Sosok sebenar Hang Li Po masih menjadi misteri sebab namanya tak disebut dalam rekod sejarah China ketika itu iaitu Ming Shilu (明實錄) dan Ming Shi (明史).
Sedangkan nama-nama Sultan Melaka dicatat termasuk Sultan Mansur Shah (suami Hang Li Po).
Menurut rekod sejarah China ni, Kerajaan Ming (1368-1644) ada hubungan yang sangat baik dengan Melaka atau Manlajia (滿剌加). Maharaja Yongle mengurniakan sepasang "jubah naga bersulam emas" (金繡龍衣) kpd Parameswara & mengurniakan darjat "raja" (王) kepadanya. Level Korea ni.
Ming Shi juga mencatat bahawa Sultan Mahmud Shah hantar utusan ke China untuk minta bantuan semasa Portugis menyerang Melaka. Tapi lambat sampai. Bila sampai je dah nampak Portugis menyamar jadi orang Melaka duduk kat istana Ming. Maharaja Ming lepas tahu terus halau Portugis.
Jadi, agak pelik nama Hang Li Po tak ada dalam sejarah kalau betul dia puteri kerajaan Ming. Dan lagi pelik mana datang nama "Hang" dia tu sedangkan nama kerabat maharaja Ming ialah Zhu (朱). Sampai hari ni ahli sejarah masih belum jumpa jawapan.
Tapi jangan terus melabel kitab sejarah Melayu "menipu" atau buat spekulasi melulu sultan kena tipu ke apa. Cuma, lebih banyak usaha perlu diadakan bagi merungkai misteri ini.
Kaifeng adalah bandar di wilayah Henan di China tengah. Di sini ada satu kejiranan sekitar 500 hingga 1,000 orang yang mendakwa diri sebagai keturunan orang Yahudi.
Rupa mereka ni tak nampak beza dengan orang China Han biasa. Nama pun nama gaya Han. Macam 5 wanita tadi nama mereka adalah Li Yuan, Yue Ting, Gao Yichen, Li Jing dan Li Chengjin. Tak nampak mana keYahudiannya.
Nenek moyang orang Hui merupakan orang Asia Tengah yang memasuki China semasa zaman pemerintahan Mongol di China (1234-1368). Kebanyakan mereka menetap di kawasan barat laut (seperti Gansu dan Ningxia) dan selatan (Yunnan). Di kawasan utara seperti Beijing juga ramai.
Zheng He iaitu pelayar terkenal pada zaman Ming adalah orang Hui dari keturunan orang Asia Tengah. Leluhurnya Sayyid Ajall Shams al-Din Omar berasal dari Bukhara dan dilantik sebagai gabenor Yunnan oleh kerajaan Mongol.
Tulisan Cina yang paling awal ialah Jiaguwen (甲骨文) pada zaman Shang yang wujud antara tahun 1600 hingga 1046 Sebelum Masihi, iaitu 3622 hingga 3068 tahun yang lalu.
Tulisan ini ditulis atas cengkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan, sebab tu dipanggil Jiaguwen yakni "tulisan cengkerang dan tulang". Orang putih panggil "oracle bone script" sebab cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China purba untuk tujuan tilikan.
Sebelum zaman Silla, Semenanjung Korea terdiri daripada 3 negara utama iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla (ada lagi satu negara bernama Gaya tapi tak penting sangat).
Ahli sejarah panggil zaman ni sebagai Samguk Sidae (삼국시대/三國時代) atau Zaman Tiga Kerajaan.
Tiga kerajaan ni saling berperang antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka juga menerima pengaruh budaya China seperti agama, tulisan dan pakaian. (Orang Silla nampak jambu sikit sebab budaya Hwarang).
Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.
Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing.
Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian.