“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”
“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan!
Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!
Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.
Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.
Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah.
Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Kesan Sisa Asap Basi
1️⃣ Potensi Mati Mengejut
The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.
Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.
2️⃣ Masalah Salur Pernafasan
Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata,
“Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 / 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dlm 40 hingga 50.
“Itu bermakna bahawa dgn kadar pernafasan yang lebih laju,mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa,”
3️⃣ Serangan lelah
Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.
Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.
4️⃣ Merencatkan perkembangan otak
Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar.
Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.
5️⃣ Jangkitan paru-paru
Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bantu saya untuk #share info penting ini betapa bahaya kesan sisa asap basi pada kesihatan anak-anak.
Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 t.me/drsamhan
Dr. Ahmad Samhan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tak semua orang mampu jadi Nurse. Saya cukup hormat dengan Nurse dan paling pantang mereka yang kurang ajar dengan Nurse.
1. Jantung hospital
Doktor adalah otak hospital tpi mereka ini umpama jantung hospital.Tugas amat penting dlm merawat pesakit.Melayan pelbagai karenah pesakit & pewaris bukan mudah.
Mereka yg memastikn pesakit sentiasa dalam keadaan baik & bersih.Tanpa mereka lumpuhlah hospital
2. Rela berkorban
Kebanyakkan dari mereka tinggal berjauhan dari keluarga. Ada yang terpaksa tinggalkan anak baru berusia beberapa bulan. Bukan dekat tapi di Sabah dan Sarawak.
Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan Nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena dimata dia.
“Encik, saya Dr Samhan. Doktor yang incharge ayah encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
“B*b* betul! Sedar sikit pass diploma je, bukan ada ijazah pun. Buatlah kerja betul-betul!” (sambil menunding jari pada Staff Nurse.)
Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi.
Aku dah tak boleh tahan.
“Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat Nurse ini hamba ke? Encik keluar!"
Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.
Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina.
1. DARAH JENIS O
Jenis darah tertentu lebih manis dari lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya dengan darah jenis A.
2. INDIVIDU BERTUBUH BESAR
Mungkinkah? Menurut kajian, ia kena-mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka & ia boleh dikesan dari 50 meter jauh. Jadi lebih besar anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan & katakan anda bersaiz besar dalam kumpulan keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk digigit
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut?!
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan.Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.