"Topeng Yang Melambangkan Kematian Dan Kesengsaraan."
Kalau kita perasan, ada beberapa buah filem-filem seram dan thriller, yang menjadikan topeng seperti ini identiti utama. Tapi kenapa topeng ni popular? Apa sejarah disebaliknya?
Sejarahnya ada kaitan dengan Eropah yang pernah dilanda wabak penyakit yang sangat dasyat yang dikenali dalam sejarah sebagai wabak Black Death yang telah memakan nyawa sebanyak 75-200 juta orang yang berlaku ketika dipenghujung abad ke-14 masihi.
TETAPI sebelum korang sambung thread ni, kami nak pesan sikit yang buku terbaru kami, THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA adalah merangkumi lebih mendalam pasal Black Death. Beli di: bit.ly/KomboDisember
Ketika berlaku wabak ini, terdapat sebuah kisah yang tersebar yang berkaitan dengan penyakit yang membuatkan mereka yang menderita penyakit ini, memiliki kulit yang kehitam-hitaman sehingga menjadi ilham kepada nama wabak dan tragedi yang sangat menyayat hati ini.
Mereka percaya bahawa wabak ini disebarkan melalui bau busuk, yang dikenali sebagai miasma theory yang membahaskan tentang bahawa penyakit dan wabak yang berlaku ketika itu disebarkan melalui bau busuk yang datang dari mayat dan pesakit yang sedang mereput.
Mereka percaya bahawa bau busuk ini akan mencemarkan udara, sekaligus mendatangkan penyakit kepada mereka yang menghidunya. Teori ini kemudiannya dibuktikan silap seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.
Berbalik kepada pakaian ini, ia mula diperkenalkan ketika abad ke-14 oleh para doktor di Rom dan Venetia, ketika wabak Black Death ini bermula, namun mula menjadi popular di Perancis ketika wabak yang seumpama dengan yang berlaku pada abad ke-17 melanda Eropah.
Terima kasih kepada Charles de Lorne, seorang doktor pada pertengahan abad ke-17 yang mencipta kostum ini. Charles de Lorme adalah seorang doktor peribadi yang didakwa berkhidmat untuk tiga orang raja Perancis seperti Henri IV, Louis XIII, dan Louis XIV.
Setiap bahagian pada kostume doktor zaman pertengahan ini mempunyai fungsi yang dicipta berdasarkan miasma theory ketika itu.
Sebagai contoh, topeng yang membentuk seperti paruh burung ini diciptakan dengan fungsi untuk menapis bau-bau busuk yang ditakuti akan menjangkiti doktor yang bertugas merawat wabak penyakit.
Dalam paruh itu, ia akan dipenuhi dan diisi dengan herba-herba yang menyebarkan bau wangi. Ia dipercayai pada zaman itu apabila pemakai topeng dikelilingi bau wangi daripada herba ubat-ubatan pada paruh itu, akan menghalang terjangkiti sesuai dengan teori Miasma.
Topi yang dipakai pula tanda kelayakan dan status mereka sebagai seorang doktor. Mereka juga akan memakai kaca mata yang diletakkan pada lubang mata pada topeng mereka.
Doktor ketika era itu juga dilihat membawa kayu yang digunakan untuk menyentuh pesakit mereka dari jauh dan juga menghalau kebanjiran mereka yang dijangkiti yang biasanya akan menyerbu ke arah doktor-doktor ini dan merayu agar mereka diselamatkan.
Mungkin sebab itu, doktor-doktor yang memakai kostum jubah hitam panjang, dengan topeng yang membentuk seperti paruh seekor burung, mereka dianggap juga membawa perlambangan kepada kematian dan sebagai bentuk balasan daripada TUHAN ke atas manusia.
Mungkin sebab itu, di zaman moden ini, pembunuh bersiri, manusia-manusia psiko yang membunvh tanpa ada perasaan juga digambarkan memakai topeng ini kerana pada sejarahnya, terdapat jutaan nyawa yang tidak dapat diselamatkan. Ia adalah lebih kepada simbolik kesengsaraan tragedi.
Akhir kata, kami nak jemput anda untuk beli kedua-dua buku pra-tempah kami, yang salah satunya ada kaitan dengan buku ini iaitu THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA. Beli di: bit.ly/KomboDisember
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Teknologi vaksin sekarang dah maju sampai kita wajar cakap serupa ‘zaman keemasan’. Dalam masa singkat, saintis berjaya buat vaksin untuk beguk dan COVID-19. Tapi sampai sekarang, belum ada vaksin untuk HIV. Kenapa agaknya?
Nak faham benda ni, kena faham dulu pasal HIV. Virus ni dah dikenal pasti sejak 18 Mei 1981. Masa tu, penyakit ni dipanggil GRID (Gay-Relayed Immune Deficiency) sebab kluster terawal adalah dalam kalangan lelaki pengamal hubungan homoseksual (dan juga penagih).
TETAPI sebelum korang teruskan thread ini, kami nak bagitahu topik penyakit, wabak, vaksin dan virus ni kami bahaskan mendalam dalam buku kami, THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA. Boleh dapatkan di webstore kami sementara ada diskaun: bit.ly/ThePlagueWebst….
‘Kaum Alam Melayu Percaya Pada Banjir Besar Purba’
Setiap bangsa purba di dunia seolah-olah berkongsi collective memory yang sama apabila menyimpan kisah banjir besar mereka tersendiri, sekaligus membenarkan peristiwa banjir besar yang melanda dunia ketika zaman Nabi Nuh A.S.
Ini termasuklah beberapa suku dan kaum di Alam Melayu itu sendiri misalnya. Sebelum tu, Mahakarya telah menerbitkan novel yang berlatarkan dunia selepas satu lagi banjir besar. DISKAUN RM10 diberikan kepada semua pembeli pra-tempah: bit.ly/2099IlusiUtopia
i. Masyarakat Kelantan
Dalam dogengan masyarakat Kelantan, ada diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu, sebuah pesta diadakan dan semua haiwan dipaksa untuk berlawan antara satu sama lain. Ketika pertarungan terakhir, antara seekor anjing dan kucing, satu air bah datang...
"Bagaimana Orang Mesir Jadikan Kulat Sebagai Ubat?"
Pada 5000 tahun dulu, dunia perubatan Mesir Kuno agak menarik. Orang Mesir Kuno merawat penyakit yang melanda mereka hanya menggunakan roti berkulat. Ya, roti yang expired dan berkulat tu dijadikan sebagai ubat.
Tetapi penggunaan roti berkulat mampu menyembuhkan pesakit dan menjadi amalan rakyat Mesir Kuno ini. Kemudian tamadun Yunani Kuno, Rom, dan India cuba mempraktikkan ilmu perubatan ini, kemudian menjadi ubat untuk meredakan penyakit berjangkit.
Tahun 1928 barulah para saintis moden ketahui mengapa orang zaman dulu jadikan roti berkulat sebagai ubat. Mereka menemui spesis kulat bernama Penicillium sp., atau kita panggil sebagai kulat Penicillium.
Sungai Ganges, sumber air yang berusia jutaan tahun mengalir lebih dari 2,500 kilometer dari Himalaya di utara India dan merentasi Bangladesh ke Teluk Bengal. Namun, ia merupakan antara sungai paling tercemar di dunia.
Akhir-akhir ni kita baca tentang Sungai Ganges di India yang dipenuhi dengan mayat yang dibuang kerana dalam sungai kerana mereka tidak mampu membayar harga untuk upacara membakar mayat. Kalau lihat dari gambar sahaja kita boleh tahu betapa tercemarnya sungai itu saat ini.
TETAPI sebelum tu kami nak bagitahu, kalau anda minat dengan topik wabak ni, kami sedang jual buku terbaru kami, THE PLAGUE: SEJARAH WABAK DUNIA. Ada harga diskaun. Beli di: bit.ly/ThePlagueWebst…
"Wabak Tukar Rusa Jadi Zombie Boleh Jangkiti Manusia."
Pernah tengok Train To Busan kan? Babak filem ni dimulakan dengan rusa bertukar menjadi zombie. Dipercayai dari rusa ni, ia menjangkiti manusia. Saintis temui penyakit yang boleh hampir serupa seperti itu!
Perkenalkan penyakit yang diberi nama penyakit kemerosotan kronik (chronic wasting disease – CWD). Penyakit ini juga dikenali sebagai ‘penyakit rusa zombie’ ini mampu merebak melalu cecair tubuh seperti najis, air lius, darah dan air kencing, selain sentuhan dan persekitaran.
Sekarang bayangkan tentang wabak zombie yang melibatkan manusia, yang dapat mengjangkiti manusia melalui air liur, darah, najis dan sentuhan. Jadi, filem zombie yang korang tonton melibatkan jangkitan melalui gigitan, sentuhan dan cakaran ada asasnya.
Sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan stress dan kemurungan sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu, sekumpulan askar British telah bertindak memakai pakaian wanita dan membuat pertunjukan untuk menghiburkan diri mereka.
Namun pada suatu hari, semasa mereka sedang leka bersuka-ria, secara tiba-tiba siren udara berbunyi nyaring memecahkan suasana. Menandakan kelibat pesawat musuh mencerobohi ruang udara.
Tanpa melengahkan masa, askar-askar yang tidak berkesempatan menukar kembali ke uniform itu telah berlari lintang-pukang kembali ke kubu terletaknya senjata anti-udara.