KLIA & Hampir Seluruh Semanjung Malaysia 'Blackout', TNB Mohon Maaf!
Perkhidmatan tren, lif, escalator & trafik light di kebanyakan tempat turut terjejas!
Sambung 👇
Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan turut mengalami gangguan bekalan elektrik seperti dialami di beberapa kawasan sekitar ibu negara ketika ini.
Malah Suria KLCC mengalami isu yang sama.
Hangat menjadi perbualan warganet hari ini apabila hampir seluruh semenanjung Malaysia dikatakan mengalami gangguan bekalan elektrik (black out) di beberapa buah negeri seperti Kedah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Pihak Tenaga Nasional Berhad memohon maaf atas gangguan bekalan elektrik ini..
Difahamkan bekalan elektrik sudah kembali pulih di kebanyakan kawasan
TNB sahkan bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya.
Bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga mengalami gangguan bekalan kuasa sepertimana tempat-tempat lain di Lembah Klang pada hari ini.
Lepas maghrib nanti, kita semua akan masuk Tahun Baru Islam (Awal Muharam)..
dan sebagai pembuka tirai 1444 hijrah, kiswah (kain penutup) kaabah akan diganti selepas isyak nanti..
INI RAHSIA KAIN HITAM KAABAH YANG RAMAI TAK TAHU 👇
Setiap tahun, ketika musim haji sekitar tanggal 9 Zulhijjah, Kaabah akan diselimuti dengan selembar kain sutera hitam, dilapisi dengan kain kapas putih serta sulaman emas ayat-ayat suci al-Quran yang dipanggil Kiswah.
Kain sutera ini beratnya lebih 670kg, ayat-ayat al-Quran disulam dengan indah.
Tampilan berbagai bentuk kaligrafi juga disulam oleh 200 seniman dan pakar kaligrafi dengan menggunakan benang emas serta perak asli.
"Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!"
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:- 👇🏻
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.
Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
Wakil Rakyat Lompat Parti Perlu Hilang Hak Pencen, Pulangkan Semula Elaun Semasa Jadi ADUN..
"Mana mungkin orang yang telah mengkhianati mandat rakyat, masih diberi peluang untuk bertanding sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan.." - Isnaraissah Munirah
Memetik Berita Harian, Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) berkata hukuman mengosongkan kerusi disandang semata-mata tidak mencukupi untuk mengekang tindakan lompat parti. Justeru, dua hukuman tegas itu juga perlu dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU)
Like & Follow twitter Samudera.my untuk lebih banyak info terkini mengenai isu semasa dalam & luar negara.
“Bolehkah anda namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan (menteri) potong gaji?” - Annuar Musa.
Sambung 👇
“Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang tak (akan) naik?" Soal Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu lagi.
Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.
Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.
Thread 👇🏻
Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana.
Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu..
cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana.
*1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah*
Ramai jemaah keliru : kononnya tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar, jauh pulak tu, Sbb tu bila batal wudhu ramai yg suka berwudhu dengan air minum.
1.2 Juta Pelancong China Tidak Kembali Ke Negara Asal, Mana Silapnya? - Aminuddin Yahaya
“Itu yang direkod, kita tidak tahu lagi yang tak ada rekod. Itu negara china sahaja, kita tidak tahu negara-negara lain seperti bangladesh, india dan sebagainya.”
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu merujuk kenyataan dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa situasi sangat serius dan menunjukkan satu kealpaan yang sangat besar serta tidak harus berlaku.
Gambar Hiasan
Mungkin berlaku kepincangan dari sudut pentadbiran Kerajaan yang sepatutnya tindakan segera telah diambil kerana menurut Hj Aminuddin, tidak logik dan tidak masuk akal perkara ini dialpakan walhal kedatangan warga asing direkod.