb 24, 2022
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?

[Ini adalah bebenang]
Situasi hari ini adalah yang paling getir dalam sejarah 30 tahun Ukraine yang terperangkap dalam persengketaan antara Rusia dan Amerika Syarikat serta sekutu Eropahnya.
Ukraine yang dilihat membelakangi Rusia dan menyokong perikatan Barat seperti NATO dan Kesatuan Eropah kini berhadapan dengan ujian terbesar mereka.
Read 44 tweets
Feb 14, 2022
Sejarah Ringkas Valentine's Day Dan Kenapa Disambut Pada 14 Februari

[Ini adalah bebenang]
Gereja Katolik mengiktiraf sekurang-kurangnya tiga orang paderi yang bernama Valentine atau Valentinus, yang semuanya telah didakwa "mati syahid".
Satu legenda berpendapat bahawa Valentine adalah seorang paderi yang berkhidmat ketika abad ketiga di Rom.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(