Pesawat itu membawa 73 penumpang & 4 kru dalam penerbangan dari Santa Cruz de la Sierra, Bolivia menuju Medellín, Colombia. Antara penumpangnya adalah 22 pemain kelab Brazil, Associação Chapecoense de Futebol, 23 staf, 21 jurnalis & 2 tetamu.
Pasukan itu ke Medellín untuk menentang kelab Colombia, Atlético Nacional bagi perhitungan tempat lawan perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016 yang dijadual berlangsung pada 30 November 2016. Namun perjalanan mereka tidak kesampaian.
Pelan asalnya termasuk hentian mengisi minyak dekat sempadan Bolivia-Brazil, tapi kelewatan pelepasan menyebabkan kru mahu membuat penerbangan terus untuk sampai sebelum lapangan terbang ditutup. Ia beberapa kali ditolak, namun akhirnya diluluskan.
Akibatnya, pesawat kehabisan minyak ketika menunggu giliran mendarat & kegagalan juruterbang mengisytihar kecemasan kepada menara kawalan trafik udara menyebabkan mereka terhempas di kawasan pergunungan Cerro Gordo dekat Medellín.
Seluruh badan pesawat Avro RJ85 itu bersepai, 71 orang daripada 77 penumpang & anak kapalnya terkorban dalam nahas tersebut. Hanya 3 orang pemain Chapecoense, seorang kru penerbangan & 2 penumpang lain terselamat dengan kecederaan parah.
Tragedi itu memanggil solidariti komuniti sukan seluruh dunia khususnya arena bola sepak. Chapecoense secara automatik dinobatkan sebagai Juara Copa Sudamericana 2016 atas permintaan Atlético Nacional, yang sepatutnya menentang mereka di final.
Chapecoense turut ditawarkan pemain pinjaman secara percuma oleh kelab serata Brazil & Argentina, serta dimohon supaya dikecualikan daripada penyingkiran untuk 3 musim seterusnya.
Sumber: Bleacher Report, BeIN Sports, The Guardian
Enos merupakan cimpanzi ke-2 dilancarkan ke angkasa lepas selepas Ham si “Astrochimp” pada 31 Januari 1961. Namun Enos adalah satu-satunya cimpanzi & hominid ke-3 selepas kosmonaut Yuri Gagarin & Gherman Titov yang sampai ke orbit Bumi.
Enos dibawa dari Miami Rare Bird Farm pada 3 April 1960, melengkapkan lebih 1,250 jam latihan padu di Universiti Kentucky & Pangkalan Tentera Udara Holloman untuk membiasakannya kepada keadaan 0 graviti & daya ‘g’ yang lebih tinggi untuk tempoh lama.
“Frozen” menceritakan tentang Puteri Anna dengan bantuan seorang penjual ais, rusanya & manusia salji untuk mencari kakaknya Ratu Elsa, yang mana kuasa aisnya secara tak sengaja memerangkap negara mereka, Arendelle dalam musim sejuk berpanjangan.
Filem ini diinspirasikan oleh kisah dongeng karya Hans Christian Andersen, “The Snow Queen” terbitan 1844. Idea pembangunannya tercetus pada Mei 1940, namun dek pelbagai kekangan & cabaran, ia akhirnya dapat mula direalisasikan pada 2012.
Masjid ini terbina sebagai bayaran nazar oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah selepas baginda sembuh daripada kegeringan. Kolonel W.S. Huxley dari Jabatan Kerja Raya di KL dititahkan Sultan Idris untuk menyelia pembinaannya.
Arkiteknya adalah Arthur Benison Hubback (jurureka Stesen Keretapi Kuala Lumpur) & juruteranya adalah Francis Caulfield. Bahan utama yang digunakan adalah batu marmar dari Itali & England, sepertimana yang dimahukan oleh Sultan Idris.
Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa terbakar, menyebabkan bumbung serta mimbarnya yang berusia 800 tahun musnah. Bekas mufti Baitulmaqdis, Amin al-Husseini mendakwa ia angkara Zionis lalu menggesa semua ketua negara Islam untuk bersidang.
Maka 24 perwakilan negara Islam bertemu di Rabat, Maghribi pada 12 Rejab 1389H (25 September 1969) di mana satu resolusi dipersetujui bahawa negara-negara Islam harus bekerjasama erat & saling membantu dalam segala lapangan berlandaskan ajaran Islam.
Kesultanan Brunei menguasai Sarawak sejak kurun ke-16 selepas menakluknya dari Kerajaan Santubong. Menjelang kurun ke-19, Sultan Omar Ali Saifuddin II melantik Pangiran Mahkota sebagai Gabenor Sarawak untuk menguruskan bisnes antimoni di wilayah itu.
Pentadbiran kuku besi Pangiran Mahkota mencetuskan pemberontakan penduduk tempatan dikepalai Datu Patinggi Ali, mendesak Sultan Brunei menghantar Pangiran Muda Hashim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku. Namun kehadirannya tak berhasil.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 30 tahun yang lalu, Pablo Escobar melarikan diri dari penjara La Catedral.
Ini satu untaian.
Selepas bertahun mencetuskan keganasan berdarah & berdepan tekanan hebat diburu pihak berkuasa serta musuhnya, Escobar, ketua Kartel Medellin menyerah diri. Namun dia meletakkan syarat, mahu dipenjarakan di dalam penjara yang dibinanya sendiri.
Escobar juga tidak mahu diekstradisi ke A.S. Menyedari ia satu-satunya jalan untuk ‘menghentikan’ Escobar, kerajaan Colombia bersetuju memenuhi tuntutannya (malah akta ekstradisi turut dipinda). Escobar memulakan hukuman penjara 5 tahunnya pada Jun 1991.