Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.
Lepas 7 tahun protes, persetujuan kompromi dicapai dengan kerajaan Transvaal. Gandhi pulang ke India pada 1914 & hidup zuhud jauh dari politik, namun tampil memimpin gerakan merdeka bermula 1919 bila British wajibkan penyertaan orang India ke dalam tentera.
1922 Gandhi dipenjarakan, dibebaskan 2 tahun kemudian & memimpin mogok lapar protes terhadap keganasan Hindu-Muslim. Pada 1930 beliau memimpin puluhan ribu pengikutnya berarak ke Laut Arab, protes terhadap cukai garam oleh British.
Beliau ditahan & dilepaskan pada 1931 untuk menghadiri Persidangan Meja Bulat tentang India di London, dipenjarakan lagi selepas pulang. Pada 1934, beliau meninggalkan Kongres Nasional India untuk membangunkan ekonomi rakyat tersusah.
Pada 1942, Gandhi melancarkan gerakan “Keluar India” mendesak pengunduran penuh British dari negara itu & dipenjarakan sekali lagi hingga 1944. Selepas terbentuk kerajaan baharu di Britain pada 1945, rundingan kemerdekaan bermula.
Gandhi mahu India menyatu, tapi tak dipersetujui Liga Muslim. Terbentuk India & Pakistan pada 15 Ogos 1947, meletus pertumpahan darah antara penganut Hindu & Islam. Gandhi kecewa, protes dengan terus berpuasa & mendekati rakyat daif.
Pada 5 petang 30 Januari 1948 ketika berada di Birla Bhavan, New Delhi, beliau ditembak mati oleh Nathuram Godse, ekstrimis yang berang dengan toleransi Gandhi terhadap Pakistan. Kematiannya diumum oleh PM India, Jawaharlal Nehru.
Selepas dilantik sebagai Leftenan Gabenor British di Bengkulu pada 1818, Raffles berjaya mendapatkan dana untuk ekspedisi membuka pangkalan British baharu di Kepulauan Melayu. Matlamatnya untuk memecah monopoli Belanda di wilayah ini.
Selepas berminggu mencari, Raffles menemukan Singapura yang punyai pelabuhan semula jadi yang baik, bekalan air bersih & hutan balak untuk membaiki kapal, serta terletak di antara Selat Melaka & Selat Sunda. Paling penting, ia tidak dikuasai Belanda.
Pada jam 11.38 pagi (EST) itu, “Challenger” berlepas dari Cape Canaveral, Florida & Christa McAuliffe dalam perjalanan menjadi rakyat biasa A.S. pertama ke angkasa. Dia memenangi sebuah pertandingan untuk meraih tempatnya bersama 6 lagi kru kapal tersebut.
Guru sekolah tinggi berusia 37 tahun dari New Hampshire itu menjalani latihan selama berbulan untuk misi tersebut. Namun pada 23 Januari 1986, McAuliffe terpaksa menunggu lagi 6 hari apabila pelancaran ditunda kerana cuaca buruk & masalah teknikal.
Selepas Perancis berundur dari Indochina pada 1954, Vietnam Utara dikuasai oleh Viet Minh berfahaman komunis berperang dengan Vietnam Selatan yang dibantu A.S. Sementara Viet Cong, di bawah telunjuk utara, melancar perang gerila di selatan.
Susulan insiden Teluk Tonkin pada Ogos 1964, A.S. melipatgandakan keberadaan tenteranya di Vietnam. Pada 1968, Viet Cong melancarkan Serangan Tet; walau mereka kalah, ia satu kemenangan politik yang menyebabkan penglibatan A.S. mula pudar.
MH653 berlepas dari P. Pinang tepat jam 19:21 & dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Sekitar jam 19:47, Kapten GK Ganjoor & pembantunya Kamarulzaman Jalil membuat persiapan mendarat ketika di altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang.
Tak lama kemudian, pintu kokpit diketuk & diceroboh masuk individu tak dikenali. Kru memaklumkan kepada menara kawalan trafik Subang bahawa “ada perampas di dalam pesawat” sebelum memberitahu bahawa “kami kini menuju ke Singapura. Selamat malam.”
Segalanya dimulakan oleh Ken Kutaragi, pengurus divisyen kejuruteraan perkakasan Sony. Minatnya terhadap pembangunan permainan video bermula apabila melihat anaknya bermain Nintendo Famicom & merasakan ada penambahbaikan boleh dilakukan.
Pada 1988, Sony berusahasama dengan Nintendo untuk bangunkan ciri CD-ROM kepada konsol Super Nintendo Entertainment System (SNES). Diberi nama “SNES-CD”/“Play Station,” ia dijadual untuk diumum pada Consumer Electronics Show (CES) 1991 di Las Vegas.
Pada awal 1968, British mengumumkan hasrat untuk berundur dari Teluk Arab menjelang hujung 1971, selepas lebih 100 tahun menaungi emiriah-emiriah pesisir pantai yang dipanggil Negeri-Negeri Gencatan Senjata sejak pemeteraian perjanjian pada 1820.
Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan melihat bahawa emiriah-emiriah tidak boleh bersendirian & perlu bersatu untuk mendepani arus dunia yang penuh cabaran & ancaman apabila mereka tidak lagi dilindungi oleh kuasa besar.