Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Kebanyakan kes adalah RINGAN.

Untuk sesetengah kes, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk.

Untuk negara seperti Malaysia (negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Tempoh inkubasi adalah pendek iaitu 1-2 hari, boleh sehingga 4 hari.

Antara gejalanya:
✅Demam
✅Selesema
✅Sakit tekak
✅Batuk
✅Sakit kepala
✅Sakit badan
✅Sukar bernafas
✅Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
Cara penularan adalah melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila seseorang bercakap, batuk atau bersin dan kena pada individu lain.

Jangkitan boleh terjadi apabila titisan jatuh di permukaan dan individu menyentuh permukaan tersebut.
Golongan berisiko:

✅Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
✅Wanita hamil
✅Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
✅Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
✅Individu obes
✅Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah
Untuk rawatan, virus adalah self-limiting, virus akan mati sendiri. Jadi, untuk jangkitan ringan, doktor akan memberikan ubat simptomatik yang akan membantu mengurangkan gejala.
Jika sudah mula menyerang paru-paru, doktor akan memberi rawatan yang tertentu untuk merawat seperti ubat anti-viral. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor segera jika keadaan memburuk.
Bagaimana untuk mencegah?

✅Amalkan tahap kebersihan diri; kerap membasuh tangan menggunakan air & sabun atau hand sanitizer;
✅Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut & hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau pelitup muka;
✅Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
✅Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
✅Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
Salah satu pencegahan yang baik adalah mengambil suntikan influenza yang akan membantu memberikan perlindungan tambahan kepada individu. Suntikan vaksin boleh diberikan seawal umur 6 bulan. Suntikan ini direkomendasi diambil secara tahunan.
Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh WHO bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim.
Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

Semoga ianya bermanfaat

Sumber:
infosihat.gov.my/influenza.html

#PublicHealth #MedTweetMY

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Khairul Hafidz

Khairul Hafidz Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @khairul_hafidz

Jun 25
Dalam kesihatan awam, untuk kes-kes ILI, kami telah mempunyai sistem survelan yang amat baik. Salah satunya adalah survelan sentinel yang mana ada klinik yang terpilih di dalam satu daerah yang akan mengambil sampel klinikal yang akan dihantar ke makmal dan laporan harian ke PKD.
Jadi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengambil maklum jika terdapat peningkatan kes-kes ILI di daerah dan akan melaporkan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan JKN ke KKM HQ.

Oleh kerana itu, kita boleh tahu jika terdapat outbreak of ILI seperti keadaan sekarang ini.
Diharapkan supaya orang ramai boleh menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mengamalkan kaedah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti.

#PublicHealth #MedTweetMY
Read 4 tweets
Apr 25
Hati-hati, sakit gastrik (pedih ulu hati) ada kemungkinan juga sebenarnya adalah serangan jantung.

Gejala serangan jantung ini ada gejala typical dan ada gejala atypical (tidak typical).

Apa gejala typical dan atypical tu?
Gejala typical antaranya adalah sakit dada di sebelah kiri terasa seperti tekanan atau dihempap, berpeluh sejuk, sakit itu menjalar ke tangan kiri (atau kedua tangan, leher, rahang atau belakang), sesak nafas, loya atau pening.
Dan terdapat juga gejala atypical (tidak typical) seperti keletihan, lemah badan, rasa kebas atau kesemutan pada bahagian atas badan, berdebar-debar, rasa sebu, hilang selera makan, rasa keliru dan tak kurang juga merasa pedih ulu hati atau gastrik ini tadi.
Read 11 tweets
Oct 4, 2021
Ini lah dia perangai belit antivaks tegar.

Woi pengecut ksaemon, punya panjang aku refute fakta kau, kau tak jawab dan ubah isu lain. Shifting the goal post ni memanglah perangai antivaks tegar. Jawab fakta aku bagi tu.

Ni isu herd immunity, mari sini aku nak beritahu kau.
Herd Immunity ni awal dulu para profesional buat target ini sebelum delta variant. Jadi para profesional target 70-80%. Tapi bila delta variant ni dah muncul, calculation nya menjadi lebih tinggi.
Untuk delta variant, boleh jadi untuk capai herd immunity kita perlu sampai 95-99% which is IMPOSSIBLE lah kita nak capai, sebab itu kita move to other target after looking at the data. We decided to live with covid, masuk endemic phase.
Read 8 tweets
Oct 4, 2021
Datang dah antivaks tegar di twitter ni.

Ni bang, program lonjakan vaksin di GKV dibuat sehingga 1 Ogos untuk capai 80%, now dah >110%. Dari tarikh 1 Ogos dah 4-5 weeks enough to see the effect of vaccines.

Kes ICU 67%, intubate 32%, enough to see reduction of hospital burden.
Kalau vaksin tak berkesan atau manipulasi data, kes dilaporkan tu rendah tapi burden of hospital fasiliti tak berubah or bertambah. All REDUCES showed jangkaan >2 weeks after completed 2 doses itu adalah tepat, tapi kalau kau nak ignore fakta ni lantak kau lah.
Kau nak guna isu Israel pun pandai lah sikit, israel achieve 80% much more earlier than Malaysia and at that time belum masuk delta variant. Sekarang ni di Malaysia walaupun delta variant makin PROMINENT, kes di Malaysia tetap BERKURANG.
Read 8 tweets
Oct 4, 2021
Kalaulah penurunan kes di Selangor dan KL ni pun masih lagi tak boleh nak jadi bukti bahawa vaksin itu berkesan, saya tak tahu apa lagi nak cakap dengan antivaks tegar ni.

From 7,000 cases to now 600++ cases. What more evidence do you all want?
Read 8 tweets
Aug 23, 2021
Soalan dari @Marchfoward mengenai isu ni.

1. Video diambil sekerat, ianya telah diambil out of context (ada sedikit yang tak dipotong menunjukkan slide the gist of the discussion)

2. Data Israel itu adalah hasil dari kajian yg masih pre-print (belum peer review, belum publish)
Kajian yang dibuat adalah retrospective cohort yang mana dia melihat kepada dua kumpulan (yang vaksin awal dan yang vaksin lewat), perlu ditekankan di sini, yang divaksin awal adalah mereka yang high risk dan punya comorbidities dan berusia lanjut
Walaupun dengan menggunakan multivariate analysis iaitu logistic regression dan walaupun penulis menyatakan confounders telah pun adjusted, tapi masih juga perlu mengambil konklusi tersebut with a pinch of salt.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(