Hari ini 31 tahun yang lalu, bintang bola sepak Brazil, Neymar, dilahirkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Neymar da Silva Santos Junior lahir di Magi das Cruzes, São Paolo, anak Neymar Santos Sr. & Nadine da Silva. Pada 2003, keluarganya berpindah ke São Vicente, di mana Neymar mula bermain dalam pasukan remaja Portuguesa Santista.

#PeristiwaHariIni
Kemudian pada tahun 2003 juga, mereka berpindah pula ke Santos & Neymar menyertai pasukan remaja Santos. Pada 2004, Neymar menjalani percubaan bersama Real Madrid namun tidak kekal di sana & pulang untuk berkembang di Santos.

#PeristiwaHariIni
Di usia 17 tahun, Neymar menandatangani kontrak profesional bersama Santos & membantu kelab itu menjuarai Campeonato Paulista 2 kali berturut-turut, satu gelaran Copa do Brasil & Copa Libertadores 2011 (pertama buat Santos sejak 1963).

#PeristiwaHariIni
Pada 2013, Neymar menyertai FC Barcelona. Bersama Lionel Messi & Luis Suárez, trio itu membawa Barça merangkul trebel La Liga, Copa Del Rey & Liga Juara-Juara UEFA. Mereka juga memenangi gelaran domestik berganda pada musim 2015-16.

#PeristiwaHariIni
4 tahun bersama Barça, Neymar kemudian berpindah ke PSG dengan yuran €222 juta, menjadikannya pemain termahal hingga hari ini. Di Paris, beliau memenangi 4 gelaran liga, kuadrupel domestik (2019-20) & membawa PSG ke final Liga Juara-Juara pertamanya.

#PeristiwaHariIni
Dengan 77 gol dalam 124 perlawanan untuk Brazil sejak 2007, Neymar adalah penjaring terbanyak untuk negaranya di samping Pelé. Beliau membantu Brazil menjulang Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2011 & Piala Konfederasi FIFA 2013.

#PeristiwaHariIni
Neymar diundi di tempat ke-3 untuk anugerah Ballon d’Or FIFA 2015 & 2017, mendapat Anugerah Puskás FIFA 2011, disenaraikan dalam FIFA FIFPro World11 2 kali, UEFA Team of the Year 2 kali & Skuad Terbaik Liga Juara-Juara UEFA 3 kali.

#PeristiwaHariIni
Seorang penjaring prolifik yang lincah & kreatif, Neymar dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia serta antara pemain Brazil terunggul sepanjang zaman.

Sumber: Britannica, Goal, History-biography

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Feb 7
Hari ini 29 tahun yang lalu, Planetarium Negara dirasmikan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.

#PeristiwaHariIni
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Feb 6
Hari ini 78 tahun yang lalu, Bob Marley dilahirkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Robert Nesta Marley lahir di Nine Mile, St. Anne Parish, Jamaica. Bapanya Norval Sinclair Marley, seorang penyelia ladang berkulit putih & ibunya Cedella Malcolm, wanita berkulit hitam daripada keluarga dukun tempatan yang dihormati.

#PeristiwaHariIni
Ketika berusia 12 tahun, ibunya membawa Marley berpindah ke penempatan ‘ghetto’ di Trenchtown. Di situ, Marley yang didedahkan kepada muzik sejak kecil, menubuhkan kumpulan vokal ‘The Wailers’ bersama rakannya Peter Tosh & Bunny Wailer pada 1963.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jan 30
Hari ini 75 tahun yang lalu, Mahatma Gandhi ditembak mati.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.

#peristiwahariini
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.

#peristiwahariini
Read 10 tweets
Jan 29
Hari ini 204 tahun yang lalu, Stamford Raffles tiba di Singapura.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Selepas dilantik sebagai Leftenan Gabenor British di Bengkulu pada 1818, Raffles berjaya mendapatkan dana untuk ekspedisi membuka pangkalan British baharu di Kepulauan Melayu. Matlamatnya untuk memecah monopoli Belanda di wilayah ini.

#PeristiwaHariIni
Selepas berminggu mencari, Raffles menemukan Singapura yang punyai pelabuhan semula jadi yang baik, bekalan air bersih & hutan balak untuk membaiki kapal, serta terletak di antara Selat Melaka & Selat Sunda. Paling penting, ia tidak dikuasai Belanda.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jan 28
Hari ini 37 tahun yang lalu, kapal angkasa ‘Challenger’ meletup selepas dilancarkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Pada jam 11.38 pagi (EST) itu, “Challenger” berlepas dari Cape Canaveral, Florida & Christa McAuliffe dalam perjalanan menjadi rakyat biasa A.S. pertama ke angkasa. Dia memenangi sebuah pertandingan untuk meraih tempatnya bersama 6 lagi kru kapal tersebut.

#PeristiwaHariIni
Guru sekolah tinggi berusia 37 tahun dari New Hampshire itu menjalani latihan selama berbulan untuk misi tersebut. Namun pada 23 Januari 1986, McAuliffe terpaksa menunggu lagi 6 hari apabila pelancaran ditunda kerana cuaca buruk & masalah teknikal.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
Jan 27
Hari ini 50 tahun yang lalu, Perjanjian Damai Paris ditandatangani untuk menamatkan Perang Vietnam.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Selepas Perancis berundur dari Indochina pada 1954, Vietnam Utara dikuasai oleh Viet Minh berfahaman komunis berperang dengan Vietnam Selatan yang dibantu A.S. Sementara Viet Cong, di bawah telunjuk utara, melancar perang gerila di selatan.

#PeristiwaHariIni
Susulan insiden Teluk Tonkin pada Ogos 1964, A.S. melipatgandakan keberadaan tenteranya di Vietnam. Pada 1968, Viet Cong melancarkan Serangan Tet; walau mereka kalah, ia satu kemenangan politik yang menyebabkan penglibatan A.S. mula pudar.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(