“Doktor, dari pagi tadi saya pening. Rasa loya nak muntah”
“Rasa pening tu berpusing dalam kepala atau nampak sekeliling berpusing?”
“Duduk diam tapi sekeliling habis berpusing. Rasa macam kepala kena pusing. Jalan melelong-lelong”
Vertigo adalah suatu keadaan dimana merasakan pandangan di sekelilingnya berpusing-pusing dan merasakan dirinya berpusing tapi sebenarnya dia tidak bergerak.
Berbeza dengan pening biasa selalunya menyebabkan kepala rasa ringan, rasa nak pengsan dan pitam.
APA PUNCA VERTIGO?
📷 VERTIGO PERIFERI
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Seorang lelaki, berusia 28 tahun masuk ke bilik konsultasi dengan menapak dengan tumit.
“Tiba-tiba saja jadi bengkak dan merah. Nak berjalan terpaksa guna tumit. Sakit berdenyut”
“Merah ni, saya sentuh pun panas. Ini gout”
Thread tentang 𝐆𝐎𝐔𝐓👇
Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik di kawasan tersebut.
Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan daripada badan.
Asid urik yang berlebihan ini menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum pada sendi.
Asid urik biasanya akan mendap pada sendi ibu jari kaki.
Tetapi ia juga boleh terkumpul pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jejari tangan.
“Doktor, saya ada benjolan kecil kasar kat kaki ni. Lama-lama makin besar, gatal pun ada sikit. Boleh bantu saya, doktor?”
Seorang wanita dalam lingkungan 30-an masuk ke bilik konsultasi, menunjukkan jarinya.
Thread tentang 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀𝐓👇
Ketuat ni sebenarnya sejenis benjolan kecil yang kasar, disebabkan oleh jangkitan virus HPV.
Biasanya muncul kat tangan, kaki, atau lutut.
Walaupun nampak menakutkan, ketuat ni tak bahaya pun, cuma boleh buat kita rasa tak selesa sikit.
Rawatan Mudah untuk Ketuat
✅Asid Salisilik
Produk yang paling biasa untuk rawat ketuat ialah asid salisilik.
Caranya senang je, sapu pada ketuat setiap hari lepas rendam kawasan yang kena dalam air suam. Ini akan melembutkan kulit dan membantu asid tu bekerja lebih baik.
“Doktor, patient ni rebah depan pintu klinik tadi!” kata nurse dengan cemas.
Seorang lelaki dalam keadaan mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik konsultasi, wajahnya pucat dan keringat membasahi dahi.
"Encik ok tak ni? Duduk dulu, tarik nafas." Saya cuba menenangkan dia sambil memimpin ke kerusi pesakit.
"Tak tahulah, doktor. Saya rasa macam nak muntah, kepala pening sangat,” ujarnya dengan suara lemah.
"Boleh terangkan pada saya, apa yang Encik makan hari ni?" saya bertanya dengan penuh perhatian.
"Saya makan durian lepas makan tengahari, lepas tu minum kopi sebab rasa ngantuk. Tapi lepas tu, terus rasa lain macam, doktor," jawabnya sambil menahan sakit.
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”
“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!
Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!