Antara dakwaan yang tidak berasas yang sering disebarkan golongan Chola (pemeluk pseudo-sejarah Tamil) ialah Parameswara berbangsa Tamil sampaikan kandungan buku teks sejarah yang kata baginda Melayu pun kena maki.
Dalam nak perhalusi Parameswara itu Melayu atau India, kita perlu faham satu perkara. Agama tak menunjukkan bangsa. Orang Melayu beragama Hindu dan Buddha sebelum kedatangan Islam. Jadi, tak hairanlah kalau namanya berbaur Sanskrit seperti hari ni, nama kami dari Bahasa Arab.
Perlu diketahui bahawa pada zaman tersebut, orang Melayu masih mengganut agama Hindu/Buddha. Tak hairanlah kalau mereka mengambil nama berbaur Sanskrit seperti mana orang Melayu Islam hari ini bernamakan Bahasa Arab. Jadi, berhujah hanya pada nama sahaja tak cukup.
TETAPI sebelum kami nak panjangkan hujah kami, kami nak bagitahu KITAB TAMADUN MELAYU dah restock dengan versi cover terbaru. Jadikan "collector edition" kalau dah beli. Yang belum, ini masanya kita isi dada kita sejarah bangsa. Beli di Shopee: bit.ly/3zPRM5B
Sumber-sumber Sulalatus Salatin cakap dia mai dari Temasik, sumber daripada Portugis cakap dia mai dari Palembang, dan dua wilayah ni adalah wilayah orang Melayu. Sarjana semua sepakat Parameswara ni ialah putera Melayu yang berasal dari Srivijaya.
Hakikatnya walaupun Parameswara memakai nama Sanskrit yang bermaksud Tuhan Yang Esa namun baginda tetap seorang Raja yang berketurunan Melayu. Setakat ini tiada bukti bahawa baginda merupakan orang India. Keturunan baginda sangat jelas iaitu daripada Sang Sapurba dari Palembang.
Kalau baca wadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di Palembang, kalian akan dapat bahawa ikrar antara raja-rakyat ini berbunyi:
"Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu..."
"Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya."
Petikan Wadat ni cukup beritahu kita nenek moyang kepada Parameswara itu Melayu. Kalau bukan Melayu, kenapa beriya-iya disebutkan Raja-Raja Melayu, dan juga Rakyat Melayu? Kenapa tak disebutkan sahaja sebagai Raja Tamil atau Chola seperti yang puak-puak ni dakwakan?
Menurut Sejarah Melayu, Paramesawara merupakan Raja Temasik yang keempat. Kerajaan Temasik atau Singapura telah diasaskan oleh Sang Nila Utama sekitar tahun 1324M. Sang Nila Utama telah memerintah Singapura dari tahun 1324M-1372M.
Selepas baginda mangkat, Kerajaan Singapura telah diambil alih oleh putera baginda yang bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (Raja Kechil Besar) dari tahun 1372M-1386M. Selepas itu, Paduka Seri Rana Wira Kerma telah menjadi raja dan memerintah dari tahun 1386-1399M.
Raja terakhir Temasik ialah Paduka Sri Maharaja Parameswara yang memerintah dari tahun 1399M-1401M sebelum terpaksa melarikan diri selepas serangan Majapahit ke atas Singapura.
Selepas itu, baginda telah mengasaskan Empayar Melayu Melaka. Kisah terkenal melibatkan baginda ialah baginda terlihat anjing perangnya ditendang oleh seekor pelanduk. Baginda mendapat ilham untuk menubuhkan negara ditempat baginda duduk. Nama pokok sempena pohon baginda rehat.
Menurut versi Suma Oriental pula, Parameswara merupakan anak kepada Raja Sam Agi dari Kerajaan Palembang. Semasa Majapahit semakin lemah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kekuasaan Majapahit.
Baginda telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mjuera yang bermaksud “orang yang berani” untuk mencabar Majapahit. Betara Tamavil (Wikramardhana) dari Majapahit telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Palembang.
Ternyata, kekuatan Majapahit masih berbisa dan tidak mampu ditandingi oleh Palembang sehingga menyebabkan, Parameswara melarikan diri ke Temasik. Di Temasik, baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam dan kemudian menjadi pemerintah Singapura yang baharu.
Siam yang mengetahui peristiwa pembunuhan Temagi tersebut telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang kedudukan Parameswara di Temasik sehingga menyebabkan Parameswara terus melarikan diri ke utara dan mengasaskan Kerajaan Melaka.
Walaupun mempunyai naratif yang berbeza, namun Sejarah Melayu dan Suma Oriental sebenarnya mempunyai persamaan secara tidak langsung dimana mereka bersetuju bahawa Parameswara merupakan keturunan daripada Palembang.
Hari ni, hampir tak wujud orang India/Tamil di Palembang. Jadi, kenapa berani betul dakwa dia dari India?
Dari dua sumber saya persembahkan di atas, tidak ada satu pun kenyataan dari sejarah, sama ada daripada sumber orang Melayu atau Portugis yang mengatakan bahawa Parameswara berasal dari India. Jadi hentikanlah rapuan merepek ini, dan belajar sejarah dari sumber yang benar.
Akhir kata, borong buku terbaru kami, bawah imprint fiksyen kami, Mahakarya: PENCARI CINCIN SAKTI dan SATE UNTUK JEMBALANG. Pembelian buku kami adalah satu bentuk sokongan untuk kami berikan ilmu percuma di media sosial. Beli di: bit.ly/komboPCSSUJ
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dalam sejarah China, selepas Maharaja, yang dikatakan sebagai sangat berkuasa, antaranya ialah para sida. Walaupun bukan lelaki sejati kerana dikasi, tetapi kuasa yang dipegangnya menandingi kuasa lelaki sejati dalam Tamadun Cina.
Kota Larangan merupakan kediaman peribadi maharaja, tempat di mana tiada siapa dibenarkan singgah terlalu lama. Para menteri, pegawai tentera, dan bahkan kerabat lelaki maharaja sendiri turut dikehendaki beredar daripada Istana Diraja menjelang malam.
Satu-satunya golongan lelaki yang dibenarkan kekal berada di dalam Kota Larangan adalah sida-sida Cina. walaupun hakikatnya mereka bukanlah lelaki sejati memandangkan setiap seorang daripada mereka telah pun dikasi. Inilah gambar betapa berkuasanya sida-sida Cina.
"Tomyris - Amukan Seorang Ibu Yang Kehilangan Anaknya"
Kisah Tomyris pemimpin kaum nomad berkuda Massagetae-Scythia mengalahkan Cyrus The Great dalam peperangan, saya terus berpendapat bahawa tiada lagi yang lebih menakutkan daripada amukan seorang ibu kehilangan anak!
Cyrus The Great ni bukan calang-calang manusia. Penakluk Timur-Barat sehinggakan ada ulama yang menabalkannya sebagai dia ialah calon Zulkarnain dalam sejarah selain Alexander The Great.
Ya tuan-tuan dan puan-puan, saya sedang menceritakan tentang kekalahan Cyrus The Great kepada seorang wanita yang cukup dikagumi dalam sejarah. Dan tentunya, puak berkuda nomad berkuda yang dipimpinnya juga bukan calang-calang.
Sebagai seorang sultan yang agung, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah takut pada mana-mana makhluk. Maharaja Rom sendiri terusir dari istananya disebabkan serangan dari Al-Fatih.
Oleh: Ustaz Hasanuddin Yusof
Namun, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut pada guru-gurunya. Perasaan takut ini lahir dari rasa hormat yang sangat mendalam.
Setiap kali berjumpa guru-gurunya, Sultan Muhammad al-Fatih akan tunduk dan cium tangan gurunya. Apabila guru-gurunya masuk ke dalam majlisnya, Sultan Muhammad al-Fatih akan segera bangun dari tempat duduk.
"Cucu Genghis Khan Selamatkan Mekah Dan Madinah Dari Dihancurkan."
Ketika Mongol mengganas menakluk dunia, umat Islam risau amukan mereka sampai ke Mekah, Madinah... sehinggalah ALLAH menghantar bangsa mereka sendiri, menjadi pejuang dan pembela agama ALLAH. Itulah Berke Khan!
TETAPI sebelum nak baca pasal pahlawan Islam hebat ini, kami rasa korang kena beli buku kami, KITAB TAMADUN MONGOL. Lebih banyak fakta-fakta menarik tentang Berke Khan dan juga sejarah Mongol lain boleh didapati. Beli di Shopee: bit.ly/3PMSVQx
Berke memulakan kariernya dalam bidang perang dan politik apabila mengikuti abang-abang dan pakciknya menyertai beberapa buah pertempuran dan peperangan di bawah kempen penaklukan Monggol.
Sharingan merupakan antara keupayaan ninja paling hebat dalam dunia ninja Naruto, menjadikan puak Uchiha antara terhebat dalam di Konoha. Tapi jutsu dapat dijejak dalam mitologi Jepun.
TETAPI sebelum itu, kalau kalian peminat SEJARAH JEPUN, kami nak ajak beli buku best-seller kami, KITAB TAMADUN JEPUN di Shopee kami. Anda akan dapat baca lebih banyak perkongsian menarik Tamadun Jepun banding thread ini. Beli: bit.ly/3IFBvTK
Setiap jurus dalam Naruto sebenarnya dinamakan sempena dengan nama-nama berkaitan dalam mitologi Jepun. Salah satu jurus yang berkaitan ialah Tsukuyomi.
USIA SUNGAI BATU SEBENARNYA ABAD KE-2 MASIHI, BUKANNYA 788 SM
Semalam, pensyarah Dr Nasha Roziadi Khawi pensyarah kanan USM dalam bidang arkeologi Sterlibat dalam pembentangan berkenaan Tamadun Sungai Batu. Ada perkongsian besar yang mengejutkan tentang tamadun negara kita.
Jadi, dalam pembentangan beliau yang hampir dua jam semalam, ada beberapa tangkap layar daripada pembentangan yang kami rasakan patut dikongsikan dengan kalian. Ada update terkini berkenaan tapak arkeologi Sungai Batu yang beliau mahu kongsikan kepada dunia.
TETAPI sebelum itu, kami nak ajak kalian untuk membeli buku-buku terbitan kami di Shopee kami. Borong sebagai tanda sokongan kami teruskan perjuangan merakyatkan ilmu. Beli di Shopee kami: bit.ly/3aqVxVm