Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.
Lama-kelamaan, Khadijah RA jatuh hati dengan keikhlasan & keluhuran budi Rasulullah SAW yang ketika itu berusia 25 tahun. Lantas beliau melamar Baginda, mereka berdua mendirikan rumah tangga & dikurniakan 7 cahaya mata.
Rasulullah SAW terus bekerja dengan isterinya selama 15 tahun berdagang di serata Tanah Arab. Sehinggalah segalanya berubah apabila Baginda mencapai usia 40 tahun, apabila Baginda mendapat wahyu pertama sebagai pemimpin umat manusia.
Ketika Rasulullah SAW menggigil ketakutan di katilnya selepas dipeluk Jibril AS di Gua Hira’, Khadijah RA yang menenangkan Baginda & meyakinkan suaminya itu bahawa ia adalah khabar gembira dari Tuhan yang tidak perlu ditakutkan.
Khadijah RA menjadi insan pertama yang memeluk Islam & menggalakkan Rasulullah SAW supaya meninggalkan kerjanya untuk berdakwah sepenuh masa. Beliaulah tulang belakang & penguat Rasulullah SAW berdepan pelbagai dugaan semasa peringkat awal dakwahnya.
Beliau mengorbankan seluruh hartanya untuk membiayai perjuangan suaminya ke jalan Allah namun pada masa sama, kesihatannya juga semakin merosot. Pada usia 65 tahun, Khadijah RA menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tahun pemergian Khadijah RA itu digelar sebagai ‘Tahun Duka’, kerana bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib juga meninggal dunia sebulan sebelumnya. Khadijah RA dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Mu’alla.
Euphemius, seorang komander laut Byzantine tidak puas hati terhadap Empayar Byzantine & meminta pertolongan kerajaan Dinasti Aghlabid di Qayrawan (Tunisia hari ini) untuk melancarkan pemberontakan.
Emir Aghlabid, Ziyadat Allah I mulanya enggan membantu, memandangkan perjanjian damai yang telah dimeterai pada 201H antara 2 kerajaan itu. Namun, Asad al-Furat, seorang ahli fiqh disegani, menganjurkan gerakan penaklukan.
Lahir pada 421H di Khurasan dengan nama Muhammad ibn Daud Chaghri, Alp Arslan mewarisi takhta Empayar Seljuk apabila bapa saudaranya, Sultan pertama Empayar Seljuk, Tughril Bey meninggal dunia tanpa waris lelaki.
Seperti bapa saudaranya, Alps Arslan (bahasa Turk yang bermaksud ‘Wira Singa’) merupakan panglima perang yang cukup handal & berwibawa. Beliau menyatukan wilayah-wilayah bertelingkah di bawah empayarnya sebelum meluaskan kuasa ke Barat.
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.
Robert Nesta Marley lahir di Nine Mile, St. Anne Parish, Jamaica. Bapanya Norval Sinclair Marley, seorang penyelia ladang berkulit putih & ibunya Cedella Malcolm, wanita berkulit hitam daripada keluarga dukun tempatan yang dihormati.
Ketika berusia 12 tahun, ibunya membawa Marley berpindah ke penempatan ‘ghetto’ di Trenchtown. Di situ, Marley yang didedahkan kepada muzik sejak kecil, menubuhkan kumpulan vokal ‘The Wailers’ bersama rakannya Peter Tosh & Bunny Wailer pada 1963.
Neymar da Silva Santos Junior lahir di Magi das Cruzes, São Paolo, anak Neymar Santos Sr. & Nadine da Silva. Pada 2003, keluarganya berpindah ke São Vicente, di mana Neymar mula bermain dalam pasukan remaja Portuguesa Santista.
Kemudian pada tahun 2003 juga, mereka berpindah pula ke Santos & Neymar menyertai pasukan remaja Santos. Pada 2004, Neymar menjalani percubaan bersama Real Madrid namun tidak kekal di sana & pulang untuk berkembang di Santos.
Lahir pada 1869, Mohandas Karamchand Gandhi membesar dengan ajaran Jainisme yang menolak keganasan. Beliau melanjutkan pelajaran ke England pada 1888, kembali ke India pada 1891 & menerima kontrak setahun bekerja di Natal, Afrika Selatan.
Insiden dihalau dari gerabak kelas pertama & diusir dari tren di sana mencetus api perjuangan beliau. Gandhi mengasaskan Kongres India Natal & melancarkan kempen pertama ‘satyagraha’ (ketidakpatuhan awam besar-besaran) pada 1906.