Hari ini 53 tahun yg lalu, piagam penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditandatangani.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa terbakar, menyebabkan bumbung serta mimbarnya yang berusia 800 tahun musnah. Bekas mufti Baitulmaqdis, Amin al-Husseini mendakwa ia angkara Zionis lalu menggesa semua ketua negara Islam untuk bersidang.

#PeristiwaHariIni
Maka 24 perwakilan negara Islam bertemu di Rabat, Maghribi pada 12 Rejab 1389H (25 September 1969) di mana satu resolusi dipersetujui bahawa negara-negara Islam harus bekerjasama erat & saling membantu dalam segala lapangan berlandaskan ajaran Islam.

#PeristiwaHariIni
Selain serangan terhadap Al-Aqsa itu sebagai pemangkinnya, penubuhan OIC juga didorong aspirasi membentuk jalinan antara dunia Islam bagi mengisi ruang vakum yang ditinggalkan sejak runtuhnya Empayar Uthmaniyah selepas Perang Dunia I.

#PeristiwaHariIni
Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM) yang pertama diadakan di Jeddah pada 1970 menetapkan pembentukan sekretariat tetap di ibu kota Arab Saudi itu. PM Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.

#PeristiwaHariIni
Piagam OIC yang pertama diterima pakai pada Sesi ICFM ke-3 pada 1972. Bagi menyesuaikan pergerakan seiring perubahan dunia, piagamnya dipinda & yang dipakai hari ini diterima pada Sidang Kemuncak Islam ke-11 pada 2008 di Dakar

#PeristiwaHariIni
Dengan keahlian dari 4 benua, bahasa rasmi OIC adalah bahasa Arab, Inggeris & Perancis. Pada 28 Jun 2011, OIC menukar namanya yang dipakai sejak penubuhannya, iaitu Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.

#PeristiwaHariIni
Hari ini, OIC dianggotai oleh 57 buah negara mewakili 1.5 bilion umat Islam, menjadikannya organisasi antara kerajaan kedua terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

#PeristiwaHariIni
Gambar: Tunku Abdul Rahman disambut Raja Hassan II setibanya beliau di Maghribi pada 1969.

Sumber: Laman web rasmi OIC, Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Sep 26
Hari ini 109 tahun yang lalu, batu asas Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar diletakkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Masjid ini terbina sebagai bayaran nazar oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah selepas baginda sembuh daripada kegeringan. Kolonel W.S. Huxley dari Jabatan Kerja Raya di KL dititahkan Sultan Idris untuk menyelia pembinaannya.

#PeristiwaHariIni
Arkiteknya adalah Arthur Benison Hubback (jurureka Stesen Keretapi Kuala Lumpur) & juruteranya adalah Francis Caulfield. Bahan utama yang digunakan adalah batu marmar dari Itali & England, sepertimana yang dimahukan oleh Sultan Idris.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Sep 24
Hari ini 181 tahun yang lalu, James Brooke memperoleh Sarawak daripada Bendahara Brunei, Pengiran Muda Hashim.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Kesultanan Brunei menguasai Sarawak sejak kurun ke-16 selepas menakluknya dari Kerajaan Santubong. Menjelang kurun ke-19, Sultan Omar Ali Saifuddin II melantik Pangiran Mahkota sebagai Gabenor Sarawak untuk menguruskan bisnes antimoni di wilayah itu.

#PeristiwaHariIni
Pentadbiran kuku besi Pangiran Mahkota mencetuskan pemberontakan penduduk tempatan dikepalai Datu Patinggi Ali, mendesak Sultan Brunei menghantar Pangiran Muda Hashim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Namun kehadirannya tak berhasil.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 22
#PeristiwaHariIni : Hari ini 30 tahun yang lalu, Pablo Escobar melarikan diri dari penjara La Catedral.

Ini satu untaian.
Selepas bertahun mencetuskan keganasan berdarah & berdepan tekanan hebat diburu pihak berkuasa serta musuhnya, Escobar, ketua Kartel Medellin menyerah diri. Namun dia meletakkan syarat, mahu dipenjarakan di dalam penjara yang dibinanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Escobar juga tidak mahu diekstradisi ke A.S. Menyedari ia satu-satunya jalan untuk ‘menghentikan’ Escobar, kerajaan Colombia bersetuju memenuhi tuntutannya (malah akta ekstradisi turut dipinda). Escobar memulakan hukuman penjara 5 tahunnya pada Jun 1991.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 21
#PeristiwaHariIni : Hari ini 2,378 tahun yang lalu, Kuil Artemis, salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba, musnah dijilat api.

Ini satu untaian.
Artemis adalah dewi kesuburan & perburuan dalam kepercayaan masyarakat Greek. Sekitar tahun 1087 Sebelum Masihi (SM), mereka membuka penempatan di Ephesus (kini di barat Turki) & mendirikan tempat pemujaan dewi tersebut sekitar tahun 800 SM.

#PeristiwaHariIni
Pada 550 SM, kerajaan Lydia menakluk Ephesus & Rajanya, Croesus mengarahkan kuil itu, yang telah musnah akibat banjir, dibina semula. Ia menjadi binaan marmar putih yang menakjubkan, berkeluasan 350x180 kaki, berketinggian 60 kaki & dihiasi ukiran indah.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 20
#PeristiwaHariIni : Hari ini 49 tahun yang lalu, Bruce Lee meninggal dunia di usia 32 tahun.

Ini satu untaian.
Lahir dengan nama Lee Jun-fan pada 27 November 1940 di San Francisco, Bruce Lee merupakan pelakon, pengarah penerbit & pengamal seni mempertahankan diri yang dianggap paling berpengaruh & ikon budaya pop abad ke-20.

#PeristiwaHariIni
Pengasas “Jeet Kune Do” itu memulakan karier lakonan sejak di usia kanak-kanak di Hong Kong & mula dikenali di A.S. apabila membintangi siri TV “The Green Hornet.” Filem “The Big Boss” & “Fist of Fury” meledakkan namanya di pentas antarabangsa.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 19
#PeristiwaHariIni : Hari ini 42 tahun yang lalu, temasya Olimpik Musim Panas di Moscow membuka tirainya, menjadi boikot yang terbesar dalam sejarah penganjuran sukan itu.

Ini satu untaian.
Pada 27 Disember 1979, Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. A.S. mengutuk tindakan tersebut & Presiden Jimmy Carter meletakkan tarikh akhir 20 Februari 1980 untuk Soviet mengundurkan tenteranya, namun ia tidak diendahkan.

#PeristiwaHariIni
Natijahnya, Carter pada 21 Mac 1980 mengumumkan bahawa A.S. akan memboikot temasya Olimpik yang dijadual berlangsung di Moscow tahun itu & mengajak dunia supaya turut tidak menghantar kontinjen untuk bertanding dalam temasya tersebut.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(