Azri Abdullah Profile picture
Partner / Lawyer at Nas Rahman & Azri Abdullah | Podcaster @ AtasPagar | KP AMANAH Tangga Batu #NRAALaw @PartiAmanah @ChelseaFC #MOZAC0610
Nov 20, 2023 10 tweets 2 min read
Maaf tapi hakikat yang kena ditelan ialah Malaysia ini dibina dengan rangka bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah undang-undang tertinggi negara, melebihi daripada undang-undang Islam itu sendiri

Undang-undang Keluarga Islam / Jenayah Islam tidak boleh bercanggah dengan PP Untuk memperkasakan undang-undang shariah, yang diperlukan adalah pindaan ke atas PP di Parlimen. Cara menggubal dulu di DUN dalam keadaan luar bidangkuasa dan tanpa punca kuasa adalah tindakan semberono yang merugikan umat Islam sebenarnya.
Aug 16, 2023 4 tweets 1 min read
Isu Ambalat ni siapa yang pandai-pandai cakap Malaysia dah gadai? PMX, Menteri & Timb KLN dah banyak kali ulang Ambalat belum dibincangkan dalam Triti Laut Sulawesi.

Video fitnah-spin PN semua cakap rujuk berita CNBC Indonesia bahawa mereka dah claim.

Korang actually baca tak? Nah aku share link berita-berita berkaitan Ambalat dekat CNBC yang disebut-sebut tu



Belah mana Indonesia claim Ambalat diorang punya?

Yang disebut adalah kedua-dua negara sedang buat 'desk study' / kajian untuk kemungkinan pembangunan bersama.google.com/amp/s/www.cnbc…
Oct 15, 2022 4 tweets 1 min read
Ada merasakan tangguh bubar negeri PH ini akan menyebabkan rakyat tak balik mengundi PRN kelak sebab kos.

Beri PH tawan Putrajaya, kita akan buat reformasi untuk mudahkan pengundi. Sekurangnya PRN negeri PH akan ada jarak masa jauh dengan PRU untuk pastikan rakyat tak terbeban. Keputusan ini terpaksa dibuat sebab nak memastikan ancaman iklim ini dapat dihadapi dengan kerajaan yang masih berjalan, kalau bubar, confirm fokus akan kepada pilihanraya.

Kita bukan sengaja nak PRN asing macam apa yang dibuat oleh BN di Melaka dan Johor, dibuat kerana politik.
Oct 14, 2022 5 tweets 1 min read
Fikir balik, suruh je la Tun M atau budak-budak Pejuang yang jawabkan isu dapatan STF berhubung perlantikan hakim tu.

Isu berkenaan discretionary powers of PM pun. Judicial Appointments Committee ni tugaskan buat shortlist sahaja. Shortlist tersebut tak wajib diikuti. Lagipun perlantikan top 4 Judiciary tetap daripada hakim-hakim persekutuan yang sedia ada waktu tu. Kalau PM tak setuju dengan senarai daripada JAC, PM kenalah pilih daripada 6 yang lain (tolak CJ Raus & PCOA)
Oct 13, 2022 11 tweets 3 min read
Thank you for the counter narrative @Afro_Dreamer

Saya balas daripada isu sini la; isu SPRM terkejut. Isu yang lain saya rasa original thread saya is self explanatory.

SPRM terkejut, let's go. Selain media statement SPRM yang menyatakan rasa terkejut pengguguran kes LGE oleh AGC, nothing else was forthcoming. Tak pernah ada any official explanation kenapa SPRM terkejut.

So kalau Muzammil speculate knp SPRM terkejut dalam thread, it's his right tapi bukan definitive.
Oct 12, 2022 16 tweets 4 min read
Penat la dengar gang BN dekat sini yang asyik ulang fitnah PH drop kes Lim Guan Eng. Rasanya dah banyak kali jelaskan perkara ni, tapi mari aku buat thread ringkas kenapa PH tak campur tangan langsung dalam kes LGE ni.

Ini adalah thread mudah. Boleh C&P untuk jawab fitnah isu ni LGE didakwa pada tahun 2016 telah didakwa atas kesalahan salahgunakan kedudukan beliau sebagai KM Pulau Pinang untuk dapatkan keuntungan buat diri belia dan isteri.

Keuntungan yg didakwa adalah dapat beli banglo bawah harga pasaran. SPRM mulakan siasatan dan LGE & Phang didakwa.
Jul 13, 2022 22 tweets 3 min read
Menjawab Penipuan Najib Razak Berkaitan Sulu

Thread

1. Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini. 2. Namun begitu tindakan Najib Razak menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat.
Jul 12, 2022 6 tweets 1 min read
Pelik juga dengan client seorang ini. Tak puas hati and lantik peguam baru. Bagi arahan guna peguam baru. Peguam baru pula bila minta put in writing, tak nak and cakap nak guna "full extent of the law" kalau dia pun in writing. Aku pun tak faham

Aku dah syak benda tak betul dah. Bila check dalam lawyers list BC, memang tiada nama peguam baru tu daripada firm yang didakwa. So aku call client semula nak cross check betul ke dia lantik peguam baru, sebab nama peguam baru tu takde and nak minta instructions in writing kalau betul nak terminate.
Mar 9, 2020 7 tweets 1 min read
Rakyat tak hairan ke kenapa semua YB-YB yang kalian kecam zaman pemerintahan PH dulu semua melompat ke PN?

Yang berprestasi bagus semua masih kekal dalam PH setakat ini Sebelum ini marah PH tak pandai jaga ekonomi dan tak buat apa-apa. Sekarang ini menteri hal ekonominya dah selamat berada dalam PN

Sebelum ini marah PH tak turunkan harga rumah. Sekarang ini menteri KPKTnya dah selamat berada dalam PN