"Doktor, saya ada masalah besar. Zakar saya dah 4 jam tegang. Tak boleh turun! Macam mana ni, doktor?"

Kalau sebut kesihatan lelaki, biasanya orang fikir tentang ereksi lemah atau tak lama. Sebenarnya ada juga masalah ereksi berpanjangan.

Ia dinamakan priapism. (thread) Image
Priapism ni masalah kesihatan seksual yang serius. Ia kondisi bila zakar tegang (erected) berjam-jam tanpa sebab.

Priapism boleh berlaku pada lelaki berusia 20-50 tahun. Terdapat 2 jenis priapism, iaitu: ischemic dan non-ischemic.
Ischemic priapism berlaku bila darah tak boleh keluar dari zakar. Non-ischemic priapism pula berlaku bila ada peningkatan aliran darah ke zakar.

Priapism boleh menyebabkan kesan buruk seperti sakit, kehilangan fungsi seksual dan jangkitan. Rawatan secepat mungkin sangat penting.
Rawatan melibatkan suntikan phenylephrine, aspirasi darah, pembedahan atau ubat. Banyak kes boleh dirawat, tapi jika lambat boleh menyebabkan kehilangan fungsi seksual.
Faktor risiko seperti penyakit kronik macam leukaemia, diabetes, dan penyakit buah pinggang. Juga boleh berlaku selepas guna ubat-ubatan tertentu seperti untuk kencing manis, tekanan darah dan anti-depresan.
Maka, kalau kena priapism, jumpa doktor secepat mungkin. Elakkan dari kesan buruk dan kehilangan fungsi seksual yang berkekalan. #Priapism #KesihatanSeksual

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dr_chaku

Feb 14
I went through this phase sebelum ni.

2013 saya mula aktif menulis di medsos dan menjelang 2015, saya mula dapat ramai followers dari kalangan orang yang saya tak kenali. Di hospital, memang ramai kenal saya. Dalam diam, saya mula mabuk perhatian. sambung...
Kalau kita nak sangat perhatian, kita akan mula berfikir cara-cara nak dapatkannya. Kadang-kadang melalui cara seperti menipu, cipta kontroversi dan sebagainya. Cuma waktu tu saya masih boleh kawal diri. 2016, followers saya mula cecah 5 angka (di FB).
Ketika ni dalam diri saya ada satu pertembungan kehendak. Saya mahukan perhatian, tapi saya tak mahu dapatkannya dengan cara yang salah.
Benda ni menjadi satu bebanan besar dalam kepala saya. Setiap hari saya tidur tak pernah lena.
Read 14 tweets
Dec 30, 2022
Tahukah anda, bagaimana kita beritahu masalah kesihatan kita pada doktor, boleh mempengaruhi kefahaman doktor tentang sakit anda.

Jadi, saya nak ajar bagaimana nak buat doktor mudah faham dan jimat masa. Ikuti thread ni:
1. Beritahu simptom ikut kronologi(aturan masa). Simptom apa datang dulu, beritahu paling awal.

Contoh:

"Saya mula demam 3 hari lepas. Hari kedua mula selsema. Hari ini pula dah sakit tekak"

"Saya gatal satu badan. Mula² ruam dekat badan, kemudian naik ke tangan dan kaki."
2. Beritahu simptom ikut aturan atas ke bawah(head to toe)

Contoh:

"Saya selsema, sakit tekak & batuk"
(kepala➡️hidung➡️tekak➡️paru²)

"Saya pening, muntah, memulas, cirit-birit"
(kepala➡️mulut➡️perut➡️usus)
Read 7 tweets
Dec 29, 2022
Anxieti semasa memandu merupakan pengalaman yang boleh dialami oleh sesiapa dan ia boleh menjejaskan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Jika anda merasa cemas semasa memandu, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tahap anxieti anda:
◾Persiapkan laluan anda: Jika anda cemas tentang tersesat atau menghadapi situasi kesesakan lalu lintas, cuba persiapkan laluan anda dengan terlebih dahulu atau gunakan GPS untuk memandu. Isi minyak siap-siap sebelum perjalanan.
◾Elakkan memandu dalam keadaan emosi meluap-luap: terlalu marah, terlalu sedih, terlalu runsing, dsb. Tunggu sehingga emosi reda sebelum memulakan memandu, atau berhenti di tempat selamat untuk bertenang jika sedang memandu.
Read 13 tweets
Aug 20, 2022
Percaya tak, gambar ni saya jana pakai AI(artificial intelligence) hanya dengan menaip beberapa perkatan pembayang.

Hebatkan AI zaman sekarang, kita taip dia lukiskan. 20 minit, siap lukisan ni. Nak tahu saya guna AI apa? Baca thread.
Saya gunakan aplikasi Midjourney AI (MJ) di platform Discord. Saya taip keyword ini:

Long haired women in white dress in the middle of rainforest, dark ambiance, Asian women ghost face, real photo.

Dia jana 4 imej. Saya pilih imej atas kanan untuk diperincikan.
Setelah diperincikan secara maksimum, imej ini terhasil. Namun, saya masih tak puas hati. Wajah yang dijana ada artifak dan ada sedikit kecacatan.

Jadi saya masukkan imej ni ke dalam aplikasi AI kedua, iaitu GPFGAN Inference.
Read 7 tweets
Jul 30, 2022
Di klinik, saya dah banyak lihat kes gastritis, gastroesofageal reflux, bulimia, dsb akibat terpengaruh dengan mukbang yang ditonton di medsos.

Ada konten mukbang yang memberi pengaruh tak elok pada kesihatan, jadi jaga-jaga, jangan mudah terpengaruh.

sambung...
Konten mukbang mula jadi mudarat pada pembina konten dan penonton apabila ia mengandungi unsur-unsur:
■porsi terlalu besar
■pedas/manis ekstrem
■makanan tidak sihat
■makanan terlarang
■cara makan berbahaya
■tiada adab makan
■tidak menghormati makanan
Amalan makan begini, boleh mempengaruhi orang ramai, dan boleh menjejaskan kesihatan fizikal/mental/sosial mereka.

Contoh masalah mental berkenaan tabiat/amalan makan: binge eating disorder, bulimia(binge eat + induce vomit), pica(makan benda bukan makanan), dsb.
Read 5 tweets
Jul 5, 2022
Anak saya ni yang bongsu ni ada sedikit kelewatan bercakap. Masuk umur dia setahun setengah, saya dah perasan dia bercakap dengan butir kata yang tak difahami, dan dia kerap meragam. Image
Kemudian saya ada bawa dia ke pusat rehab saya untuk dinilai oleh jurupulih terapi carakerja (occupational therapist/OT) sama ada dia ada tanda-tanda spektrum Autism (ASD).

Saya doktor rehab, tapi bila saya kena nilai anak sendiri, pasti akan ada bias dalam penilaian saya.
Saya tak mahu penilaian yang dipengaruhi faktor peribadi. Jadi saya minta OT saya nilai.

Selepas dinilai, OT saya kata, anak saya ni fokusnya OK, boleh mengikut arahan, dan tiada tanda-tanda besar yang dia ada ASD. Cuma, pertuturan dia lewat.
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(