How to get URL link on X (Twitter) App
    
        
      
        
        https://twitter.com/finazyunus/status/1624601754158637056Mereka diberi pakej pencegahan holistik. Abstinens adalah seruan pertama kita. A - Abstinence, B - Be faithful, C - Condom, D - Drug. PrEP datang sebagai pilihan keempat yang mana terbukti kajian keberkesanannya.
        
          Pemberian PrEP ini dah lama diberikan pada golongan berisiko tinggi. Sahabat saya sendiri, @Dr_Ahmad_RZ sebagai pengamal perubatan muslim juga sudah memberikan usaha pencegahan ini hampir 5 tahun. Ramai Dr muslim yang memberikannya.
      
        
          Namun di sana Prof gagal memahami isu ini dari perspektif perubatan. Prof mencampur aduk isu hukum, isu sosial, dan isu perubatan dalam satu bakul. Itulah juga naratif yang Prof cipta bahawa kami menggalakkan LGBT.
      
        
          Pernah 5 tahun lalu, saya bertemu ibu & ayah yg memberitahu bahawa mereka mesej mengingatkan tentang solat setiap kali waktu solat pada anak mereka di universiti.Namun anak ini tersasar. Mereka perlu menjaga anak dewasa yg terlantar kerana morbiditi AIDS. Menangis ibu ayah ini.
      
        
        
        
          Prof @DrRafidahHanim, ilmu perubatan ini berdasarkan kualiti dan hierarki bukti-bukti kajian. Dapatan kajian meta analysis dan systematic review adalah dapatan kajian paling tinggi. 
      
        
          @yuistic Pesakit kita ini bukan semua macam kita. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang langsung tak tahu apa itu HIV. Ada yang tak tahu apa itu penyakit kelamin. Ada pula spektrum yang telah membaca semua hatta tahu secara mendalam tentang ubatan dan lainnya.
      
        
          Proses mendidik masyarakat ini satu proses yang memakan masa Prof @DrRafidahHanim. Fasa dakwah Rasulullah SAW di Mekah juga mengambil masa 13 tahun. Masyarakat kita rencam. Sementara mereka mencari jalan pulang, kita bantu dengan didikan & PrEP.
      https://twitter.com/drrafidahhanim/status/1619551693502550019Prof @DrRafidahHanim, ini keseluruhan thread. Saya bertanya untuk tabayyun. Kita bertanya supaya semua Dr juga dapat mengambil manfaat. Moga ada jawapannya. Dan apa pula option untuk mereka yang tak mahu join mukhayyam?
https://twitter.com/ummuafeera/status/1619499011068801024
        
          @Iqraq4 Saya yang muda dan naif ini ingin bertanya, apa bukti keberkesanan program? Oversubscribed, maka berapa ramai yang terlibat? Apa method recruitment? Berapa ramai yang datang sukarela?
      
        


          @muslimbest Adakah peningkatan ini baru berlaku? Sudah hampir 10 tahun! Ini data dari KKM. Bagaimana pula data LGBT dari pihak agamawan/ NGO yang hari ini rancak bersuara. Apa yang telah dilakukan selama ini? Apa pula hasilnya? 
      
        
        
          Prof @DrRafidahHanim, saya ceritakan satu pengalaman saya di thread ini berhadapan dengan ibu hamil HIV positif.Kita perlu empati Prof.Seboleh mampu kami tak mahu ada lagi yang dijangkiti HIV walaupun hatta 1% dari populasi.Seandainya PrEP sudah ada dulu, pastinya akan digunakan. https://twitter.com/ummuafeera/status/1612761115741806593
        
          Meskipun ubat tersebut belum ada lagi di Malaysia, namun setiap Dr perubatan perlu sentiasa peka dengan perkembangan ilmu. Seandainya ubat makan memerlukan pesakit HIV mengambil pil 365 hari setahun, maka ubat suntikan hanya perlu 6x setahun. Jujurnya saya taajub. 
      
        
          Dakwah pun sama. Saya sendiri tak pernah menerima tekanan antarabangsa. Saya bercakap dari pengalaman di medan amal, merawat dan melihat anak-anak remaja kita yang dijangkiti HIV/ AIDS.
      
        
          Pertamanya Prof, sebagai pengamal perubatan, kita tak boleh bersikap judgemental. "To be, all the way, an instrument of God's mercy, extending my medical care to near and far, virtuous and sinner and friend and enemy…"