Hi WEALTH Profile picture
May 16 21 tweets 6 min read
Manusia terkaya dunia, Elon Musk baru-baru ini telah berjumpa dengan Presiden Indonesia, Pak Jokowi untuk membincnagkan pelaburan Tesla di sana.

Apa sebenarnya yang Indonesia ada yang kita tak ada?

Ini adalah bebenang 🧵 5 sebab Elon pilih Indonesia dan bukan Malaysia. Image
Kenapa kita kena kisah?

Technically, Malaysia ni ibarat ‘abang long’ dalam bab pembuatan kereta sendiri di Asia Tenggara.

By right, kita adalah negara pertama yang Elon Musk refer sebab kita berpengalaman dalam bab buat kereta ni.

Tapi it doesn’t happen. Why?
1. Institut Automotif Yang Bermasalah

Badan automotif Malaysia, Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things (MAAri) terpalit rasuah.

CEO nya, Dato’ Madani Sahari telah dicekup oleh MACC setelah dikatakan menerima suapan bernilai RM14.9j utk geran projek bernilai RM85j. Image
Kesalahan ini direkodkan berlaku pada tahun 2018 sehingga 2020 dan masih lagi dalam siasatan.

Baca mengenainya di sini: dsf.my/2022/03/marii-…
2. Polisi EV Roadmap Indonesia

Pada tahun 2019, Pak Jokowi telah menandatangani polisi untun mempromosikan kenderaan elektrik Indonesia.

Polisi ini mempunyai roadmap jelas tentang kemahuan Indonesia untuk membangunkan kenderaan elektrik seperti: Image
⁃ 20% dari jumlah kenderaan yang dibina di Indonesia adalah kenderaan elektrik menjelang 2025 (400,000 buah kereta)
⁃ 20% jumlah motosikal yang dibina juga adalah motosikal elektrik
⁃ menyediakan 1,000,000 kenderaan elektrik utk dipasarkan di pasaran ASEAN

Dan banyak lagi.
Kementerian Industri Indonesia juga claim mereka ada 15 pembuat motosikal elektrik domestik yang mampu mengeluarkan 877,000 motosikal elektrik setahun.

Dasar automotif ini juga mewajibkan kereta elektrik yang dihasilkan wajib mempunyai atleast komponen tempatan 80% by 2030. Image
Jadi jika ada investor EV yang nak masuk ke Indonesia, makin cepat mereka masuk melabur, lagi kurang pening kepala mereka sebab kena pakai less komponen lokal.

Ini juga akan memperkasakan industri pembuatan automotif lokal Indonesia & eksport spare parts juga semakin meluas.
Berbeza dengan Malaysia.. kita langsung tak ada dasar pembuatan automotif untuk kenderaan EV & tiada kilang yang mampu nak buat motosikal EV sebanyak Indonesia.

Sebelum PM Ismail Sabri, ex PM Najib Razak juga pernah ke US untuk melawat kilang Tesla pada tahun 2016. Image
Hasil dari pertemuan tu, beliau mendapat persetujuan dari Tesla untuk bawak masuk 100 Tesla Model S, dan jadi negara pertama di ASEAN untuk memilikinya -

namun tiada perkara 'impactful' lain yang pernah dilaporkan dari pertemuan ini. Image
3. The Numbers Game

Indonesia mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang ramai.

Sebagai pembandingan, nisbah rakyat Malaysia (termasuk warga asing) adalah 1:8.

Jadi market untuk pasaran EV juga jauh lebih besar dari negara ASEAN yang lain. Image
Sebagai contoh, pada tahun 2019, jumlah kenderaan 4 roda yang dijual di Indonesia adalah sebanyak 1,030,126 unit manakala bagi kenderaan dua roda pula adalah sebanyak 6,487,460 unit.

Di Malaysia, jumlahnya adalah 604,287 unit bagi kereta & 450,691 bagi jualan motosikal.
4. Kekayaan Hasil Bumi Indonesia

Seperti Malaysia, Indonesia juga kaya dengan hasil bumi.

Malah, Indonesia juga adalah negara yang memiliki hasil bumi yang banyak seperti kuprum, nikel & timah.

Lebih spesifik, Indonesia adalah negara yg mempunyai deposit nikel terbesar dunia. Image
Nikel merupakan bahan penting untuk pembinaan EV & bateri elektrik - membolehkan ia dihasilkan dgn lebih murah, sambil mengurangkan kebergantungan kpd China.

Pak Jokowi be like.."We are sitting on a gold (read:nickel) mine. Why not we utilize it?" - something like that la kot.
Malah, sejak beberapa tahun lepas, Jokowi juga turut mencadangkan kepada Elon agar lokasi strategik negara Indonesia juga dijadikan tapak pelancaran roket Space X, namun masih belum tiada kata putus dicapai.

So, kiranya Pak Jokowi nak bagi bundle investment deal la Elon Musk.
5. Faktor-Faktor Lain

Antara kelebihan lain yang dimiliki oleh Indonesia adalah kerajaan yang stabil.

Berbanding Malaysia, sejak tahun 2018, kita telah bertukar Perdana Menteri sebanyak 3 kali dalam tempoh satu penggal.
Tanpa kerajaan yang stabil, pelabur sukar untuk masuk kerana pelbagai polisi ekonomi boleh berubah & tak syok plan utk jangka masa panjang.

Dasar percukaian yg tidak popular seperti Cukai Makmur juga menyebabkan pelabur luar takut utk masuk dan membina keuntungan di Malaysia.
Namun, syarikat seperti Hartalega mengakui bahawa syarikat tersebut sebenarnya mengalami kerugian setelah terpaksa membayar Cukai Makmur.

TBF, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, wang dari Cukai Makmur digunakan untuk membantu kos kesihatan negara. Image
Selain itu, Malaysia juga mempunyai dasar gaji minimum yang lebih tinggi dari Indonesia.

Awal tahun ini, gaji minimum di Indonesia dinaikkan ke Rp 4,641,854 bersamaan RM1,392 - manakala gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500.

Which is also a considerable factor for investor.
At the end of the day, punca utama mengapa kita ‘kalah’ kepada Indonesia ini adalah dari pelbagai faktor, dari dasar kerajaan, kestabilan politik, kekayaan penduduk dan hasil bumi serta dasar ekonomi.

Ada faktor yang kita boleh control, ada faktor yang memang unchangeble.
Apa agaknya yang kerajaan patut buat untuk counter balik offer yang Pak Jokowi buat kepada Tesla?

Apa yang kita ada yang Indonesia tidak ada untuk dijadikan leverage?

Let us know in the replies.

RT/ Quote this tweet if you learn something new. It means alot to us! - Eleena 💜

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Hi WEALTH

Hi WEALTH Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @HiWealthAsia

May 15
Recently, makin banyak kompeni yang melancarkan NFT yang ada utiliti (kegunaan) mereka di Malaysia.

Selepas MyEG, minggu lepas KFC juga telah memperkenalkan koleksi NFT mereka sendiri di OpenSea.

Berikut adalah 10 jenama terbesar lain di dunia yang telah menyertai dunia NFT:
1. Adidas

Adidas Original mengumumkan siri NFT mereka pada akhir tahun lepas dengan kolaborasi bersama BAYC.

Pemilik NFT Adidas ini mempunyai akses untuk ‘virtual wearables’ Adidas untuk digunakan dalam dunia gaming, The Sandbox.
Latest news, awal tahun ini Prada juga berkerjasama dengan Adidas untuk melancarkan siri NFT mereka di rangkaian Polygon.

Adidas + Prada = 💥
Read 25 tweets
May 13
Kita selalu dengar orang cakap yang “Kalau nak kaya either berniaga atau pun melabur.”

Tapi bila melabur, rugi. Ada yang hilang segalanya sekelip mata.

Ada satu rule yang kalau ikut, iA akan selamat & tenang biarpun duit pelaburan kita rentung.

Ini adalah🧵ilmu kewangan.
2. Tambah-tambah bila tengok senarai Top 10 orang terkaya di Malaysia dan di dunia pun melabur. Kawan-kawan kita yang nampak hidup mewah pun ramai yang berniaga.

3. Jadi kita pun rasa nak meniaga. Tapi tak ada masa. So kita pilih untuk buat passive income dengan belajar melabur.
4. Ada yang melabur dalam stock. Ada yang melabur dalam emas. Ada yang melabur dalam ASB. Ada yang melabur dalam kripto.

5. Bagi kita, melabur ni sebenarnya kita “tanam” duit kita dalam instrumen kewangan yang berisiko, tapi at the end kita nak dapat hasil.
Read 19 tweets
May 13
Sharing Nota Halaqah Kripto (11 Mei 2022):

Playbook On How To Survive Bear Market By Cikgu Fahmi

Kekayaan sebenarnya tercipta sewaktu positioning yang betul time market bearish.

Ini strategi main kripto masa market tengah merah. 🧵
Kita tak tahu bear market ni berapa lama - 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan. We cant control it.

So, kita nak discuss a playbook untuk manfaatkan bear market - as CASH IS KING.

Kita control apa kita boleh control sebab misi kita nak “survive” bear market ni.
For you the reap the rewards in the bull market, we need a very good strategy during this bear market.

It’s important to position ourselves correctly - so kita dapat maximize gain bila bear market cycle kembali.
Read 14 tweets
May 12
Stablecoin UST “Barai” Di Bawah Nilai 1 USD, Memahami Apa Sebenarnya Jadi?

Theoritically, sepatutnya 1 USD = 1 UST.

Tapi pada value dia 'tersontot' sampai 0.30 USD (70% loss) pada pukul 3.40 pagi semalam. Ramai panik sampai #cryptocrash trending.

Apa sebenarnya jadi? Read up. Image
FYI dalam dunia kripto, stablecoin adalah coin yang paling stabil harganya. Sebab satu stablecoin akan disandar dengan duit fiat / komoditi / crypto lain / algoritma.

Meaning, harga dia always takkan jatuh/naik terlalu jauh dari value 1 USD.

Eg: 1 UST = 1 USD
Contohnya, dalam kes stable coin USDC, bila kita beli 1 USDC di exchange, UDSC akan ditempa (mint). 1 USD kita akan masuk dalam pool USDC.

1 USDC nilai tukaran dia 1 USD.

And when kita jual balik 1 USDC utk convert kepada cash, USDC tu akan diburn & kita dapat balik 1 USD.
Read 15 tweets
May 11
Sebentar tadi, Bank Negara Malaysia umumkan kenaikkan OPR sebanyak 25 points ke 2.0%.

Meaning, interest dari pihak bank akan naik & sangat memberi kesan terhadap golongan B40 & M40.

But, there’s more to it. Biar kami jelaskan apa yg sebenarnya berlaku.

Ini adalah bebenang. 🧵
1. Apa makna kenaikan ni sebenarnya?

First, kena faham:

Bila OPR naik, automatik bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank akan naik.

Bila OPR naik, kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank akan diperketatkan.
Bila OPR naik, jumlah bayaran semula untuk pembelian rumah / kereta / pinjaman peribadi yang baharu juga akan naik.

Bila OPR naik, ia memberi isyarat kepada pelabur asing yang keadaan ekonomi negara makin memulih - buat pertama kali selepas pandemik.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(