Erah nak share sikit terutamanya untuk perempuan lah. Sila kunci pintu bila masuk kereta, tak kisah lah dekat parking rumah kedai runcit depan rumah ke, KUNCI pintu terus.
Tadi I pergi isi minyak & isi angin tayar seorang. Selalunya ajak kawan tapi ni sebab nak cepat....
Lepas dah settle isi minyak & angin taya Erah lepak dalam kereta dekat stesen minyak tu. Tengah ralit tiba-tiba Erah perasan ada kereta block kereta Erah. Then dia keluar kereta dia datang dekat belah penumpang nak buka pintu.
Nasib baik Erah dah terbiasa lepas masuk kereta terus kunci pintu. Lepastu dia cakap "You boleh buka tingkap or keluar sekejap tak? I tak bawa wallet. Can I borrow your cash RM50 like that? I can transfer to you now." Lelaki.