Pada awal 1968, British mengumumkan hasrat untuk berundur dari Teluk Arab menjelang hujung 1971, selepas lebih 100 tahun menaungi emiriah-emiriah pesisir pantai yang dipanggil Negeri-Negeri Gencatan Senjata sejak pemeteraian perjanjian pada 1820.
Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan melihat bahawa emiriah-emiriah tidak boleh bersendirian & perlu bersatu untuk mendepani arus dunia yang penuh cabaran & ancaman apabila mereka tidak lagi dilindungi oleh kuasa besar.
Lantas baginda & pemerintah Dubai, Sheikh Rashid bin Saeed Al-Maktoum bertemu pada 18 Februari 1968 di Al-Samha. Mereka bersetuju untuk bergabung menjadi sebuah kesatuan yang kemudian menjemput emiriah-emiriah lain untuk bersama ikut serta.
Dari 25 hingga 27 Februari itu, pemerintah 7 emiriah (Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Fujairah, Sharjah, Umm Al-Quwain & Ras Al-Khaimah) juga Qatar & Bahrain bersidang di Dubai & membentuk persetujuan terhadap 11 perkara untuk mengasaskan ‘Persekutuan Emiriah Arab’.
Bagaimanapun beberapa peristiwa selanjutnya menyebabkan hanya 6 emiriah bersetuju membentuk sebuah kesatuan pada 18 Julai 1971 apabila Bahrain mahu berdiri sendiri, mengisytiharkan kemerdekaannya pada Ogos 1971 diikuti Qatar pada September tahun sama.
Pada 2 Disember 1971, sehari selepas perjanjian British-Negeri Gencatan Senjata luput, 6 pemerintah emiriah bertemu di Rumah Tetamu Dubai (kemudian dipanggil Rumah Penyatuan & kini Muzium Etihad) lalu memeterai perjanjian yang merasmikan penyatuan mereka.
Sebuah perlembagaan sementara diterima pakai, Abu Dhabi dipilih sebagai ibu negara & Sheikh Zayed Al-Nahyan (Abu Dhabi) dilantik sebagai Presiden pertama sementera Sheikh Rashid Al-Maktoum (Dubai) menjadi Naib Presidennya untuk tempoh 5 tahun.
Ras Al-Khaimah akhirnya menyertai mereka pada 10 Februari 1972, melengkapkan penyertaan kesemua 7 emiriah yang dahulunya Negeri Gencatan Senjata dalam persekutuan baharu dipanggil Emiriah Arab Bersatu.
MH653 berlepas dari P. Pinang tepat jam 19:21 & dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Sekitar jam 19:47, Kapten GK Ganjoor & pembantunya Kamarulzaman Jalil membuat persiapan mendarat ketika di altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang.
Tak lama kemudian, pintu kokpit diketuk & diceroboh masuk individu tak dikenali. Kru memaklumkan kepada menara kawalan trafik Subang bahawa “ada perampas di dalam pesawat” sebelum memberitahu bahawa “kami kini menuju ke Singapura. Selamat malam.”
Segalanya dimulakan oleh Ken Kutaragi, pengurus divisyen kejuruteraan perkakasan Sony. Minatnya terhadap pembangunan permainan video bermula apabila melihat anaknya bermain Nintendo Famicom & merasakan ada penambahbaikan boleh dilakukan.
Pada 1988, Sony berusahasama dengan Nintendo untuk bangunkan ciri CD-ROM kepada konsol Super Nintendo Entertainment System (SNES). Diberi nama “SNES-CD”/“Play Station,” ia dijadual untuk diumum pada Consumer Electronics Show (CES) 1991 di Las Vegas.
Enos merupakan cimpanzi ke-2 dilancarkan ke angkasa lepas selepas Ham si “Astrochimp” pada 31 Januari 1961. Namun Enos adalah satu-satunya cimpanzi & hominid ke-3 selepas kosmonaut Yuri Gagarin & Gherman Titov yang sampai ke orbit Bumi.
Enos dibawa dari Miami Rare Bird Farm pada 3 April 1960, melengkapkan lebih 1,250 jam latihan padu di Universiti Kentucky & Pangkalan Tentera Udara Holloman untuk membiasakannya kepada keadaan 0 graviti & daya ‘g’ yang lebih tinggi untuk tempoh lama.
Pesawat itu membawa 73 penumpang & 4 kru dalam penerbangan dari Santa Cruz de la Sierra, Bolivia menuju Medellín, Colombia. Antara penumpangnya adalah 22 pemain kelab Brazil, Associação Chapecoense de Futebol, 23 staf, 21 jurnalis & 2 tetamu.
Pasukan itu ke Medellín untuk menentang kelab Colombia, Atlético Nacional bagi perhitungan tempat lawan perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016 yang dijadual berlangsung pada 30 November 2016. Namun perjalanan mereka tidak kesampaian.
“Frozen” menceritakan tentang Puteri Anna dengan bantuan seorang penjual ais, rusanya & manusia salji untuk mencari kakaknya Ratu Elsa, yang mana kuasa aisnya secara tak sengaja memerangkap negara mereka, Arendelle dalam musim sejuk berpanjangan.
Filem ini diinspirasikan oleh kisah dongeng karya Hans Christian Andersen, “The Snow Queen” terbitan 1844. Idea pembangunannya tercetus pada Mei 1940, namun dek pelbagai kekangan & cabaran, ia akhirnya dapat mula direalisasikan pada 2012.
Masjid ini terbina sebagai bayaran nazar oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah selepas baginda sembuh daripada kegeringan. Kolonel W.S. Huxley dari Jabatan Kerja Raya di KL dititahkan Sultan Idris untuk menyelia pembinaannya.
Arkiteknya adalah Arthur Benison Hubback (jurureka Stesen Keretapi Kuala Lumpur) & juruteranya adalah Francis Caulfield. Bahan utama yang digunakan adalah batu marmar dari Itali & England, sepertimana yang dimahukan oleh Sultan Idris.