#PeristiwaHariIni : Hari ini 233 tahun yang lalu, Bastille digempur para revolusioner Perancis.

Ini satu untaian.
Dibina pada 1300-an ketika Perang 100 Tahun, Bastille adalah sebuah kubu penjara diraja di Paris menempatkan tahanan politik yang dihumban tanpa bicara oleh raja. Ia menjadi simbol kezaliman monarki Bourbon yang dibenci rakyat marhaen yang tertindas.

#PeristiwaHariIni
Kerajaan Perancis ketika itu semakin dibebani hutang & di ambang keruntuhan ekonomi, namun Raja Louis XVI & isterinya Marie Antoinette terus hidup bermewah. Tananam pula tak menjadi, membawa kepada kebuluran & pengangguran kian meruncing di seluruh negara.

#PeristiwaHariIni
Krisis sampai ke kemuncak apabila Jacques Necker, menteri berjiwa reformis disingkir raja pada 11 Julai 1789. Rakyat mula memenuhi jalanan di Paris & merusuh, berlarutan hingga pagi 14 Julai apabila mereka merampas senapang & meriam dari Hôtel des Invalides.

#PeristiwaHariIni
Para perusuh yang semakin ramai kemudian menuju ke Bastille, di mana bekalan besar belerang disimpan & mengepungnya. Gabenor Bastille, Bernard-René de Launay didesak untuk menyerah, namun dia menjemput wakil revolusioner masuk untuk berunding.

#PeristiwaHariIni
Rundingan berlarutan, menyebabkan khalayak di luar menyangka para perwakilan mereka telah dipenjarakan. Lantas mereka mula menggempur masuk, mendorong de Launay mengarahkan tenteranya untuk melepaskan tembakan lalu tercetus pertempuran.

#PeristiwaHariIni
Tengahari itu, pasukan Pengawal Kebangsaan yang memberontak datang membantu barisan revolusioner. Bastille dibedil bertalu-talu hingga akhirnya de Launay mengibar bendera putih & dia ditangkap, diarak ke pusat bandar sebelum dibunuh & dipenggal kepalanya.

#PeristiwaHariIni
Peristiwa itu menandakan bermulanya Revolusi Perancis selama sedekad sehingga tumbangnya monarki pada 1792 apabila Louis XVI digulingkan, sebelum bersama isterinya & puluhan ribu lagi dibawa bertemu ajal di guillotine pada tahun berikutnya.

#PeristiwaHariIni
Hari penggempuran Bastille itu disambut sebagai hari kebangsaan Perancis dipanggil “la Fête national” atau “le 14 juillet,” cuti umum yang diraikan dengan perarakan & pesta di seluruh negara.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni #BastilleDay

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Jul 13
#PeristiwaHariIni : Hari ini 92 tahun yang lalu, Piala Dunia FIFA yang pertama membuka tirainya.

Ini satu untaian.
Apabila bola sepak semakin popular di luar England menjelang abad ke-20, ia dianjur sebagai perlawanan pertunjukan dalam temasya Olimpik 1900 & 1904. Selepas FIFA ditubuhkan pada 1904, bermula usaha mewujudkan pertandingan bola sepak di luar kerangka Olimpik.

#PeristiwaHariIni
Pada Olimpik 1908, bola sepak dipertandingkan secara rasmi namun ianya hanya untuk pemain amatur. Ekoran kejayaan bola sepak di pentas Olimpik, FIFA di bawah pimpinan Jules Rimet memutuskan untuk menganjurkan kejohanan antarabangsanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Jul 12
#PeristiwaHariIni : Hari ini 20 tahun yang lalu, filem epik Hindi “Devdas” mula ditayangkan di seluruh dunia.

Ini satu untaian.
Diadaptasi daripada novel terbitan 1917 bertajuk sama karya Sarat Chandra Chatterjee, filem arahan Sanjay Leela Bhansali ini mengisahkan drama percintaan 3 segi antara Devdas (Shah Rukh Khan), Parvati (Aishwarya Rai) dengan Chandramukhi (Madhuri Dixit).

#PeristiwaHariIni
Devdas, anak bangsawan pulang dari London untuk mengahwini buah hatinya dari kecil, Parvati. Namun ia tidak dipersetujui keluarganya lantas Devdas jadi murung, alkoholik & cuba mencari ketenangan di rumah pelacuran lalu bertemu Chandramukhi.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 11
#PeristiwaHariIni : Hari ini 60 tahun yang lalu, Tun Ismail Ali diumum sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-2.

Ini adalah satu untaian.
Ismail bin Mohamed Ali dilahirkan di Klang, Selangor pada 16 September 1918. Beliau merupakan abang sulung kepada Tun Dr. Siti Hasmah, Tan Sri Ahmad Razali (bekas MB Selangor) & Jeneral (B) Tun Mohamed Hashim (bekas Panglima ATM).

#PeristiwaHariIni
Beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution, menjadi anak Melayu kedua meraih Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge dalam bidang ekonomi. Kemudian beliau ke Inns Court, Middle Temple untuk mempelajari undang-undang.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 10
#PeristiwaHariIni : Hari ini 2 tahun yang lalu, Hagia Sophia secara rasminya ditukar status menjadi sebuah masjid.

Ini satu untaian. Image
Hagia Sophia di Istanbul asalnya dibina pada 325M di atas sebuah tapak kuil pagan oleh Maharaja Byzantine pertama, Constantine I yang mengasaskan kota Constantinople. Anaknya Constantius II menaikkan tarafnya menjadi basilika Kristian Orthodoks pada 360M.

#PeristiwaHariIni
Ia melalui tiga fasa pembinaan sebelum terbentuk seni bina yang terlihat pada hari ini. Hagia Sophia yang pertama berbumbung kayu, namun musnah dibakar pada 404M dalam satu rusuhan ekoran konflik politik antara keluarga Maharaja Arkadios.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
Jun 7
#PeristiwaHariIni : Hari ini 199 tahun yang lalu, Stamford Raffles (gambar) memperoleh penguasaan terhadap Singapura dari Empayar Johor-Riau.

Ini satu untaian.
Pada 29 Januari 1819, Raffles mendarat di Singapura dalam misi memecah monopoli Belanda di Kepulauan Melayu. Beliau mendapat kebenaran membuka pelabuhan British di pulau itu daripada Temenggung Abdul Rahman menerusi satu perjanjian esok harinya.

#PeristiwaHariIni
Tapi Tmg. Abdul Rahman bukan Sultan Johor-Riau, sebaliknya Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Sultan Abdul Rahman menjadi sultan kerana abangnya Tengku Hussain tak berada di samping ayahanda mereka Sultan Mahmud Syah III ketika mangkat.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
Jun 6
#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, pawagam pandu masuk yang pertama di A.S. dibuka.

Ini satu untaian.
Ia merupakan cetusan idea Richard Hollingshead, seorang penggemar filem & pengurus pemasaran di Camden, New Jersey. Dikatakan beliau mendapat inspirasi apabila ibunya selalu tidak selesa duduk di kerusi panggung wayang tradisional.

#PeristiwaHariIni
Lalu beliau terilham untuk membuat panggung terbuka yang boleh ditonton dari dalam kereta, bereksperimen dengan memasang pemancar Kodak 1928 pada bonet keretanya, mengikat skrin pada pokok di jalan masuk rumahnya & meletakkan radio di belakang skrin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(