Kami menyatakan persetujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan menerusi pelbagai kerjasama sekali gus memantapkan pembangunan di antara kedua-dua negara.
Malaysia-Thailand juga akan meningkatkan kolaborasi dalam bidang keterjaminan makanan, tenaga boleh diperbaharui dan pendigitalan.
Malaysia juga akan memanfaat hubungan baik sebagai jiran dan sahabat dalam usaha mewujudkan keamanan di selatan Thailand.
Untuk itu Malaysia telah melantik fasilitator yang baharu dan boleh diterima untuk bekerjasama dengan kerajaan Thailand iaitu Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand.
Malaysia sama sekali tidak pernah dan tidak akan membenarkan apa-apa jenis keganasan untuk menyelesaikan sebarang konflik di selatan Thailand dan menjadi kewajipan kita sebagai jiran dan keluarga yang baik untuk melakukan apa sahaja yang perlu untuk memudahkan proses itu.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Mereka ini memainkan peranan cukup penting kepada pengukuhan budaya dan kerjasama antara Malaysia-Thailand.
Saya turut ambil kesempatan jelaskan bahawa mereka berhak mendapat pentadbiran yang sempurna, bertanggungjawab dan menerapkan prinsip kebertanggungjawaban yang demokratik.
Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ketibaan saya disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Negeri Thailand, Don Pramudwinai dan delegasi.
Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2023 bersama-sama industri.
Saya tekankan komitmen Kerajaan untuk menyokong penubuhan syarikat inovatif dan berpertumbuhan tinggi tempatan melalui peningkatan pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi di bawah Belanjawan 2023.
Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Leadership Foundation (GLF) diketuai oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark pada petang tadi.
Kami berbincang mengenai kepentingan tadbir urus negara yang baik serta usaha berterusan Kerajaan dalam membersihkan negara daripada rasuah.
Perbincangan turut menyentuh peranan penting Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam memacu pembangunan serantau serta mengemudi usaha kolektif pertubuhan itu dalam menangani situasi di Myanmar.