Pada jam 11.38 pagi (EST) itu, “Challenger” berlepas dari Cape Canaveral, Florida & Christa McAuliffe dalam perjalanan menjadi rakyat biasa A.S. pertama ke angkasa. Dia memenangi sebuah pertandingan untuk meraih tempatnya bersama 6 lagi kru kapal tersebut.
Guru sekolah tinggi berusia 37 tahun dari New Hampshire itu menjalani latihan selama berbulan untuk misi tersebut. Namun pada 23 Januari 1986, McAuliffe terpaksa menunggu lagi 6 hari apabila pelancaran ditunda kerana cuaca buruk & masalah teknikal.
Akhirnya pada 28 Januari 1986, kapal angkasa tersebut berlepas. Namun 73 saat kemudian, disaksikan oleh ratusan di lokasi pelancaran & jutaan menerusi siaran langsung TV, kapal itu meletup & bersepai di udara. Tiada satu nyawa pun yang terselamat.
Susulan tragedi itu, Presiden Ronald Reagan melantik suruhanjaya khas untuk mengkaji apa puncanya & membentuk langkah pembetulan di masa hadapan. Ia dikepalai bekas S/U negara William Rogers & dianggotai antaranya bekas angkasawan Neil Armstrong.
Siasatan mendapati bahawa nahas itu disebabkan kegagalan satu pengedap “cincin-O” dalam salah satu roket bahan api pepejalnya. Cincin-O yang anjal itu tidak bertindak balas sepertimana diharapkan kerana cuaca sejuk ketika pelancaran.
Kerana bencana itu, NASA tidak menghantar sesiapa ke angkasa selama lebih 2 tahun untuk merekabentuk semula beberapa ciri dalam kapal angkasanya. Pada September 1988, penerbangan shuttle angkasa disambung dengan kejayaan pelancaran “Discovery.”
Sejak program shuttle angkasa NASA yang bermula pada 1976, nahas “Challenger” adalah yang pertama sementara nahas “Columbia” pada 2003 adalah yang kedua & terakhir sebelum program itu ditamatkan pada 2011.
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.
Selepas dilantik sebagai Leftenan Gabenor British di Bengkulu pada 1818, Raffles berjaya mendapatkan dana untuk ekspedisi membuka pangkalan British baharu di Kepulauan Melayu. Matlamatnya untuk memecah monopoli Belanda di wilayah ini.
Selepas berminggu mencari, Raffles menemukan Singapura yang punyai pelabuhan semula jadi yang baik, bekalan air bersih & hutan balak untuk membaiki kapal, serta terletak di antara Selat Melaka & Selat Sunda. Paling penting, ia tidak dikuasai Belanda.
Selepas Perancis berundur dari Indochina pada 1954, Vietnam Utara dikuasai oleh Viet Minh berfahaman komunis berperang dengan Vietnam Selatan yang dibantu A.S. Sementara Viet Cong, di bawah telunjuk utara, melancar perang gerila di selatan.
Susulan insiden Teluk Tonkin pada Ogos 1964, A.S. melipatgandakan keberadaan tenteranya di Vietnam. Pada 1968, Viet Cong melancarkan Serangan Tet; walau mereka kalah, ia satu kemenangan politik yang menyebabkan penglibatan A.S. mula pudar.
MH653 berlepas dari P. Pinang tepat jam 19:21 & dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Sekitar jam 19:47, Kapten GK Ganjoor & pembantunya Kamarulzaman Jalil membuat persiapan mendarat ketika di altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang.
Tak lama kemudian, pintu kokpit diketuk & diceroboh masuk individu tak dikenali. Kru memaklumkan kepada menara kawalan trafik Subang bahawa “ada perampas di dalam pesawat” sebelum memberitahu bahawa “kami kini menuju ke Singapura. Selamat malam.”
Segalanya dimulakan oleh Ken Kutaragi, pengurus divisyen kejuruteraan perkakasan Sony. Minatnya terhadap pembangunan permainan video bermula apabila melihat anaknya bermain Nintendo Famicom & merasakan ada penambahbaikan boleh dilakukan.
Pada 1988, Sony berusahasama dengan Nintendo untuk bangunkan ciri CD-ROM kepada konsol Super Nintendo Entertainment System (SNES). Diberi nama “SNES-CD”/“Play Station,” ia dijadual untuk diumum pada Consumer Electronics Show (CES) 1991 di Las Vegas.
Pada awal 1968, British mengumumkan hasrat untuk berundur dari Teluk Arab menjelang hujung 1971, selepas lebih 100 tahun menaungi emiriah-emiriah pesisir pantai yang dipanggil Negeri-Negeri Gencatan Senjata sejak pemeteraian perjanjian pada 1820.
Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan melihat bahawa emiriah-emiriah tidak boleh bersendirian & perlu bersatu untuk mendepani arus dunia yang penuh cabaran & ancaman apabila mereka tidak lagi dilindungi oleh kuasa besar.