#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,958 tahun yang lalu, kota Rom terbakar & dikatakan maharajanya, Nero menjadi punca.

Ini satu untaian. Image
Kebakaran bermula di deretan kedai yang menyimpan barangan mudah terbakar di kawasan Circus dekat Bukit Palatine. Malam itu berangin, menggalakkan api pantas merebak ke seluruh Circus yang bangunannya dibina rapat-rapat & meluas ke kawasan sekitarnya.

#PeristiwaHariIni
Kebakaran diburukkan lagi apabila dilaporkan kumpulan pencuri melempar obor & menghentikan sebarang usaha memadamkan api untuk mereka mengaut barangan yang ditinggalkan. Dikatakan mereka mendakwa bahawa mendapat arahan untuk berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Untuk 6 hari api membakar tanpa henti sebelum dapat dikawal, namun marak semula untuk 3 hari lagi. 3 daripada 14 daerah di Rom musnah sepenuhnya & hanya 4 daerah tidak disentuh api. Ratusan penduduk terbunuh & ribuan hilang tempat tinggal.

#PeristiwaHariIni
Maharaja Nero dituduh menjadi dalang di sebalik bencana dahsyat itu, apabila kawasan yang musnah pantas dibangunkan istana baharunya. Nero, yang disiytihar sebagai Maharaja pada 54M di usia 17 tahun, masyhur dengan sikap baran & pemerintahannya yang zalim.

#PeristiwaHariIni
Menurut legenda, Nero dikatakan bermain biola ketika kota Rom sedang terbakar. Bagaimanapun ia tidak dapat dibuktikan benar memandangkan ketika itu biola masih belum wujud, tambahan pula Nero sebenarnya berada di Antium, 35 batu dari Rom ketika kejadian.

#PeristiwaHariIni
Apabila mendapat tahu tentangnya, Nero dilapor pulang ke Rom, menggerakkan usaha menyelamat, mengumpul bekalan makanan & menjadikan istananya serta bangunan awam sebagai tempat perlindungan untuk para mangsa.

#PeristiwaHariIni
Sebaliknya, Nero menuduh Kristian sebagai punca kepada malapetaka tersebut, menangkap & membunuh ratusan penganut agama itu dalam usaha membanteras pengaruhnya daripada terus tersebar.

Sumber: History

#PeristiwaHariIni #Nero

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Jul 20
#PeristiwaHariIni : Hari ini 49 tahun yang lalu, Bruce Lee meninggal dunia di usia 32 tahun.

Ini satu untaian. Image
Lahir dengan nama Lee Jun-fan pada 27 November 1940 di San Francisco, Bruce Lee merupakan pelakon, pengarah penerbit & pengamal seni mempertahankan diri yang dianggap paling berpengaruh & ikon budaya pop abad ke-20.

#PeristiwaHariIni
Pengasas “Jeet Kune Do” itu memulakan karier lakonan sejak di usia kanak-kanak di Hong Kong & mula dikenali di A.S. apabila membintangi siri TV “The Green Hornet.” Filem “The Big Boss” & “Fist of Fury” meledakkan namanya di pentas antarabangsa.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 19
#PeristiwaHariIni : Hari ini 42 tahun yang lalu, temasya Olimpik Musim Panas di Moscow membuka tirainya, menjadi boikot yang terbesar dalam sejarah penganjuran sukan itu.

Ini satu untaian. Image
Pada 27 Disember 1979, Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. A.S. mengutuk tindakan tersebut & Presiden Jimmy Carter meletakkan tarikh akhir 20 Februari 1980 untuk Soviet mengundurkan tenteranya, namun ia tidak diendahkan.

#PeristiwaHariIni
Natijahnya, Carter pada 21 Mac 1980 mengumumkan bahawa A.S. akan memboikot temasya Olimpik yang dijadual berlangsung di Moscow tahun itu & mengajak dunia supaya turut tidak menghantar kontinjen untuk bertanding dalam temasya tersebut.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 14
#PeristiwaHariIni : Hari ini 233 tahun yang lalu, Bastille digempur para revolusioner Perancis.

Ini satu untaian.
Dibina pada 1300-an ketika Perang 100 Tahun, Bastille adalah sebuah kubu penjara diraja di Paris menempatkan tahanan politik yang dihumban tanpa bicara oleh raja. Ia menjadi simbol kezaliman monarki Bourbon yang dibenci rakyat marhaen yang tertindas.

#PeristiwaHariIni
Kerajaan Perancis ketika itu semakin dibebani hutang & di ambang keruntuhan ekonomi, namun Raja Louis XVI & isterinya Marie Antoinette terus hidup bermewah. Tananam pula tak menjadi, membawa kepada kebuluran & pengangguran kian meruncing di seluruh negara.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 13
#PeristiwaHariIni : Hari ini 92 tahun yang lalu, Piala Dunia FIFA yang pertama membuka tirainya.

Ini satu untaian.
Apabila bola sepak semakin popular di luar England menjelang abad ke-20, ia dianjur sebagai perlawanan pertunjukan dalam temasya Olimpik 1900 & 1904. Selepas FIFA ditubuhkan pada 1904, bermula usaha mewujudkan pertandingan bola sepak di luar kerangka Olimpik.

#PeristiwaHariIni
Pada Olimpik 1908, bola sepak dipertandingkan secara rasmi namun ianya hanya untuk pemain amatur. Ekoran kejayaan bola sepak di pentas Olimpik, FIFA di bawah pimpinan Jules Rimet memutuskan untuk menganjurkan kejohanan antarabangsanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Jul 12
#PeristiwaHariIni : Hari ini 20 tahun yang lalu, filem epik Hindi “Devdas” mula ditayangkan di seluruh dunia.

Ini satu untaian.
Diadaptasi daripada novel terbitan 1917 bertajuk sama karya Sarat Chandra Chatterjee, filem arahan Sanjay Leela Bhansali ini mengisahkan drama percintaan 3 segi antara Devdas (Shah Rukh Khan), Parvati (Aishwarya Rai) dengan Chandramukhi (Madhuri Dixit).

#PeristiwaHariIni
Devdas, anak bangsawan pulang dari London untuk mengahwini buah hatinya dari kecil, Parvati. Namun ia tidak dipersetujui keluarganya lantas Devdas jadi murung, alkoholik & cuba mencari ketenangan di rumah pelacuran lalu bertemu Chandramukhi.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 11
#PeristiwaHariIni : Hari ini 60 tahun yang lalu, Tun Ismail Ali diumum sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-2.

Ini adalah satu untaian.
Ismail bin Mohamed Ali dilahirkan di Klang, Selangor pada 16 September 1918. Beliau merupakan abang sulung kepada Tun Dr. Siti Hasmah, Tan Sri Ahmad Razali (bekas MB Selangor) & Jeneral (B) Tun Mohamed Hashim (bekas Panglima ATM).

#PeristiwaHariIni
Beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution, menjadi anak Melayu kedua meraih Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge dalam bidang ekonomi. Kemudian beliau ke Inns Court, Middle Temple untuk mempelajari undang-undang.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(