Dr Samhan Profile picture
Sep 1 14 tweets 3 min read
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!

Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.

Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu
asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.

Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah.
Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan
kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Kesan Sisa Asap Basi

1️⃣ Potensi Mati Mengejut

The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.
Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2️⃣ Masalah Salur Pernafasan

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata,
“Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada
orang dewasa,”

3️⃣ Serangan lelah

Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.
Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.

4️⃣ Merencatkan perkembangan otak

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan
keupayaan anak kecil untuk belajar.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder),
terutamanya di kalangan anak lelaki.

5️⃣ Jangkitan paru-paru

Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu
minum susu dan tidak aktif.

Bantu saya untuk #share info penting ini betapa bahaya kesan sisa asap basi pada kesihatan anak-anak.

Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 t.me/drsamhan

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

Aug 30
Ya Allah, gatalnya tak boleh bincang!

Makin digaru makin sedap. Berdarah pun tak sedar.

Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL? Image
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.

Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?

Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Read 13 tweets
Jul 28
Sedar atau tidak kita semua adalah perokok. Perokok pertama adalah individu yang aktif merokok dan perokok kedua adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Image
Manakala yang lebih teruk adalah perokok yang ketiga, mereka yang menghidu saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

Apabila rokok dibakar, hampir 7000 kimia terkeluar. 69 daripada kimia tersebut terbukti menyebabkan kanser.
Ini termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, aseton, amonia, dan benzena.

Bahan-bahan kimia ini lebih berat dari udara, maka ia akan meresap ke dalam pakaian,rambut,langsir,sofa dan kusyen kereta anda.
Read 15 tweets
Aug 22, 2021
🔊 PROSES VAKSINASI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA / VAKSINCOVID.GOV.MY 🔊 Image
➡️ Pendaftaran :

📲 Aplikasi MySejahtera

🖥️ vaksincovid.gov.my

➡️ Terima tarikh temujanji

➡️ Hadir ke PPV yang ditentukan

➡️ Saring suhu dan gejala

➡️ Daftar kod QR dan semak identiti

➡️ Konsultasi dan borang kebenaran

➡️ Suntikan Dos 1

➡️ Pemerhatian 30 minit
➡️ Terima kad Vaksin

➡️ Kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19 dipantau

➡️ Terima tarikh temujanji

➡️ Hadir ke PPV yang ditentukan

➡️ Saring suhu dan gejala

➡️ Daftar kod QR dan semak identiti

➡️ Suntikan Dos 2

➡️ Pemerhatian 30 minit

➡️ Kemaskini kad vaksinasi
Read 5 tweets
Aug 15, 2021
Sudah kelihatan ada sinar dalam samar.

“Kami disini dah semakin tenang”

“Sama di Hospital Selayang, ED makin ok”

“Betul. Dapat dirasai. Naik ke wad lebih cepat dari ED”

Inilah antara kata-kata dari frontliners di Lembah Klang.
Jika sebelum ini, keadaan di Jabatan Kecemasan tak ubah seperti tokang pecah. Keadaan seperti dilanda Tsunami.

Pesakit terlalu ramai hingga tak cukup katil. Ada yang meninggal dunia atas kerusi roda kerana tak sempat diberi rawatan. Lebih teruk ada yang sampai CPR atas lantai.
Kini, lebih tenang.

Jumlah kemasukkan pesakit warganegara semakin menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.

Jumlah pesakit positif kategori 1 dan 2 masih ramai tapi jumlah pesakit kategori 3,4 dan 5 semakin menurun.
Read 8 tweets
Aug 14, 2021
🧬VAKSINASI COVID-19 BAGI IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI🧬
🤰🏻Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk.
🤰🏼CDC, AS, FDA, FIGO, RCOG, ACOG telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil. Data terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil maupun pada bayi dalam kandungan.
Read 9 tweets
Jun 27, 2021
PKP 3.0 dilanjutkan lagi.

Kena sambung berkurung lagi. Rakyat tak kisah nak berkurung tapi tolonglah segerakan beri bantuan pada rakyat. Dah sebulan PKP, bantuannya mana? Beri bantuan secara automatik.

Ramai yang hilang punca pendapatan.

bharian.com.my/berita/nasiona…
Dapur tak berasap.
Barang dapur dah kering. Susu dan pampers anak tak mampu beli. Sewa rumah dan bil letrik dah berbulan tertunggak. Nak laksana PKP tolonglah laksanakan betul-betul. Ini separuh masak. Tutup pintu depan tapi buka pintu belakang.
Peniaga kecil tak boleh berniaga tapi kilang-kilang besar beroperasi macam biasa.

Rakyat bukan marah kilang-kilang besar beroperasi tapi jelas dan nyata kluster tempat kerja penyumbang utama kes setiap hari. Setiap hari ada saja kluster baru timbul.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(