Acara rasmi di Beijing itu adalah sebahagian dari upaya untuk menyegarkan kembali hubungan antara kedua-dua negara sahabat di era pasca-pandemik.
Sambutan dan tumpuan yang diterima hebat dan luar biasa. Saya menganggap ini satu perkembangan sangat positif. Kunjungan ini ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
Hubungan antara Malaysia dan China akan terus disemarakkan terutamanya di lapangan perdagangan dan ekonomi melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (Belt and Road Initiative, BRI) demi manfaat bersama.
Sekalung tahniah buat kesemua pihak yang terlibat dengan acara lawatan rasmi ini terutamanya pihak kedutaan Malaysia di Beijing dan pihak media tempatan yang komited dan berdedikasi menjayakannya demi rakyat dan negara tercinta.
谢谢你!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pakai resolusi bertajuk “Promoting Human Rights and Sustainable Development Goals through Transparent, Accountable and Efficient Public Services Delivery”. (1/5)
Resolusi ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan teras dari pelbagai rantau iaitu Azerbaijan, Georgia, Thailand, Türkiye, Kenya dan Ecuador sejak 2021. (2/5)
Ini mempamerkan kesungguhan dan komitmen berterusan ahli-ahli kumpulan teras untuk menyumbang kepada agenda global hak asasi manusia melalui tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam. (3/5)
Saya mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.
Kementerian Kewangan harus membantu menyelaraskan bidang yang kurang diberi perhatian termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.
Saya dan Azizah hadir majlis berbuka puasa bersama barisan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta perwakilan-perwakilan asing di Seri Perdana, Putrajaya.
Peluang ini saya gunakan untuk bertegur sapa dan menyantuni hadirin yang hadiri.
Tidak dilupakan, kehadiran anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia menyerikan lagi majlis malah ada yang berjabat tangan, bergambar dan berswafoto sebagai kenangan.
Saya ingatkan semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian agar dapat menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat dan terjemahan al-Quran.
Perkara tersebut telah saya usulkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.