#PeristiwaHariIni : Hari ini 30 tahun yang lalu, Pablo Escobar melarikan diri dari penjara La Catedral.

Ini satu untaian.
Selepas bertahun mencetuskan keganasan berdarah & berdepan tekanan hebat diburu pihak berkuasa serta musuhnya, Escobar, ketua Kartel Medellin menyerah diri. Namun dia meletakkan syarat, mahu dipenjarakan di dalam penjara yang dibinanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Escobar juga tidak mahu diekstradisi ke A.S. Menyedari ia satu-satunya jalan untuk ‘menghentikan’ Escobar, kerajaan Colombia bersetuju memenuhi tuntutannya (malah akta ekstradisi turut dipinda). Escobar memulakan hukuman penjara 5 tahunnya pada Jun 1991.

#PeristiwaHariIni
La Catedral kelihatan seperti kompleks penjara biasa dari luar, dengan kawalan ketat di setiap penjuru. Namun di dalamnya cukup mewah, dilengkapi panggung wayang, padang bola sepak, bar, jakuzi, segalanya. Escobar ibarat menjalani hukuman di dalam ‘syurga’.

#PeristiwaHariIni
Namun apabila didapati Escobar masih giat menjalankan bisnesnya & berlaku pembunuhan di dalam penjara itu, kerajaan bertindak untuk membawanya ke penjara biasa. Malam 22 Julai itu, seangkatan tentera Colombia tiba di La Catedral untuk mengiringinya.

#PeristiwaHariIni
Escobar enggan, lalu Naib S/U Kehakiman, Eduardo Mendoza & pengarah penjara, Colonel Hernando Navas Rubio dihantar masuk untuk berunding. Namun ia gagal, lalu 2 pegawai itu diikat & dijadikan tebusan sebelum seluruh lampu penjara dipadamkan.

#PeristiwaHariIni
Dalam kebuntuan itu, Escobar mengheret 2 pegawai itu menelusuri laluan tikus yang dibuat ketika pembinaan penjara tersebut. Setelah berjaya keluar, 2 pegawai itu dibawa ke tempat selamat & Escobar, abangnya serta 8 pengikutnya menghilangkan diri.

#PeristiwaHariIni
Tak lama kemudian, pintu masuk penjara diletupkan lalu ratusan tentera menyerbu & menggeledah setiap ruang, namun gagal menemukan sesiapa yang dikehendaki. Selepas 12 jam operasi, baru mereka menyedari yang Escobar sudah meloloskan diri.

#PeristiwaHariIni
Insiden itu memulakan pemburuan selama 16 bulan untuk menjejaki Escobar yang berakhir pada 2 Disember 1993 apabila Raja Kokain itu akhirnya ditembak mati oleh polis.

Sumber: Entity, The Guardian, All Thats Interesting

#PeristiwaHariIni #PabloEscobar

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Jul 21
#PeristiwaHariIni : Hari ini 2,378 tahun yang lalu, Kuil Artemis, salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba, musnah dijilat api.

Ini satu untaian.
Artemis adalah dewi kesuburan & perburuan dalam kepercayaan masyarakat Greek. Sekitar tahun 1087 Sebelum Masihi (SM), mereka membuka penempatan di Ephesus (kini di barat Turki) & mendirikan tempat pemujaan dewi tersebut sekitar tahun 800 SM.

#PeristiwaHariIni
Pada 550 SM, kerajaan Lydia menakluk Ephesus & Rajanya, Croesus mengarahkan kuil itu, yang telah musnah akibat banjir, dibina semula. Ia menjadi binaan marmar putih yang menakjubkan, berkeluasan 350x180 kaki, berketinggian 60 kaki & dihiasi ukiran indah.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 20
#PeristiwaHariIni : Hari ini 49 tahun yang lalu, Bruce Lee meninggal dunia di usia 32 tahun.

Ini satu untaian.
Lahir dengan nama Lee Jun-fan pada 27 November 1940 di San Francisco, Bruce Lee merupakan pelakon, pengarah penerbit & pengamal seni mempertahankan diri yang dianggap paling berpengaruh & ikon budaya pop abad ke-20.

#PeristiwaHariIni
Pengasas “Jeet Kune Do” itu memulakan karier lakonan sejak di usia kanak-kanak di Hong Kong & mula dikenali di A.S. apabila membintangi siri TV “The Green Hornet.” Filem “The Big Boss” & “Fist of Fury” meledakkan namanya di pentas antarabangsa.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 19
#PeristiwaHariIni : Hari ini 42 tahun yang lalu, temasya Olimpik Musim Panas di Moscow membuka tirainya, menjadi boikot yang terbesar dalam sejarah penganjuran sukan itu.

Ini satu untaian.
Pada 27 Disember 1979, Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. A.S. mengutuk tindakan tersebut & Presiden Jimmy Carter meletakkan tarikh akhir 20 Februari 1980 untuk Soviet mengundurkan tenteranya, namun ia tidak diendahkan.

#PeristiwaHariIni
Natijahnya, Carter pada 21 Mac 1980 mengumumkan bahawa A.S. akan memboikot temasya Olimpik yang dijadual berlangsung di Moscow tahun itu & mengajak dunia supaya turut tidak menghantar kontinjen untuk bertanding dalam temasya tersebut.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 18
#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,958 tahun yang lalu, kota Rom terbakar & dikatakan maharajanya, Nero menjadi punca.

Ini satu untaian. Image
Kebakaran bermula di deretan kedai yang menyimpan barangan mudah terbakar di kawasan Circus dekat Bukit Palatine. Malam itu berangin, menggalakkan api pantas merebak ke seluruh Circus yang bangunannya dibina rapat-rapat & meluas ke kawasan sekitarnya.

#PeristiwaHariIni
Kebakaran diburukkan lagi apabila dilaporkan kumpulan pencuri melempar obor & menghentikan sebarang usaha memadamkan api untuk mereka mengaut barangan yang ditinggalkan. Dikatakan mereka mendakwa bahawa mendapat arahan untuk berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Jul 14
#PeristiwaHariIni : Hari ini 233 tahun yang lalu, Bastille digempur para revolusioner Perancis.

Ini satu untaian.
Dibina pada 1300-an ketika Perang 100 Tahun, Bastille adalah sebuah kubu penjara diraja di Paris menempatkan tahanan politik yang dihumban tanpa bicara oleh raja. Ia menjadi simbol kezaliman monarki Bourbon yang dibenci rakyat marhaen yang tertindas.

#PeristiwaHariIni
Kerajaan Perancis ketika itu semakin dibebani hutang & di ambang keruntuhan ekonomi, namun Raja Louis XVI & isterinya Marie Antoinette terus hidup bermewah. Tananam pula tak menjadi, membawa kepada kebuluran & pengangguran kian meruncing di seluruh negara.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 13
#PeristiwaHariIni : Hari ini 92 tahun yang lalu, Piala Dunia FIFA yang pertama membuka tirainya.

Ini satu untaian.
Apabila bola sepak semakin popular di luar England menjelang abad ke-20, ia dianjur sebagai perlawanan pertunjukan dalam temasya Olimpik 1900 & 1904. Selepas FIFA ditubuhkan pada 1904, bermula usaha mewujudkan pertandingan bola sepak di luar kerangka Olimpik.

#PeristiwaHariIni
Pada Olimpik 1908, bola sepak dipertandingkan secara rasmi namun ianya hanya untuk pemain amatur. Ekoran kejayaan bola sepak di pentas Olimpik, FIFA di bawah pimpinan Jules Rimet memutuskan untuk menganjurkan kejohanan antarabangsanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(