Hari ini 50 tahun yang lalu, Perjanjian Damai Paris ditandatangani untuk menamatkan Perang Vietnam.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Selepas Perancis berundur dari Indochina pada 1954, Vietnam Utara dikuasai oleh Viet Minh berfahaman komunis berperang dengan Vietnam Selatan yang dibantu A.S. Sementara Viet Cong, di bawah telunjuk utara, melancar perang gerila di selatan.

#PeristiwaHariIni
Susulan insiden Teluk Tonkin pada Ogos 1964, A.S. melipatgandakan keberadaan tenteranya di Vietnam. Pada 1968, Viet Cong melancarkan Serangan Tet; walau mereka kalah, ia satu kemenangan politik yang menyebabkan penglibatan A.S. mula pudar.

#PeristiwaHariIni
Vietnam Utara mengisytihar pembentukan Kerajaan Revolusionari Sementera Vietnam Selatan pada 1969. Tahun itu juga, Richard Nixon menjadi Presiden A.S. & memulakan dasar “Vietnamisasi” untuk membawa pulang tenteranya sambil bantuan diteruskan.

#PeristiwaHariIni
Vietnam Utara membuka pintu rundingan dengan A.S. & mengajukan draf perjanjian pada Oktober 1972. Apabila menyedari rundingan itu dibuat secara rahsia & dirasakan berat sebelah, Vietnam Selatan enggan akur kepada tuntutan draf tersebut.

#PeristiwaHariIni
Untuk mempamer keseriusannya, A.S. melancarkan operasi pengemboman Vietnam Utara pada Disember 1972 & mengugut akan menarik sokongan terhadap Vietnam Selatan. Atas tekanan tersebut, kedua-dua pihak akur untuk berunding semula.

#PeristiwaHariIni
Akhirnya pada 27 Januari 1973, perjanjian ditandatangani di Paris - dalam dokumen berasingan untuk menyesuaikan dengan tuntutan Vietnam Selatan yang enggan mengiktiraf pembentukan Kerajaan Revolusionari Sementara oleh Vietnam Utara.

#PeristiwaHariIni
Perjanjian itu antaranya memperuntukkan gencatan senjata serta merta, pengunduran semua tentera A.S., pelupusan kesemua pangkalan A.S. dalam tempoh 60 hari, pertukaran tahanan perang, serta penubuhan Majlis Perdamaian & Persepakatan Kebangsaan.

#PeristiwaHariIni
Namun tak lama, perjanjian itu dicabuli kedua-dua pihak & mereka kembali berperang. Penaklukan Saigon oleh Vietnam Utara pada 30 April 1975 menandakan tamatnya perang & Vietnam kembali menyatu sebagai sebuah negara tahun berikutnya.

Sumber: Britannica, History

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Jan 30
Hari ini 75 tahun yang lalu, Mahatma Gandhi ditembak mati.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.

#peristiwahariini
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.

#peristiwahariini
Read 10 tweets
Jan 29
Hari ini 204 tahun yang lalu, Stamford Raffles tiba di Singapura.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Selepas dilantik sebagai Leftenan Gabenor British di Bengkulu pada 1818, Raffles berjaya mendapatkan dana untuk ekspedisi membuka pangkalan British baharu di Kepulauan Melayu. Matlamatnya untuk memecah monopoli Belanda di wilayah ini.

#PeristiwaHariIni
Selepas berminggu mencari, Raffles menemukan Singapura yang punyai pelabuhan semula jadi yang baik, bekalan air bersih & hutan balak untuk membaiki kapal, serta terletak di antara Selat Melaka & Selat Sunda. Paling penting, ia tidak dikuasai Belanda.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jan 28
Hari ini 37 tahun yang lalu, kapal angkasa ‘Challenger’ meletup selepas dilancarkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Pada jam 11.38 pagi (EST) itu, “Challenger” berlepas dari Cape Canaveral, Florida & Christa McAuliffe dalam perjalanan menjadi rakyat biasa A.S. pertama ke angkasa. Dia memenangi sebuah pertandingan untuk meraih tempatnya bersama 6 lagi kru kapal tersebut.

#PeristiwaHariIni
Guru sekolah tinggi berusia 37 tahun dari New Hampshire itu menjalani latihan selama berbulan untuk misi tersebut. Namun pada 23 Januari 1986, McAuliffe terpaksa menunggu lagi 6 hari apabila pelancaran ditunda kerana cuaca buruk & masalah teknikal.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Dec 4, 2022
Hari ini 45 tahun yang lalu, pesawat MAS Penerbangan 653 dirampas & terhempas di Tanjung Kupang, Johor.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
MH653 berlepas dari P. Pinang tepat jam 19:21 & dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Sekitar jam 19:47, Kapten GK Ganjoor & pembantunya Kamarulzaman Jalil membuat persiapan mendarat ketika di altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang.

#PeristiwaHariIni
Tak lama kemudian, pintu kokpit diketuk & diceroboh masuk individu tak dikenali. Kru memaklumkan kepada menara kawalan trafik Subang bahawa “ada perampas di dalam pesawat” sebelum memberitahu bahawa “kami kini menuju ke Singapura. Selamat malam.”

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Dec 3, 2022
Hari ini 28 tahun yang lalu, Sony PlayStation dilancarkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Segalanya dimulakan oleh Ken Kutaragi, pengurus divisyen kejuruteraan perkakasan Sony. Minatnya terhadap pembangunan permainan video bermula apabila melihat anaknya bermain Nintendo Famicom & merasakan ada penambahbaikan boleh dilakukan.

#PeristiwaHariIni
Pada 1988, Sony berusahasama dengan Nintendo untuk bangunkan ciri CD-ROM kepada konsol Super Nintendo Entertainment System (SNES). Diberi nama “SNES-CD”/“Play Station,” ia dijadual untuk diumum pada Consumer Electronics Show (CES) 1991 di Las Vegas.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Dec 2, 2022
Hari ini 51 tahun yang lalu, Emiriah Arab Bersatu secara rasminya diasaskan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Pada awal 1968, British mengumumkan hasrat untuk berundur dari Teluk Arab menjelang hujung 1971, selepas lebih 100 tahun menaungi emiriah-emiriah pesisir pantai yang dipanggil Negeri-Negeri Gencatan Senjata sejak pemeteraian perjanjian pada 1820.

#PeristiwaHariIni
Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan melihat bahawa emiriah-emiriah tidak boleh bersendirian & perlu bersatu untuk mendepani arus dunia yang penuh cabaran & ancaman apabila mereka tidak lagi dilindungi oleh kuasa besar.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(