Berkongsi nasihat Sheikh Dr Said al-Kamali yang saya rasa sangat terkesan hari ini.
Salah seorang hadirin meminta kepada beliau untuk menceritakan pengalaman mempelajari Mazhab Maliki dan ilmu Hadis serta guru-guru beliau supaya dapat dijadikan qudwah oleh para hadirin.
Sheikh Dr Said al-Kamali menjawab:
إذا كنت لا بد مقتديا، فاقتد بمن قد مات. فإن الحي لا تؤمن عليه الفتنة
“Jika engkau perlu untuk mencari contoh, contohilah mereka yang telah mati. Sesungguhnya orang yang masih hidup tidak terjamin selamat daripada fitnahً.”
Kemudian pesan Sheikh:
“Bacalah Siyar A’lam al-Nubala’*. Pada kitab ini terdapat qudwah yang mencukupkanmu. Kitab ini mudah didapati, maka dapatkanlah.”
Antara kata-kata yang sering disebut apabila kita menamatkan bacaan al-Quran ialah “mengkhatamkan al-Quran”.
Andai dilihat dari sudut bahasa, kalimah khatam berasal daripada خ-ت-م.
Menurut Ibn Faris, antara maksud perkataan ini ialah:
بلوغ آخر الشيء
“Sampai kepada penghujung sesuatu.”
Daripada perkataan ini jugalah terbit perkataan الخَتْمُ yang bererti stamp (cop).
Hal ini kerana cop terhadap sesuatu tidak akan dilakukan melainkan setelah ia sampai ke penghujungnya.
Contohnya jika kita telah lakukan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan, barulah kita diberi cop yang mengesahkan perkara tersebut telah pun disempurnakan.
Cincin pula dinamakan الخَاتِمُ kerana ia digunakan sebagai cop pada zaman dahulu.
Iphone terakhir saya guna 5S. Lepas tu tukar ke android. Baru sedar yang user interface iphone ringkas, mudah dan tak terlalu banyak widget. Entahlah. Rasa ios kena untuk saya. Stabil dan dapat kemaskini untuk 3-4 tahun. Jadi Mei tahun ini tukar ke Iphone 12.
Walaupun jarak yang jauh antara iphone 5S dengan Iphone 12, tapi pengalaman penggunaan tu sama dan rasa tak banyak perubahan. Jadi tak ambil masa lama untuk biasakan diri semula.
Saya pun jenis yang tak ubah / tambah interface, widget. Sekadar tukar wallpaper dan lockscreen je.
Antara sebab saya tak tukar iphone 5s selepas guna 4 tahun dan pilih android ialah faktor kewangan.
Masa tu pelajar. Keutamaan duit untuk sara hidup dan beli kitab rujukan. Telefon ni perkara terakhir dalam fikiran.