How to get URL link on X (Twitter) App



Dalam pertemuan ini antara lain kami membincangkan dinamika dakwah dan isu-isu agama yang merentas sempadan Alam Melayu.
Majlis Ilmu MADANI kali ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.



Turut hadir Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Pendidikan, serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan.



Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia.



Beberapa menteri kabinet turut menyertai saya dalam pertemuan sejam bagi meningkatkan kesalinghubungan Putrajaya-Beijing dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.



Kerajaan kekal komited untuk menambahbaik dan memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara sebagai usaha mengekalkan pelaburan langsung asing dan juga domestik.



Saya mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.



Peluang ini saya gunakan untuk bertegur sapa dan menyantuni hadirin yang hadiri.



Saya ingatkan semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian agar dapat menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat dan terjemahan al-Quran.



Acara rasmi di Beijing itu adalah sebahagian dari upaya untuk menyegarkan kembali hubungan antara kedua-dua negara sahabat di era pasca-pandemik.


Sebelum itu saya dan Azizah dibawa oleh PM Prayut dan isteri, Naraporn Chan-o-cha untuk melawat pameran kraf dan makanan Thailand.

Kami menyatakan persetujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan menerusi pelbagai kerjasama sekali gus memantapkan pembangunan di antara kedua-dua negara.



Mereka ini memainkan peranan cukup penting kepada pengukuhan budaya dan kerjasama antara Malaysia-Thailand.



Turut sama dalam lawatan ini adalah Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2023 bersama-sama industri.



Kami berbincang mengenai kepentingan tadbir urus negara yang baik serta usaha berterusan Kerajaan dalam membersihkan negara daripada rasuah.

Jemaah Menteri bersetuju menyediakan US$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang US$1 juta.