Robert Nesta Marley lahir di Nine Mile, St. Anne Parish, Jamaica. Bapanya Norval Sinclair Marley, seorang penyelia ladang berkulit putih & ibunya Cedella Malcolm, wanita berkulit hitam daripada keluarga dukun tempatan yang dihormati.
Ketika berusia 12 tahun, ibunya membawa Marley berpindah ke penempatan ‘ghetto’ di Trenchtown. Di situ, Marley yang didedahkan kepada muzik sejak kecil, menubuhkan kumpulan vokal ‘The Wailers’ bersama rakannya Peter Tosh & Bunny Wailer pada 1963.
Dengan panduan daripada ‘The Godfather of Reggae’ Joe Higgs, The Wailers melancarkan album pertama mereka ‘The Wailing Wailers’ dengan lagu single ‘One Love’ pada 1965 yang melonjakkan nama mereka. Mereka kemudian menghasilkan 11 lagi album.
Selepas mengikat kontrak dengan Island Records, mereka dikenali sebagai Bob Marley & the Wailers. Muzik mereka berevolusi apabila Marley memeluk Rastafarianisme & mula mendapat perhatian antarabangsa sebelum berpecah pada 1974.
Begitupun, Marley meneruskan perjalanan membawa nama kumpulan itu. Kemasyhurannya meledak apabila Eric Clapton membawakan lagu ‘I Shot the Sheriff’ versinya pada 1974 & menyusul lagu-lagu ikonik seperti ‘No Woman No Cry’ & ‘Redemption Song’.
Mesej-mesej perjuangan kebebasan & melawan penindasan dalam muziknya membuatkan Marley turut menonjol sebagai tokoh politik. Pada 1976, beliau terselamat daripada cubaan membunuhnya yang memaksa Marley berpindah ke London.
Pada 1977, Marley didiagnos menghidap sejenis kanser kulit & meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia 36 tahun. Beliau diberi pengebumian negara & disemadikan di sebuah gereja kecil dekat kampung kelahirannnya di Nine Mile.
Marley dianggap sebagai bukan sahaja simbol budaya Jamaica & muzik raggae, tetapi juga pejuang masyarakat yang menyeru kepada sebuah dunia yang lebih saksama.
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.
Neymar da Silva Santos Junior lahir di Magi das Cruzes, São Paolo, anak Neymar Santos Sr. & Nadine da Silva. Pada 2003, keluarganya berpindah ke São Vicente, di mana Neymar mula bermain dalam pasukan remaja Portuguesa Santista.
Kemudian pada tahun 2003 juga, mereka berpindah pula ke Santos & Neymar menyertai pasukan remaja Santos. Pada 2004, Neymar menjalani percubaan bersama Real Madrid namun tidak kekal di sana & pulang untuk berkembang di Santos.
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.
Selepas dilantik sebagai Leftenan Gabenor British di Bengkulu pada 1818, Raffles berjaya mendapatkan dana untuk ekspedisi membuka pangkalan British baharu di Kepulauan Melayu. Matlamatnya untuk memecah monopoli Belanda di wilayah ini.
Selepas berminggu mencari, Raffles menemukan Singapura yang punyai pelabuhan semula jadi yang baik, bekalan air bersih & hutan balak untuk membaiki kapal, serta terletak di antara Selat Melaka & Selat Sunda. Paling penting, ia tidak dikuasai Belanda.
Pada jam 11.38 pagi (EST) itu, “Challenger” berlepas dari Cape Canaveral, Florida & Christa McAuliffe dalam perjalanan menjadi rakyat biasa A.S. pertama ke angkasa. Dia memenangi sebuah pertandingan untuk meraih tempatnya bersama 6 lagi kru kapal tersebut.
Guru sekolah tinggi berusia 37 tahun dari New Hampshire itu menjalani latihan selama berbulan untuk misi tersebut. Namun pada 23 Januari 1986, McAuliffe terpaksa menunggu lagi 6 hari apabila pelancaran ditunda kerana cuaca buruk & masalah teknikal.
Selepas Perancis berundur dari Indochina pada 1954, Vietnam Utara dikuasai oleh Viet Minh berfahaman komunis berperang dengan Vietnam Selatan yang dibantu A.S. Sementara Viet Cong, di bawah telunjuk utara, melancar perang gerila di selatan.
Susulan insiden Teluk Tonkin pada Ogos 1964, A.S. melipatgandakan keberadaan tenteranya di Vietnam. Pada 1968, Viet Cong melancarkan Serangan Tet; walau mereka kalah, ia satu kemenangan politik yang menyebabkan penglibatan A.S. mula pudar.