Ada merasakan tangguh bubar negeri PH ini akan menyebabkan rakyat tak balik mengundi PRN kelak sebab kos.
Beri PH tawan Putrajaya, kita akan buat reformasi untuk mudahkan pengundi. Sekurangnya PRN negeri PH akan ada jarak masa jauh dengan PRU untuk pastikan rakyat tak terbeban.
Keputusan ini terpaksa dibuat sebab nak memastikan ancaman iklim ini dapat dihadapi dengan kerajaan yang masih berjalan, kalau bubar, confirm fokus akan kepada pilihanraya.
Kita bukan sengaja nak PRN asing macam apa yang dibuat oleh BN di Melaka dan Johor, dibuat kerana politik.
Sebaiknya lepas PH menang Putrajaya sekali lagi, mesti buat reformasi bantu pengundi. Terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang cari rezeki di Semenanjung. Sepatutnya mereka dah boleh buat undi pos atau setidaknya buka pusat buang undi di Semenanjung.
Beban besar mereka nak beli tiket kapal terbang untuk buang undi. Mahal.
Sudahlah PRN mereka berasingan, PRU pula ikut tembolok pemerintah main rahsia-rahsia, macam mana mereka nak prepare kos nak balik mengundi lagi? Gila.
Fikir balik, suruh je la Tun M atau budak-budak Pejuang yang jawabkan isu dapatan STF berhubung perlantikan hakim tu.
Isu berkenaan discretionary powers of PM pun. Judicial Appointments Committee ni tugaskan buat shortlist sahaja. Shortlist tersebut tak wajib diikuti.
Lagipun perlantikan top 4 Judiciary tetap daripada hakim-hakim persekutuan yang sedia ada waktu tu. Kalau PM tak setuju dengan senarai daripada JAC, PM kenalah pilih daripada 6 yang lain (tolak CJ Raus & PCOA)
Senarai tu pun dibentang kepada PM oleh CJ Raus yang kita tahu dilanjutkan perkhidmatan untuk jadi backdoor CJ. After all, adakah sistem kehakiman kita jadi mockery dan runtuh selepas CJ Richard dan CJ Tengkun Maimun dilantik?
Selain media statement SPRM yang menyatakan rasa terkejut pengguguran kes LGE oleh AGC, nothing else was forthcoming. Tak pernah ada any official explanation kenapa SPRM terkejut.
So kalau Muzammil speculate knp SPRM terkejut dalam thread, it's his right tapi bukan definitive.
Pertama sekali pergi balik kepada asas.
SPRM adalah investigating body. Kerjanya kumpul bukti yang secukupnya dan serahkan hasil siasatan kepada AGC untuk mulakan pendakwaan.
AGC has the last word. Sebab itu kadang-kadang AGC boleh buat NFA. Mcm AG Apandi untuk kes SRC.
Penat la dengar gang BN dekat sini yang asyik ulang fitnah PH drop kes Lim Guan Eng. Rasanya dah banyak kali jelaskan perkara ni, tapi mari aku buat thread ringkas kenapa PH tak campur tangan langsung dalam kes LGE ni.
Ini adalah thread mudah. Boleh C&P untuk jawab fitnah isu ni
LGE didakwa pada tahun 2016 telah didakwa atas kesalahan salahgunakan kedudukan beliau sebagai KM Pulau Pinang untuk dapatkan keuntungan buat diri belia dan isteri.
Keuntungan yg didakwa adalah dapat beli banglo bawah harga pasaran. SPRM mulakan siasatan dan LGE & Phang didakwa.
LGE & Phang (Penjual banglo) didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan pun bermula dan beberapa saksi pendakwaan dah pun dipanggil.
1. Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini.
2. Namun begitu tindakan Najib Razak menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat.
Kenapa tidak cermat?
Sebab adakah Malaysia pernah mendakwa bahawa serangan Lahad Datu tersebut dibuat oleh waris sah Sulu? Yang kita tahu ada serangan, tetapi di bawah BN - Najib, mereka tak pernah cari sampai lubang cacing siapa dalang serangan dan terus tamatkan pembayaran.
Pelik juga dengan client seorang ini. Tak puas hati and lantik peguam baru. Bagi arahan guna peguam baru. Peguam baru pula bila minta put in writing, tak nak and cakap nak guna "full extent of the law" kalau dia pun in writing. Aku pun tak faham
Aku dah syak benda tak betul dah.
Bila check dalam lawyers list BC, memang tiada nama peguam baru tu daripada firm yang didakwa. So aku call client semula nak cross check betul ke dia lantik peguam baru, sebab nama peguam baru tu takde and nak minta instructions in writing kalau betul nak terminate.
Alih-alih aku yang kena marah. Susah sangat, aku put things in writing je la supaya on record. Minta client confirm arahan je pun. Bila call tanya update hari ni, client cakap stop harassing her, dia tengah bincang dengan peguam dia.
Rakyat tak hairan ke kenapa semua YB-YB yang kalian kecam zaman pemerintahan PH dulu semua melompat ke PN?
Yang berprestasi bagus semua masih kekal dalam PH setakat ini
Sebelum ini marah PH tak pandai jaga ekonomi dan tak buat apa-apa. Sekarang ini menteri hal ekonominya dah selamat berada dalam PN
Sebelum ini marah PH tak turunkan harga rumah. Sekarang ini menteri KPKTnya dah selamat berada dalam PN
Sebelum ini marah PH tak hormat raja-raja melayu dan hak istimewa bumiptra sebab nak ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Sekarang ini menteri luar negeri yang bertanggungjawab dalam hal ini dah selamat terjun ke dalam PN