🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture
Mar 30 10 tweets 4 min read Twitter logo Read on Twitter
Hari ini 989 tahun Hijrah yang lalu, Alp Arslan naik takhta sebagai Sultan Empayar Seljuk ke-2.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Lahir pada 421H di Khurasan dengan nama Muhammad ibn Daud Chaghri, Alp Arslan mewarisi takhta Empayar Seljuk apabila bapa saudaranya, Sultan pertama Empayar Seljuk, Tughril Bey meninggal dunia tanpa waris lelaki.

#PeristiwaHariIni
Seperti bapa saudaranya, Alps Arslan (bahasa Turk yang bermaksud ‘Wira Singa’) merupakan panglima perang yang cukup handal & berwibawa. Beliau menyatukan wilayah-wilayah bertelingkah di bawah empayarnya sebelum meluaskan kuasa ke Barat.

#PeristiwaHariIni
Bermula dengan Georgia & Armenia, satu persatu wilayah ditawan sehingga akhirnya bala tentera Seljuk berjaya menyeberang Sungai Euphrates, yang menjadi sempadan tradisi dunia Timur dengan Barat, lalu memasuki wilayah Anatolia.

#PeristiwaHariIni
Kemaraan Seljuk itu tidak disenangi Maharaja Byzantine, Romanus IV Diogenes, yang melancarkan serangan menolak tentera Seljuk kembali ke tebing timur Euphrates ketika Alp Arslan mengalihkan tumpuannya ke kempen menentang Fatimid di Mesir.

#PeristiwaHariIni
Tak cukup dengan itu, Romanus kemudian mengumpulkan kira-kira 200,000 tentera untuk terus mara ke Timur mengusir angkatan Seljuk & menawan kembali wilayah Armenia untuk dijadikan zon penampan kepada kuasa Islam itu.

#PeristiwaHariIni
Berita kemaraan tentera Romanus itu sampai ke pengetahuan Alp Arslan, lantas beliau kembali memperkuatkan angkatannya di Mesopotamia untuk mendepani kuasa Byzantine dalam pertembungan penentuan di Manzikert.

#PeristiwaHariIni
Walau tak seramai angkatan Byzantine, Alp Arslan berjaya memperdaya tentera diraja musuh yang menyebabkan Romanus terasing jauh dari tenteranya sebelum pertempuran bermula. Romanus ditangkap sebagai tawanan & kemenangan milik Seljuk.

#PeristiwaHariIni
Kemenangan Alp Arslan di Manzikert menandakan permulaan kekuasaan Turk di Timur Tengah, menggesa Paus Urban II mengisytihar perang besar menentang Islam - tercetuslah Perang Salib yang berlarutan selama 2 abad.

#PeristiwaHariIni
*Gambar: Tugu Alp Arslan di Malazgirt (Manzikert), Turkiye.

Sumber: Al Arabiya, Encyclopedia

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

Apr 1
Hari ini pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah binti Khuwaylid RA meninggal dunia.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.

#PeristiwaHariIni
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.

#PeristiwaHariIni
Read 10 tweets
Mar 31
Hari ini 1,232 tahun Hijrah yang lalu, kuasa Islam menakluk pulau Sicily.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Euphemius, seorang komander laut Byzantine tidak puas hati terhadap Empayar Byzantine & meminta pertolongan kerajaan Dinasti Aghlabid di Qayrawan (Tunisia hari ini) untuk melancarkan pemberontakan.

#PeristiwaHariIni
Emir Aghlabid, Ziyadat Allah I mulanya enggan membantu, memandangkan perjanjian damai yang telah dimeterai pada 201H antara 2 kerajaan itu. Namun, Asad al-Furat, seorang ahli fiqh disegani, menganjurkan gerakan penaklukan.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Feb 7
Hari ini 29 tahun yang lalu, Planetarium Negara dirasmikan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.

#PeristiwaHariIni
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Feb 6
Hari ini 78 tahun yang lalu, Bob Marley dilahirkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Robert Nesta Marley lahir di Nine Mile, St. Anne Parish, Jamaica. Bapanya Norval Sinclair Marley, seorang penyelia ladang berkulit putih & ibunya Cedella Malcolm, wanita berkulit hitam daripada keluarga dukun tempatan yang dihormati.

#PeristiwaHariIni
Ketika berusia 12 tahun, ibunya membawa Marley berpindah ke penempatan ‘ghetto’ di Trenchtown. Di situ, Marley yang didedahkan kepada muzik sejak kecil, menubuhkan kumpulan vokal ‘The Wailers’ bersama rakannya Peter Tosh & Bunny Wailer pada 1963.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Feb 5
Hari ini 31 tahun yang lalu, bintang bola sepak Brazil, Neymar, dilahirkan.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni Image
Neymar da Silva Santos Junior lahir di Magi das Cruzes, São Paolo, anak Neymar Santos Sr. & Nadine da Silva. Pada 2003, keluarganya berpindah ke São Vicente, di mana Neymar mula bermain dalam pasukan remaja Portuguesa Santista.

#PeristiwaHariIni
Kemudian pada tahun 2003 juga, mereka berpindah pula ke Santos & Neymar menyertai pasukan remaja Santos. Pada 2004, Neymar menjalani percubaan bersama Real Madrid namun tidak kekal di sana & pulang untuk berkembang di Santos.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
Jan 30
Hari ini 75 tahun yang lalu, Mahatma Gandhi ditembak mati.

Ini satu untaian.

#PeristiwaHariIni
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.

#peristiwahariini
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.

#peristiwahariini
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(