"Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, Yang Maha Hidup dan Yang Maha Menguruskan.
Dia tidak mengantuk apatah lagi tidur."
Selepas dijelaskan sifat sempurna-Nya iaitu Dia Maha Hidup dan Maha Menguruskan, makna yang agung ini dilengkapkan lagi dengan menafikan sifat kekurangan pada-Nya, iaitu:
Apabila kita diuji dengan kepayahan, penindasan, kezaliman dan segala macam kesakitan serta keperitan, kita akan berdoa dengan penuh harapan dan menanti bantuan Allah SWT bantuan.
Namun dalam menanti bantuan Allah SWT, seringkali kita akan hilang sabar, mengeluh dan kadang kala sampai berputus asa.
Kita menanti-nanti bilakah bantuan Allah SWT akan tiba dan bilakah penderitaan ini akan berakhir.
Namun jauh di sudut hati, kita meyakini bahawa doa kita tidak akan dipersiakan.
Manakala kita juga yakin bahawa bantuan dan kemudahan daripada Allah SWT pasti akan tiba.