Hari ini 9 tahun yang lalu, filem animasi Disney “Frozen” mula ditayangkan secara meluas.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
“Frozen” menceritakan tentang Puteri Anna dengan bantuan seorang penjual ais, rusanya & manusia salji untuk mencari kakaknya Ratu Elsa, yang mana kuasa aisnya secara tak sengaja memerangkap negara mereka, Arendelle dalam musim sejuk berpanjangan.

#PeristiwaHariIni
Filem ini diinspirasikan oleh kisah dongeng karya Hans Christian Andersen, “The Snow Queen” terbitan 1844. Idea pembangunannya tercetus pada Mei 1940, namun dek pelbagai kekangan & cabaran, ia akhirnya dapat mula direalisasikan pada 2012.

#PeristiwaHariIni
Diarahkan oleh Chris Buck & Jennifer Lee, ditulis oleh mereka berdua bersama Shane Morris & diterbitkan oleh Peter Del Vecho, ia dibintangi oleh suara Kristen Bell (Anna), Idina Menzel (Elsa), Jonathan Groff (Kristoff), Josh Gad (Olaf) & Santino Fontana (Hans).

#PeristiwaHariIni
Sebelum ditayangkan, lagu “Let It Go” & “In Summer” ciptaan Kristen Anderson-Lopez & Robert Lopez dipreviu pada D23 Expo 2013, dinyanyikan secara langsung oleh Menzel. Trailer ‘teaser’nya diterbitkan pada 18 Jun diikuti trailer rasminya pada 26 September.

#PeristiwaHariIni
Tayangan perdananya berlangsung pada 19 November di El Capitan Theatre, Hollywood. Kemudian ia ditayangkan secara terhad selama 5 hari bermula 22 November sebelum ditayangkan secara meluas bermula 27 November di A.S. & disusuli seluruh dunia.

#PeristiwaHariIni
Semasa tempoh tayangan pertamanya, “Frozen” mengaut USD1.280 bilion kutipan “box-office” seluruh dunia, memintas “Toy Story 3” untuk menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Ia juga filem ke-5 paling tinggi kutipan dalam sejarah.

#PeristiwaHariIni
Filem ini menerima Oscar untuk kategori Filem Animasi Terbaik & Lagu Asal Terbaik serta pelbagai lagi anugerah. Dipuji atas kecemerlangannya dalam pelbagai aspek, “Frozen” dianggap filem animasi terbaik Disney sejak era kebangkitannya pada ’89-’99.

#PeristiwaHariIni
Oleh kerana sambutannya yang dahsyat, filem ini melancarkan francaisnya yang merangkumi filem animasi pendek "Frozen Fever" pada 2015, featurette "Olaf's Frozen Adventure" pada 2017 & filem sekuel "Frozen II" pada November 2019.

#PeristiwaHariIni
Sumber: IMDB, Disney, The New Yorker, Beano, Reader’s Digest

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Nov 29
Hari ini 61 tahun yang lalu, Enos si cimpanzi dilancarkan ke angkasa lepas.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Enos merupakan cimpanzi ke-2 dilancarkan ke angkasa lepas selepas Ham si “Astrochimp” pada 31 Januari 1961. Namun Enos adalah satu-satunya cimpanzi & hominid ke-3 selepas kosmonaut Yuri Gagarin & Gherman Titov yang sampai ke orbit Bumi.

#PeristiwaHariIni
Enos dibawa dari Miami Rare Bird Farm pada 3 April 1960, melengkapkan lebih 1,250 jam latihan padu di Universiti Kentucky & Pangkalan Tentera Udara Holloman untuk membiasakannya kepada keadaan 0 graviti & daya ‘g’ yang lebih tinggi untuk tempoh lama.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Nov 28
Hari ini 6 tahun yang lalu, berlaku nahas pesawat LaMia Penerbangan 2933 yang mengorbankan hampir seluruh pasukan bola sepak Chapecoense.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Pesawat itu membawa 73 penumpang & 4 kru dalam penerbangan dari Santa Cruz de la Sierra, Bolivia menuju Medellín, Colombia. Antara penumpangnya adalah 22 pemain kelab Brazil, Associação Chapecoense de Futebol, 23 staf, 21 jurnalis & 2 tetamu.

#PeristiwaHariIni
Pasukan itu ke Medellín untuk menentang kelab Colombia, Atlético Nacional bagi perhitungan tempat lawan perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016 yang dijadual berlangsung pada 30 November 2016. Namun perjalanan mereka tidak kesampaian.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Sep 26
Hari ini 109 tahun yang lalu, batu asas Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar diletakkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Masjid ini terbina sebagai bayaran nazar oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah selepas baginda sembuh daripada kegeringan. Kolonel W.S. Huxley dari Jabatan Kerja Raya di KL dititahkan Sultan Idris untuk menyelia pembinaannya.

#PeristiwaHariIni
Arkiteknya adalah Arthur Benison Hubback (jurureka Stesen Keretapi Kuala Lumpur) & juruteranya adalah Francis Caulfield. Bahan utama yang digunakan adalah batu marmar dari Itali & England, sepertimana yang dimahukan oleh Sultan Idris.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Sep 25
Hari ini 53 tahun yg lalu, piagam penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditandatangani.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa terbakar, menyebabkan bumbung serta mimbarnya yang berusia 800 tahun musnah. Bekas mufti Baitulmaqdis, Amin al-Husseini mendakwa ia angkara Zionis lalu menggesa semua ketua negara Islam untuk bersidang.

#PeristiwaHariIni
Maka 24 perwakilan negara Islam bertemu di Rabat, Maghribi pada 12 Rejab 1389H (25 September 1969) di mana satu resolusi dipersetujui bahawa negara-negara Islam harus bekerjasama erat & saling membantu dalam segala lapangan berlandaskan ajaran Islam.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Sep 24
Hari ini 181 tahun yang lalu, James Brooke memperoleh Sarawak daripada Bendahara Brunei, Pengiran Muda Hashim.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Kesultanan Brunei menguasai Sarawak sejak kurun ke-16 selepas menakluknya dari Kerajaan Santubong. Menjelang kurun ke-19, Sultan Omar Ali Saifuddin II melantik Pangiran Mahkota sebagai Gabenor Sarawak untuk menguruskan bisnes antimoni di wilayah itu.

#PeristiwaHariIni
Pentadbiran kuku besi Pangiran Mahkota mencetuskan pemberontakan penduduk tempatan dikepalai Datu Patinggi Ali, mendesak Sultan Brunei menghantar Pangiran Muda Hashim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Namun kehadirannya tak berhasil.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jul 22
#PeristiwaHariIni : Hari ini 30 tahun yang lalu, Pablo Escobar melarikan diri dari penjara La Catedral.

Ini satu untaian.
Selepas bertahun mencetuskan keganasan berdarah & berdepan tekanan hebat diburu pihak berkuasa serta musuhnya, Escobar, ketua Kartel Medellin menyerah diri. Namun dia meletakkan syarat, mahu dipenjarakan di dalam penjara yang dibinanya sendiri.

#PeristiwaHariIni
Escobar juga tidak mahu diekstradisi ke A.S. Menyedari ia satu-satunya jalan untuk ‘menghentikan’ Escobar, kerajaan Colombia bersetuju memenuhi tuntutannya (malah akta ekstradisi turut dipinda). Escobar memulakan hukuman penjara 5 tahunnya pada Jun 1991.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(