Saya membaca posting seorang Profesor berkenaan hal ini. Izinkan saya memberi komen terhadap entri ini. facebook.com/10004428476141…
Pertama, mesyuarat ini adalah pada June 2018 dan dokumen mesyuarat ini diterbitkan pada Mac 2019. Mengapa pada Januari 2023 baru dibangkitkan?
Kedua, mengapa fokus pada seorang peserta sahaja? Mengapa tak dihighlight peserta lain yang memberi sumbangan yang banyak dalam rawatan dan pengurusan HIV?
Saya beri contoh berkenaan dengan Dr. Andrew Yap dari Red Clinic. Jumaat lepas saya lihat seorang pesakit HIV yang menghidap Pneumocystis jiroveci pneumonia (PJP). Prof pesan, minggu depan kita boleh suggest 7 STI Profile by PCR untuk mengesan penyakit kelamin lain.
Sambil berbual, Prof saya bercerita sebentar tentang Dr. Andrew Yap. "Every patient speaks only good things about him; I have never heard any bad things. I trusted my patients to be treated by him."
Saya sebagai pengamal perubatan Muslim pun malu dengan akhlaq saya apabila melihat Dr2 non Muslim yang sangat baik akhlaqnya. Itu satu peserta dari ramai peserta lain dalam meeting report tersebut. Berlaku adil Prof kerana adil lebih dekat dengan taqwa!
Ketiga, adakah pergaulan kita dengan mana-mana gay/ MSM adalah menunjukkan kita redha dengan apa yang berlaku Prof? Sebagai doktor, saya tak boleh memilih pesakit saya Prof atau masyarakat. Engagement is golden Prof. Kita para daie (pendidik) perlu mendekati mereka Prof.
Keempat, adakah doktor perlu menyelidik dan menyiasat dosa peribadi manusia lain Prof? Boleh dengar dan hadami video ini Prof.
Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci,
tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)
Marilah kita sama-sama mengelakkan diri dari bersangka buruk terhadap pesakit atau pengamal perubatan lain.
Kelima, recommendation ini jelas Prof. Kita sebut kombinasi behavioural, biomedical dan structural intervention Prof. Dan memerlukan sinergi dari pelbagai sektor. Ya, pelbagai sektor. PrEP hanyalah additional intervention Prof. I hope you understand that point Prof.
Keenam, Prof sebut mereka sebenarnya tak cakna tentang data HIV. Majoriti dari mereka sangat cakna, terjun dalam masyarakat membantu komuniti PLHIV Prof. Malu saya dengan mereka Prof atas sumbangan mereka di peringkat komuniti.
Saya kira kita perlu melihat dari mata lebah, bukan mata lalat Prof. Moga kita memberi lebih banyak advokasi, pencerahan pada masyarakat Prof. Kitalah yang perlu terlebih dulu mendekati golongan sasar yang berisiko tinggi ini Prof.
Moga kita sama-sama diberi hikmah untuk memahami Prof.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Saya lihat video luahan Datuk Yusuf Haslam yang meruntun hati dan jiwa. Jujurnya saya menangis. Begitulah cinta dan kasih ibu dan ayah. Walaupun terluka, masih menasihati. Cinta tanpa syarat dan akan terus membimbing di anak sehingga akhir kehidupan mereka.
Pernah ada kes anak remaja yang kami lihat. Si anak pernah meluahkan najisnya bercampur darah. Si ayah berpesan minum air banyak, dibelikan buah-buahan. Sehinggalah satu hari naik ruam pada badan dan anak ini bercakap, "Ayah, saya rasa saya ada HIV". Terkejut si ayah dan ibu.
Terduduk sebentar, namun kemudian dikuatkan hati membawa anak mendapat rawatan. Diagnosis si anak - secondary syphilis dan HIV. Terduduk, lemah longlai si ayah dan ibu. Menangis namun yang pasti mereka tidak pernah membuang si anak. Begitulah cinta tanpa syarat.
Beberapa minggu lepas, saya lihat seorang pesakit remaja HIV positif. Dia telah dimulakan rawatan ubat HAART. Dia mendapat komplikasi ruam seluruh badan, menggaru-garu di hadapan saya kesan dari pengambilan ubat Efavirenz.
Si ayah yang sugul membantu membuka tirai langsir agar saya dapat memeriksa si anak. Jujurnya, sebagai pegawai perubatan kita memberi harapan kepada ayah dan ibu remaja ini bahawa penyakit HIV ini boleh dirawat.
Berbalik kepada scenario kes tadi, apa yang saya boleh katakan adalah antara dua pilihan sama ada mencegah atau merawat, saya memilih untuk mencegah. Saya amat berharap saya diberi pilihan untuk bertemu remaja ini sebelum dia dijangkiti. Engagement is golden.
Teringat pengalaman semasa dalam latihan housemanship 10 tahun lalu di jabatan forensik semasa posting emergency medicine. Setiap house officer (HO) perlu membentangkan satu kes yang dilihat.
Kebanyakan kes yang dibentangkan oleh HO sebelum saya adalah kes MVA - motor vehicle accident (kemalangan) tapi saya mendapat peluang melihat satu kes bukan kemalangan. Kes itu dilihat hujung minggu.
Seorang lelaki muda yang boleh dikategorikan good looking ditemui mati di dalam biliknya yang terkunci dengan beg plastik menyaluti muka dan tank gas helium yang biasanya digunakan untuk meniup belon-belon di majlis keramaian.
Clinical Practice Guideline (CPG) HIV 2022 yang dilancarkan semasa MyHIV Forum 2022 ini dikritik hebat apabila meletakkan golongan yang disasarkan untuk pemberian PrEP. Adakah CPG boleh memilih-milih berdasarkan apa yang disebut sebagai moral dan prinsip agama?
Jawapannya TIDAK. CPG perlu berdasarkan kepada highest level of evidence based medicine (EBM). Ia perlu berdasarkan bukti dan kajian saintifik. Semua yang berisiko tinggi perlu disebut. Bukan memilih-milih golongan sasar.