Hanya sekitar 10% manusia bermata biru. Pada asalnya semua manusia bermata coklat-hitam. Tetapi sekitar 10,000 tahun lalu, berlakunya mutasi yang menyebabkan mata sebahagian manusia bermata biru. Kajian mendapati setiap orang bermata biru berkongsi leluhur yang sama.
Pada zaman dulu, mata biru adalah sangat asing sebab asalnya mata kita berwarna coklat. Tetapi ia dapat merebak dari utara Eropah dan England hingga ke Asia Tenggara, tanah Amerika dan sebahagian Asia lain.
Populasi mata biru paling tinggi berada di Eropah.
Saintis melihat, sekiranya mata biru tidak begitu penting dan tidak memberikan kelebihan, populasi bermata biru sepatutnya pupus kerana populasinya kecil pada zaman dulu.
Mata berwarna biru mungkin memberikan tarikan fizikal yang menarik sehingga berlakunya pemilihan seksual (sexual selection) ke arah populasi manusia bermata biru. Pemilihan seksual ini menyebabkan populasi manusia bermata biru membiak dan kadar populasinya meningkat.
Selain itu, mata biru memberikan kelebihan untuk menyerap cahaya lebih banyak berbanding mata coklat. Orang yang bermata biru dapat melihat dalam gelap lebih baik daripada orang bermata coklat. Kelebihan ini mungkin penting pada iklim sekitar 10,000 tahun lalu.
Ataupun mungkin terjadi disebabkan oleh hanyutan genetik (genetic drift), yang mana manusia bermata biru dihalau keluar daripada populasi kerana kelihatan pelik dan melebarkan sayapnya sendiri.
Kalau minat benda-benda macam ini, boleh pra-tempah buku terbaru saya:
Sebentar tadi diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam pusat galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).
Lohong hitam ini berjisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada Matahari & terletak di 25,800 tahun cahaya dari Bumi.
Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 25,800 tahun cahaya dari Bumi, bersamaan dengan sekitar 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 25,800 tahun yang lalu.
Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu.
Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah.
Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.
Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV.
Genesis II mengisahkan sejarah besar manusia. Saya bahagikan sejarah besar manusia kepada lima bahagian - kemunculan manusia, Revolusi Kognitif, Revolusi Pertanian, Revolusi Industri sampailah ke Transhumanism.
Fasa pertama berlaku sejak 300,000 tahun lalu. Fasa pertama adalah fasa munculnya manusia (Homo Sapien) & merupakan fasa manusia paling primitif. Fasa ke-2 berlaku sekitar 70,000 tahun lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif, merupakan fasa keupayaan kognitif manusia berevolusi.
Manusia mula mahir berfikir secara abstrak, mahir berteori tentang alam di sekelilingnya, imaginasinya semakin luas, dapat menceritakan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat dan dengari, pandai bermain musik, melakar seni dan mewariskan pengetahuan.
Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.
Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?
1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.
2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.
Beberapa hari lepas, pemindahan organ haiwan dari organ khinzir kepada manusia berjaya dilakukan di Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama manusia berjaya menggunakan buah pinggang khinzir bagi menggantikan organnnya yang tidak berfungsi lagi.
Projek menggunakan organ haiwan dikenali pemindahan-xeno (xenotransplant) telah bermula sejak 70-an lagi. Pada ketika itu, saintis pernah menggunakan organ primat (chimpanzi, bonobo, dll) untuk menggantikan organ pesakit yang telah rosak.
Primat adalah calon terbaik pada waktu itu kerana anatomi & fungsi organnya menyamai manusia. Projek ini menemui kegagalan & dihentikan kerana terdapat banyak komplikasi & penolakan oleh tubuh pesakit. Organ primat memberikan risiko bawaan virus yang berbahaya kepada manusia.
Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.