Dr Samhan Profile picture
Aug 30 13 tweets 3 min read
Ya Allah, gatalnya tak boleh bincang!

Makin digaru makin sedap. Berdarah pun tak sedar.

Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL? Image
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.

Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?

Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.

Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.

APA RAWATANNYA?

1️⃣ Menggunakan losyen antiscabies
✅ Losyen Permethrin 5%
- Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
- Sapu dan biarkan semalaman
- Contoh: A-Scabs lotion

✅ Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
- Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
- Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
- Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
- Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
- Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
- Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

✅ Losyen Lindane 1%
- Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
- Digunakan sekiranya losyen permethrin dan
benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
- Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
- Contoh : Scaboma Lotion
2️⃣ Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.

3️⃣ Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
4️⃣ Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

5️⃣ Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.

Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 t.me/drsamhan

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

Sep 1
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah” Image
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.

Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu
Read 14 tweets
Jul 28
Sedar atau tidak kita semua adalah perokok. Perokok pertama adalah individu yang aktif merokok dan perokok kedua adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Image
Manakala yang lebih teruk adalah perokok yang ketiga, mereka yang menghidu saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

Apabila rokok dibakar, hampir 7000 kimia terkeluar. 69 daripada kimia tersebut terbukti menyebabkan kanser.
Ini termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, aseton, amonia, dan benzena.

Bahan-bahan kimia ini lebih berat dari udara, maka ia akan meresap ke dalam pakaian,rambut,langsir,sofa dan kusyen kereta anda.
Read 15 tweets
Aug 22, 2021
🔊 PROSES VAKSINASI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA / VAKSINCOVID.GOV.MY 🔊 Image
➡️ Pendaftaran :

📲 Aplikasi MySejahtera

🖥️ vaksincovid.gov.my

➡️ Terima tarikh temujanji

➡️ Hadir ke PPV yang ditentukan

➡️ Saring suhu dan gejala

➡️ Daftar kod QR dan semak identiti

➡️ Konsultasi dan borang kebenaran

➡️ Suntikan Dos 1

➡️ Pemerhatian 30 minit
➡️ Terima kad Vaksin

➡️ Kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19 dipantau

➡️ Terima tarikh temujanji

➡️ Hadir ke PPV yang ditentukan

➡️ Saring suhu dan gejala

➡️ Daftar kod QR dan semak identiti

➡️ Suntikan Dos 2

➡️ Pemerhatian 30 minit

➡️ Kemaskini kad vaksinasi
Read 5 tweets
Aug 15, 2021
Sudah kelihatan ada sinar dalam samar.

“Kami disini dah semakin tenang”

“Sama di Hospital Selayang, ED makin ok”

“Betul. Dapat dirasai. Naik ke wad lebih cepat dari ED”

Inilah antara kata-kata dari frontliners di Lembah Klang.
Jika sebelum ini, keadaan di Jabatan Kecemasan tak ubah seperti tokang pecah. Keadaan seperti dilanda Tsunami.

Pesakit terlalu ramai hingga tak cukup katil. Ada yang meninggal dunia atas kerusi roda kerana tak sempat diberi rawatan. Lebih teruk ada yang sampai CPR atas lantai.
Kini, lebih tenang.

Jumlah kemasukkan pesakit warganegara semakin menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.

Jumlah pesakit positif kategori 1 dan 2 masih ramai tapi jumlah pesakit kategori 3,4 dan 5 semakin menurun.
Read 8 tweets
Aug 14, 2021
🧬VAKSINASI COVID-19 BAGI IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI🧬
🤰🏻Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk.
🤰🏼CDC, AS, FDA, FIGO, RCOG, ACOG telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil. Data terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil maupun pada bayi dalam kandungan.
Read 9 tweets
Jun 27, 2021
PKP 3.0 dilanjutkan lagi.

Kena sambung berkurung lagi. Rakyat tak kisah nak berkurung tapi tolonglah segerakan beri bantuan pada rakyat. Dah sebulan PKP, bantuannya mana? Beri bantuan secara automatik.

Ramai yang hilang punca pendapatan.

bharian.com.my/berita/nasiona…
Dapur tak berasap.
Barang dapur dah kering. Susu dan pampers anak tak mampu beli. Sewa rumah dan bil letrik dah berbulan tertunggak. Nak laksana PKP tolonglah laksanakan betul-betul. Ini separuh masak. Tutup pintu depan tapi buka pintu belakang.
Peniaga kecil tak boleh berniaga tapi kilang-kilang besar beroperasi macam biasa.

Rakyat bukan marah kilang-kilang besar beroperasi tapi jelas dan nyata kluster tempat kerja penyumbang utama kes setiap hari. Setiap hari ada saja kluster baru timbul.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(