37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini - Pengarah Bomba Selangor
[TERKINI] Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi - @PDRMsia
#TanahRuntuh : Mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali dibawa ke Balai Polis Hulu Yam Bharu, Selangor untuk diambil keterangan.
📹 Firdaus Saisi | BERNAMA
#TanahRuntuh : Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Gohtong Jaya, awal pagi tadi - @PDRMsia
[TERKINI] #TanahRuntuh Batang Kali: Lapan maut, 60 berjaya diselamatkan setakat ini - @PDRMsia
#TanahRuntuh : Menteri Besar Selangor @AmirudinShari tiba di lokasi kejadian bencana tanah runtuh Goh Tong Jaya pada pukul 10.24 pagi.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa hadir di Hospital Selayang bagi mendengar taklimat pihak pengurusan hospital berkenaan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi ini.
#TanahRuntuh Batang Kali : Sekitar pemandangan dari udara insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands awal pagi tadi.
#HuluTerengganu Seorang penduduk, Osman Ibrahim, 37, menyelamatkan seekor lembu peliharaannya ketika kawasan itu dinaiki air berikutan hujan lebat di Kampung Tengkawan hari ini.
📸Mohd Shafiq Ambak | BERNAMA
Penduduk beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan #banjir.
Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan, antara stesen mencatat aras air bahaya setakat jam 8 pagi tadi ialah Stesen Sungai Telemong di Kampung Sungai Ping dan Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu.
Agensi Pengurusan Bencana Negara @mynadma membawa satu unit alat ‘Ground Penetrating Radar’ ke lokasi operasi mencari dan menyelamat bagi membantu usaha mengesan mangsa di dalam tanah menerusi refleks gelombang.
Pada 15 Mei, 2 wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Sebuah trak polis dipercayai membawa mayat ke-22 dan 23 kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2.38 petang ini.
Kenderaan polis dipercayai membawa dua lagi mangsa yang ditemukan di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak untuk dibawa ke hospital.