Minggu lepas aku dijemput untuk ikuti latihan arkeologi oleh USM tentang teknologi purba di tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah yang dah ada sejak 200 M.

Makin aku lama join, makin aku rasa Merong Mahawangsa & Raja Bersiong tu mungkin kisah betul.

Untaian sains arkeologi! Image
Latihan ni 4 hari, 2 hari pertama kelas teori dan 2 hari lepas tu latihan 'hands on', tapi aku nak cerita pasal yang 'hands on' ni dahulu.

Kita semua tahu dulu ada banyak rekod luar cerita pasal Kedah Tua ni kerajaan kaya dengan sumber import, baik dari Arab sampai ke China. Image
Malah, siap ada epik India lagi dengan latar belakang Kedah bernama Kathasaritsagara yang kata negara Katha ni kaya raya. Sumber Arab sebut Kataha ni antara kawasan besi berkualiti tinggi di dunia. China pun ada rekod Kedah melalui catatan I-Tsing.
Masa orang kita jumpa tinggalan manik dan binaan candi Lembah Bujang, memang meletup jugak la satu Malaysia waktu tu, tapi setakat itu je la. ImageImage
Benda ni berubah bila arkeologis kita jumpa tinggalan arkeologi di Sungai Batu yang penuh dengan sisa industri peleburan besi purba tahap gergasi. Di atas permukaan tu dah banyak sisa relau pecah dan bila digali, pun sama banyak dengan permukaan. ImageImageImageImage
Arkeologis USM ada buat ujian mineral dalam sisa besi di tapak ni dengan batu bijih besi yang dijumpai di kaki Gunung Jerai, dan kandungan dia lebih kurang sama. Maknanya, Sungai Batu ni memang tapak industri peleburan besi purba Kedah Tua dulu
-dan kaki Gunung Jerai sebagai lombong utama dia. Benda ni tak pelik sebab sampai sekarang ada industri besi dekat kawasan sekitar situ. Sungai Batu tu pun warna dia merah karat sebab kaya dengan mineral besi, macam lombong tembaga air warna biru sebab kaya mineral tembaga. ImageImageImageImage
USM berjaya buat reverse engineering teknologi loji purba tu dan didapati teknologi yang digunakan ialah 'bloomery', sekaligus jadikan dia teknologi yang datang dari India. Jadi ni teknik tu lepas USM buat reverse engineering. ImageImage
Benda pertama kena buat ialah kita kutip bijih besi dari Gunung Jerai dan dipecahkan sampai jadi saiz batu kerikil. Batu bijih besi ni lebih berat kalau nak banding batu biasa, dan lagi keras, macam video aku ketuk batu ni.
Bijih besi di kaki Gunung Jerai banyak yang jenis magnetite, bijih besi yang lagi berkualiti berbanding hematite yang melata di seluruh dunia. Ingat tak bila aku cakap pasal Arab cakap Kataha ni besi dia berkualiti gila? Mungkin merujuk pada bijih besi magnetite ni. ImageImageImage
Magnetite ni berkualiti tinggi sebab dia ada kadnungan besi yang tinggi (70%) dan sebab tu lagi keras. Juga, magnetite ni ada sifat menarik dia yakni dia magnet semula jadi. Boleh melekat pada besi dan boleh digunakan sebagai magnet.
Masa aku lekatkan dia pada magnet, aku boleh rasa tarikan lemah tapi bila dia dah jadi pasir, baru jelas yang dia boleh melekat pada magnet.
Lepas dah hancur jadi halus, batu batu tu dituang dalam relau tanah liat dengan kayu bakau sebagai sumber api. Kayu bakau digunakan sebab dia boleh bakar dengan lama dan sumber dia banyak di sekitar paya muara Merbok dan Sungai Batu. ImageImage
Relau tu diperbuat daripada tanah liat yang dikutip di sekitar Sungai Batu sebab kandungan mineral masih sama dengan tanah liat dekat benda kawasan situ, dan ada tuyere sebagai tempat pengudaraan dia. Tuyere ni ada benda menarik aku nak citer lepas ni. ImageImage
Untuk purifikasi besi dari batu, orang Kedah Tua dulu guna cengkerang hancur sebagai bahan pemangkin dia. Cengkerang ni kalsium karbonat, jadi kalau kita bakar cengkerang tu dengan magnetite, akan besi tulen + karbon dioksida dan kalsium oksida. Image
Lepas 8 jam bakar, relau akan dihancurkan dan jongkong besi yang dihasilkan akan dikutip untuk dijual. Aku ada tanya arkeologis situ ada tak bekas acuan besi cair kot kot diorang jual dalam bentuk bar besi ke tapi setakat ni takde.
Sisa besi yang dijumpai pun dalam bentuk bukan bar, jadi mungkin dijual terus tanpa dicairkan jadi bar.

Sementara tunggu 8 jam tu, kitorang buat batu bata dan tembikar gaya orang Kedah Tua dulu. ImageImage
Masa aku tengok contoh artifak situ, tembikar situ ada kesan retak dan rekah, tapi batu bata dia takde rekah. Padat dan padu lagi kalau ketuk. Arkeologis situ terangkan kenapa jadi gitu - orang Kedah Tua guna sekam padi sebagai komponen komposit penguat. ImageImage
Untuk buat batu bata, selalunya tanah liat akan dicampur dengan pasir sebagai sumber silika, tapi untuk Kedah Tua, diorang guna sekam padi. Tak pasti kalau ada campur pasir jugak sebab tanah liat tu sendiri ada pasir dah tapi sekam padi ni menarik sikit. Kenapa?
Sebab sekam padi ni kaya dengan nanosilika, silika versi lebih halus dan reaktif sebab surface area dia besar. Dulu masa degree aku ada buat FYP pasal ni jadi bila aku dapat tahu pasal benda ni, masuk akal la kenapa dia padat. Dia guna nanomaterial 😂😂cerdik orang dulu. ImageImageImage
Tapi macam aku cakap, benda ni mungkin kena buat eksperimen betul ke benda tu buat dia jadi padat sebab nak dapat nanosilika tu kita kena bakar dan grind dia sampai jadi debu. Tu tak masuk lagi entah entah memang dah padat sebab dia masuk pasir jugak.
Bercakap pasal silika, silika ni kalau kita cairkan dia kita akan dapat kaca. Di kawasan gunung berapi, silika ni jadi kacak obsidian. Sebab tuyere ni diperbuat daripada tanah liat yang ada silika, maka bahagian dia yang menghadap api ni cair jadi sebatian kaca hitam. Image
Jadi aku ada buat tembikar dan batu bata menggunakan tanah liat yang disediakan. Macam main playdoh tapi takde bau. Tembikar tu kitorang bakar manakala batu bata tu dikeringkan. Aku ada tanya budak postgrad arkeo USM situ ada tak bekas tapak kaki haiwan kat batu bata ni.
Dia kata ada tapak kaki anjing je. Kucing takde. Benda ni penting tau sebab kalau ada kucing kita boleh 1) trace jaringan perdagangan dia sebab kapal memang akan bawak kucing, dan kucing jinak ni semua datang dari barat dan 2) pertanian sebab kucing ni jaga stok makanan. Image
Jap break sebab banyak lagi untaian aku nak tambah. Nah gambar bodo muka stress pergi Pantai Merdeka sebab ada kedai Mee Udang sedap, sekali kena scam 🥲 Image
Esoknya pergi kerja lapangan dekat Sungai Batu dan Pengkalan Bujang. Gambar yang aku letak awal tadi tu ialah gambar tinggalan candi di Sungai Batu. Awal pagi tu Dr Nasha terangkan kitorang pasal candi dan bahasa yang digunakan di candi tu.
Dr. Nasha antara arkeologis di Malaysia yang boleh baca skrip Pallava, skrip yang digunakan dalam kerajaan Kedah Tua dulu sebelum ada Jawi.

Dulu masa pentarikhan artifak di Sungai Batu, kita dapat tarikh 788 BC. Tahun 788 BC ni Yunani pun baru nak up, Rom pun tak wujud lagi,
-dan arkeologis situ rasa sangsi. Bila dikorek lagi candi ni, jumpa batu bersurat mantera dengan skrip Pallava. Macam Jawi yang berevolusi dari takde huruf ‘ga’ dan ‘nya’, sama jugak dengan Pallava. Image
Daripada skrip Pallava dekat batu bersurat tu la USM dapat kenal pasti tarikh candi tu dibina yakni sekitar 200 – 800 AD.

Campur lagi, perpindahan teknologi relau besi dari India ke Asia Tenggara ni mula dari atas turun ke bawah. ImageImage
Jadi boleh nampak corak tapak zaman Besi yang bermula di India ke Mandalay (500 BC), ke Ban Don Ta Phet, Thailand (20 AD), kemudian Sungai Batu (200 AD). Juga, kebanyakan artifak di Sungai Batu bila ditarikhkan berusia sekitar 200 – 400 AD. Cuma satu je 788 BC.
Jadi tarikh 200 AD lagi logik. Dalam kajian sains, tepat sahaja tak cukup. Dia kena konsisten sekali.

Masa aku tengok tapak arkeologi tu, aku perasan ada batu bata dia. Ingat tak aku cerita pasal bata sekam padi tak merekah tu?
Batu ni ada nampak tak dia macam merekah macam tembikar? Mungkin pecah atau rekah besar, tapi rekah halus takde. Batu ni dah 1800 tahun masih elok lagi. Betul betul berkualiti batu dia.

Dekat tapak Sungai Batu ni, ada tapak jeti pelabuhan. Image
Cumanya, arkeologis USM pelik kenapa tak banyak ada tinggalan seramik dan manik luar macam Pengakalan Bujang. Dekat Sungai Batu ada puluh puluh je serpihan dia tapi kalau dekat Pengkalan Bujang dan Sungai Mas, juga tapak pelabuhan purba, ada ribuan tinggalan manik dan seramik.
Jadi, pengkaji situ berpendapat jeti Sungai Batu ni cuma untuk eksport besi ke pelabuhan utama dia macam Pengkalan Bujang. Sungai Batu ni cuma tapak industri dia je. Ibarat Sungai Batu ni Shah Ale/Bangi Darul Naim dan Pengkalan Bujang ni Pelabuhan Klang gituuu 🤪😂
Ni tapak relau tu. Perasan tak tanah dia hitam hitam? Tu saki baki kesan bakar besi tu lah. Dah ribuan tahun dah umurnya. Lepas tu, kitorang dibawak ke Pengkalan Bujang untuk tengok tapak dia pulak.

Tapak sini banyak candi Hindu-Buddha dan berbanding Sungai Batu, Image
-pengkaji USM syak ni penempatan pedagang pedagang luar. Kalau perasan, orang penganut Hindu kadang kadang akan buat kuil kecil untuk ritual keagamaan diorang di tempat diorang menetap walaupun sekejap. Sama macam Pengkalan Bujang sebab candi dia kecik.
Kalau penempatan kekal, mungkin dah ada candi saiz Borobudur atau Angkor Wat, tapi kita punya kecik je. Sebab candi tu bukan untuk penempatan kekal.

Ni candi yang dah dikorek dan dipulih kembali. Ada sorang participant Cina tanya Dr Nasha pasal apa ritual candi ni.
Dr Nasha jelaskan dekat dalam candi ni ada ikon Hindu dan hanya sami je boleh masuk. Ritual buat di luar. Participant Cina tu cakap masih takde beza dengan tokong Buddha diorang. Dah ribuan tahun masih tak berubah. Lepas tu habis. End of story kelas latihan arkeologi. ImageImageImage
Berbalik topik Merong Mahawangsa dalam untaian utama aku, aku rasa Hikayat tu berdasarkan kisah benar + tokok tambah, cuma sebelum kita sembang pasal benda tu, kita kena establish dulu benda benda penting dia. Contoh macam berapa usia sebenar Tamadun Kedah Tua?
Kenapa ada penempatan berbeza macam Pengkalan Bujang dan Sungai Batu? Pengkaji USM berpendapat Pengkalan Bujang, Sungai Batu, Jeniang, Sungai Mas etc ni macam negara kota dalam Kedah Tua, jadi sebab tu tapak dia ada tinggalan arkeologi yang spesifik dan berbeza.
Pengkalan Bujang ada seramik dan manik, Sungai Batu ada tinggalan besi. Soalan lain, tapak arkeologi di Thailand ada jumpa tinggalan besi, tapi diorang tak jumpa tapak peleburan dia. Ada tak kebarangkalian yang tinggalan besi tu daripada Sungai Batu?
Kiranya diorang beli di Sungai Batu, dan dibawa ke Siam untuk diproses jadi pedang etc? Sebab Sungai Batu tak ada tinggalan pedang tau.

Soalan seterusnya, kenapa tapak peleburan besi Sungai Batu besar sangat? Dari segi skala penghasilan besi dia dah macam tahap megaindustri.
Dia nak eksport ke India dan China ke? Benda ni tak logik sebab India dan China ada teknologi besi yang lagi power. Jadi ada teori yang mengatakan mungkin ada pedagang dari India datang ke Sungai Batu untuk buat investment dekat situ. Kira macam venture capitalist versi purba.
Hasil keuntungan tu dibahagi kembali kepada pedagang tu dan pekerja dari orang Kedah Tua. Benda ni disokong sebab teknologi relau tu berunsurkan India dan juga candi Hindu Buddha yang banyak.

Tapi, ni hanya teori sembang kedai kopi USM lah. Nak tahu betul tak betul,
-diorang kata diorang kena buat cross check dan cari artifak lagi. Baru baru ni diorang tengah cuba nak baca transkrip Tibet pasal Kedah Tua. Kedah Tua ni for some reason, sangat terkenal dalam kalangan tradisi Hindu-Buddha.

Kemudian, masuk benda kecik.
Kenapa aku rasa HMM tu kisah betul? Sebab ada catatan mirip HMM di China. HMM ni cerita pasal putera raja Rom nak kahwin puteri raja China tapi kena culik dengan garuda. Jadi, putera Rom, Merong dan burung Jentayu (saudara garuda) pergi cari garuda nak bantai dia. ImageImage
Dalam Rekod Lama Han, diorang takde catat pasal putera puteri nak kahwin ni, tapi diorang ada catatan duta Rom jumpa duta Han. Duta ni lalu jalan laut sebab nak elak kena blok dengan Parsi yang tak suka Rom jumpa Han terus.
Puncanya sebab Parsi ni middleman diorang dua, jadi kalau dua dua buat trade secara direct, melingkup la bisnes Parsi. Jadi duta Rom guna laluan laut yang semestinya akan lalu Selat Melaka dan mungkin mendarat di Kedah Tua.
Dia yang jadi menarik bila catatan tu sebut nama raja Rom tu yakni ‘Anton’. Dalam sejarah Rom, raja yang nama macam tu ialah Antonius Pious dan Marcus Aurelius yang wujud sekitar abad ke-2 Masihi. Usia pentarikhan Sungai Batu tadi aku sebut berapa? 200 – 400 Masihi. Image
Lepas tu orang Parsi waktu tu menganut agama Majusi. Simbol agama Majusi ialah Ahura Mazda manusia berbadan helang besar macam garuda. ImageImage
Sama macam Raja Bersiong, waktu aku sembang dengan member UKM ada satu andaian ni yang Raja Bersiong tu bukan pasal raja nak mentekdarah ke apa, tapi lebih kepada cult activity went wrong. Andaiannya ialah Raja Bersiong ikuti kultus Bhairava,
-avatar Dewa Shiva sang Pemusnah yang paling garang. Kultus Bhairava dan Dewa Shiva ni ada yang amalkan korban haiwan, tapi mungkin Raja Bersiong ni dia ekstrem sikit sampai buat korban darah. Jadi, orang Kedah Tua halau Raja Bersiong keluar negeri.
Lepas habis kisah Raja Bersiong, kitab tu sambung pulak cerita pengislaman Kedah Tua. Dia macam tiba tiba. Jadi kisah Raja Bersiong ni mungkin pasal transisi Hindu-Buddha kepada Islam.
Yang menarik pasal tinggalan Pengkalan Bujang ialah banyak artifak agama yang dijumpai di situ ialah artifak Dewa Shiva dan Dewi Durga. Dua dua ni penganut dia ada yang buat korban haiwan. Namun, macam aku cerita sebelum ni, kita kena buat pengkajian lebih mendalam lagi,
-lagi lagi Pengkalan Bujang tu kawasan orang luar, bukan tempatan. Nak tahu betul tak betul, kita kena cari artifak dari kawasan tempatan yang tunjuk orang Kedah Tua atau Raja Bersiong ni ikut Hindu atau Bhairava. Ini sekadar sembang benda kecik, sembang kedai kopi UKM.
Kesimpulannya, kita ada banyak lagi kajian yang perlu dibuat tentang Kedah Tua sebab masih cloudy berbanding tapak Melaka. Lagi lagi rekod Kedah ni tak explore habis lagi tapi tinggalan kita sangat banyak.
Juga, macam aku selalu sebut, kita tak boleh nak tepis kisah kisah manuskrip macam HMM ni sebagai dongeng sebab boleh jadi dia kisah betul cuma ditokok tambah. Kita boleh jadikan dia sebagai guide, tapi takleh percaya habis. Nak betul, kena buat kajian lagi. Sekian. Image
P/S: Selingan gambar batu bersurat a.k.a prasati Sungai Mas. Image
P/S 2: Gambar bersama Dr Nasha, Dr Suresh dan participant lain. Agaknya ramai student Dr Nasha kot kat twitter ni sebab setiap kali aku up gambar dia, mesti rt jadi banyak 🤔 ImageImageImage
P/S 3: gambar drone atas Pengkalan Bujang. Cantik woiii 🥲🥲 ImageImage
P/S 4: Antara kertas kajian pasal tapak Sungai Batu oleh UKM dan USM kalau korang nak baca ImageImage
P/S 5: Untaian ni kira part 1 ya. Tak habis lagi. Aku tak citer lagi pasal hari pertama dan kedua latihan arkeologi ni. Stay tuned, peeps.
Contoh benda menarik bincang: dulu ada catatan pasal raja Kedah alih sungai sebab rakyat bising selalu banjir, dan kalau tengok peta sekarang, macam ada peralihan sungai dalam bulatan. Lagi lagi sebab ada penempatan purba (titik hitam) kat situ yang mungkin tempat banjir tu. Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ammardathinker

ammardathinker Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ammardathinker

Nov 27, 2022
Sekitar tahun 2013-2014 gitu, kawan kawan aku kenal aku sebagai seorang yang politikal dan juga pengagum Anwar Ibrahim. Sekarang dah tak. Jadi, apa yang berlaku?

in adalah untaian politik 101 untuk pecahkan bubble korang dan realiti politik ni.
Tanya je lah sesiapa yang pernah sekolah dengan aku dulu masa dekat SEMASHUR dulu. Biasalah, zaman darah muda dulu kan.

Sekarang, aku neutral dengan bang Non dan tak terlalu menyokong sangat.
Bila korang lepak dengan puak puak deme ni, tak kisah parti apa, korang pun akan capai konklusi sama macam aku. Jadi makin disillusioned. You just stop giving a damn about them.

Ni bukan nak bantai satu pihak ya, ni untaian nak cerita realiti semua pihak parti.
Read 70 tweets
Oct 25, 2022
Dekat UK ada dua parti besar. Konservatif (kapitalis) dan Labour (socialist). Walaupun Tun M dulu gaduh dengan Thatcher, tapi banyak idea Tun M ambik daripada Thatcher jugak. Antara penyokong idea Thatcherism ni Ronald Reagan, antara presiden USA terbaik era moden.
Reagan terangkan idea dia sebagai 'trickle down economics'. Kiranya, dia kayakan orang atasan so that orang bawahan pun akan dapat kesan limpahan. Model yang sama dapat dilihat pada ekonomi Tun M, KorSel dan Jepun. Kira ada zaibatsu dan chaebol jadi tauke kartel ekonomi la. ImageImage
Kesan dia, wujudlah entiti syarikat gergasi yang kayakan negara macam Lotto (KorSel), Mitsubishi (Jepun). Cuma tu lah, bila dah jadi gitu takdenya lah boss boss kat atas tu nak kayakan orang bawahan. Jadi makin kaya ada la. ImageImage
Read 25 tweets
Sep 17, 2022
Hi just nak cakap, fahaman semua orang tak bersalah sebab dah takdir kita, apa yang kita buat ni semua sebab dah ditakdirkan ni fahaman Jabbariyah ya. Sesat lagi menyesatkan. Penat dulu tok guru ASWJ banteras fahaman ni dengan Muktazilah 🥲.
Kalau kita ikut fahaman Jabbariyah ni, dia jadi sesat sebab dia bawa notion bahawa Allah ni Maha Zalim. Bayangkan orang tu masuk neraka, kita nak cakap sebab Allah yang takdirkan dia masuk neraka ke? Itu yang bawak notion Allah tu Maha Zalim sedangkan tu sifat mustahil-Nya.
Muktazilah pulak cakap kita yang kawal takdir kita 100%. Ni pun sesat sebab bawak notion Allah tu Maha Lemah. Ya la, Allah langsung takde kawalan terhadap kita sedangkan Dia Maha Pemberi Rezeki dan Menguasai alam. Sifat lemah tu mustahil untukNya
Read 6 tweets
Jul 2, 2022
KELUARGA HABSBURG DAN PENYAKIT SUMBANG MAHRAM

Korang pernah tertanya tanya tak kenapa sumbang mahram diharamkan dalam agama Islam? Kenapa perkahwinan antara sepupu tak digalakkan?

Benda ni korang boleh tanya ahli keluarga diraja Habsburg dalam kubur dan kenapa diorang mati.
Sebagai pemula, ingin aku tegaskan konteks 'sumbang mahram' di sini ialah 'incest'. Bapak kahwin dengan anak etc.

Kahwin sesama sepupu bukan sumbang mahram, tapi pada masa yang sama, tak digalakkan.
Ok, kita sambung balik.

Sejarah keluarga Habsburg bermula dengan seorang bangsawan bernama Guntram si Kaya sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah cucunya Radbot membina istana Habsburg, barulah mereka digelar Habsburg.
Read 35 tweets
Jul 1, 2022
Nak letak perspektif sikit.

Cuci miss V = telan antibiotik setiap hari.

Benda tu mungkin nampak bagus, tapi akan bagi lebih mudarat. Untuk faham benda ni, kena faham konsep mikrobiom.

Untaian sains mikrob!
Sebagai pemula, ni bukan rajutan anti antibiotik ya. Relaks, farmasis huhuh. Jangan maki aku 😂.

Ni cuma nak bagi pencerahan pasal mikrobiom. Kita semua maklum pasal konsep ekosistem. Ada pokok, ada haiwan, ada benda tak hidup macam matahari dan tanah.
Semua ni, baik benda hidup dan benda tak hidup mainkan peranan sesama sendiri. Kita ambil contoh, hutan. Dekat hutan ada pokok yang jadi makanan haiwan herbivor. Haiwan herbivor dimakan haiwan karnivor. Semua hidupan ni akan mati dan dimakan oleh detritivor (pembangkai gitu).
Read 28 tweets
Jan 27, 2022
Ok, untaian kali ni mungkin agak bangang bunyinya, tapi korang pernah terfikir tak kenapa kerandut zakar lelaki (scrotum) berada di luar badan?

Dia macam soalan bodo tapi mesti korang tertanya tanya jugak kan?

Ya, ada penjelasan sains di sini.

Untaian sains organ dan...seks?
Jangan tanya kenapa soalan ni boleh muncul tiba tiba dalam kepala otak aku. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa. Ia…tiba tiba muncul. Tapi, itulah…benda ni misteri juga bagi aku.
Ok sebelum apa apa, aku nak letak disclaimer. Aku sedang berbincang tentang ilmu biologi, jadi jangan fikir pelik pelik pasal apa yang aku nak bincang. Anggaplah ni pendidikan untuk dua belah jantina.
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(