- Evolusi itu berlaku ke atas manusia, haiwan & tumbuhan, cuma tak berlaku pada Adam a.s.
- Manusia moden telah wujud 300,000 tahun lalu, cuma manusia moden bersemenda dengan keturunan Adam a.s sehingga manusia moden hari ini semua dapat jejak ke Adam.
- Bila Adam turun tak tahu, tetapi pendapat yang kuat cenderung ke arah sekitar 10,000 tahun lalu. Sesuai dengan tahun lahirnya aktiviti pertanian. Peristiwa yg mengubah sepenuhnya sejarah hidup manusia.
Saya nak kongsi satu perspektif lain, apa kesannya Revolusi Pertanian ini?
Manusia asalnya hidup secara nomad dalam kumpulan yang kecil. Apabila sumber dia suatu kawasan semakin susut ataupun tempat semakin bahaya, mereka akan berpindah cari tempat lebih baik.
Mungkin ramai tak tahu, manusia pra-sejarah dulu amalkan egalitarian.
Egalitarian, tiada organisasi, penguasa, sistem rumit, dsb. Hidup ringkas & semua dilayan sama rata. Mereka bantu membantu sebab kalau tak dibantu, mereka sendiri akan mudah terancam. Individu yang tak diberi makan akan mati & populasi menurun, seterusnya mudah diancam pemangsa.
Populasi tidak pernah meningkat dan meletup seperti zaman moden. Ia sentiasa mendatar kerana manusia pemburu menyedari kos dan beban menanggung anak yang ramai.
Apabila populasi sikit dalam satu komuniti, tak susah nak kawal. Semua jalankan tugas sendiri untuk pastikan komuniti dapat hidup sampai ke esok. Kalau terserempak dengan musuh atau pemangsa, mereka cenderung mengelak daripada berlawan.
Nak beritahu, pertumpahan darah hampir tidak pernah berlaku ketika di zaman pemburu-pengumpula. Tambahan lagi, populasi dulu sikit, Bumi pula luas. Boleh mengalah, tempat lain ada banyak lagi.
Cuma benda ini semua berubah apabila manusia mula bercucuk tanam 10,000 tahun lalu.
Umumnya, sampai ke hari ini saintis tak tahu secara pasti apa punca manusia tiba-tiba nak buat aktiviti menanam sebabnya sejak manusia dah amalkan hidup nomad puluhan ribu tahun. Mereka boleh bermandiri dan melangsungkan hidup dengan cara itu. Jadi, macam-macam hipotesis muncul.
Jadi, selepas manusia mula bercucuk tanam, segalanya berubah. Puncanya daripada makanan terlebih. Apabila makanan terlebih, manusia pemburu duk fikir, "Buat apa pindah kalau makanan dah banyak kat sini? Baik teruskan je buat benda ini."
Jadi, penempatan manusia pun terjadi.
Kita dapat tengok penempatan terawal semuanya muncul di kawasan subur seperti Sungai Nil, Sungai Kuning, Sungai Indus, dsb.
Penempatan muncul. Populasi pun meningkat ribuan tahun kemudian. Populasi meningkat menuntut sistem yang rumit untuk kawal manusia.
Bukan manusia saja, pembahagian makanan, pembahagian kerja dan sebagainya. Pengkhususan kerja muncul. Ada orang kena jaga keselamatan, ada orang kena buat bangunan, ada orang kena buat peralatan, ada yang kena tanam, kena tuai, kena ternak, dan sebagainya.
Akhirnya, sistem pemerintahan pun muncul dan kemudian barulah lahirnya tamadun. Nak dipendekkan cerita, sewaktu manusia mula menanam benih tumbuhan, mereka juga menanam benih peperangan dan kesenjangan. Peperangan mula kerap berlaku setelah lahirnya tamadun.
Kelas-kelas sosial dan sistem hierarki yang muncul melahirkan kesenjangan (inequality) menyebabkan setiap orang ada kasta masing-masing. Benda ini pun muncul setelah manusia mendirikan penempatan tetap dan tamadun.
Ada cerita pasal kesan Revolusi Pertanian ini panjang lebar dalam Genesis II. Saya sisipkan apa hujahnya dan sekali dengan kajian-kajian. Panjang nak cerita di sini. Boleh dapatkan di Shopee:
Svante Paabo menang Hadiah Nobel Perubatan 2022 kerana jasanya merintis teknik untuk menjujuk (sequence) genom daripada DNA manusia pra-sejarah. Seterusnya melahirkan disiplin baru iaitu paleogenetik - mengkaji hidupan-hidupan purba daripada kaca mata genetik.
Selama ini, saintis kaji hidupan purba melalui arkeologi seperti tulang dan ciri morfologi. Kalau kaji manusia pra-sejarah, kaji sekali mereka punya peralatan. Saintis tak guna genetik. Susah dan hampir mustahil sebab genetik hidupan purba dah tercemar.
Yelah, umur pun dah puluhan ribu, malah ratusan ribu tahun. Pereputan (decay) DNA itu terjadi. Kemudian, pelbagai gangguan kimia, cahaya matahari dan sebagainya berpotensi menjahanamkan DNA asal.
Hanya sekitar 10% manusia bermata biru. Pada asalnya semua manusia bermata coklat-hitam. Tetapi sekitar 10,000 tahun lalu, berlakunya mutasi yang menyebabkan mata sebahagian manusia bermata biru. Kajian mendapati setiap orang bermata biru berkongsi leluhur yang sama.
Pada zaman dulu, mata biru adalah sangat asing sebab asalnya mata kita berwarna coklat. Tetapi ia dapat merebak dari utara Eropah dan England hingga ke Asia Tenggara, tanah Amerika dan sebahagian Asia lain.
Populasi mata biru paling tinggi berada di Eropah.
Saintis melihat, sekiranya mata biru tidak begitu penting dan tidak memberikan kelebihan, populasi bermata biru sepatutnya pupus kerana populasinya kecil pada zaman dulu.
Sebentar tadi diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam pusat galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).
Lohong hitam ini berjisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada Matahari & terletak di 25,800 tahun cahaya dari Bumi.
Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 25,800 tahun cahaya dari Bumi, bersamaan dengan sekitar 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 25,800 tahun yang lalu.
Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu.
Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah.
Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.
Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV.
Genesis II mengisahkan sejarah besar manusia. Saya bahagikan sejarah besar manusia kepada lima bahagian - kemunculan manusia, Revolusi Kognitif, Revolusi Pertanian, Revolusi Industri sampailah ke Transhumanism.
Fasa pertama berlaku sejak 300,000 tahun lalu. Fasa pertama adalah fasa munculnya manusia (Homo Sapien) & merupakan fasa manusia paling primitif. Fasa ke-2 berlaku sekitar 70,000 tahun lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif, merupakan fasa keupayaan kognitif manusia berevolusi.
Manusia mula mahir berfikir secara abstrak, mahir berteori tentang alam di sekelilingnya, imaginasinya semakin luas, dapat menceritakan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat dan dengari, pandai bermain musik, melakar seni dan mewariskan pengetahuan.
Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.
Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?
1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.
2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.