Bila balik raya, kadang kita tengok jalan sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain, tiada cerutan jalan (bottleneck), tak hujan, dll. Mula-mula sesak, selepas itu jalan lancar pula tanpa kita nampak punca. Kenapa?
Ini sebenarnya fenomena "phantom jam" yang puncanya disebabkan hanya kereta terlalu banyak. Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum.
Kalau kereta semua ikut rapat, & tiba-tiba satu kereta mula perlahan, kereta-kereta di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan -macam kesan domino.
Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.
Menariknya, ada kajian dibuat, cuma semut sahaja yang dapat elakkan "phantom jam" ini. Dalam satu lorong kecil, semut dapat bergerak dengan lancar walaupun mereka banyak.
Sebabnya apa?
Sebab mereka mempunyai tujuan yang sama, mereka bekerjasama dan ada koordinasi.
Manusia tak sebegitu. Setiap individu di atas jalan raya mempunyai tujuan dan kecemasan masing-masing. Kita berkecenderungan mementingkan diri sendiri di atas jalan raya. Yang penting urusan kita selesai dulu, urusan orang lain kita peduli apa. Halang jalan orang pun tak apa.
Maka, nak selesaikan masalah trafik ini sebenarnya semudah mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi dan banyak gunakan pengangkutan awam terutamanya kereta api/bsd
Sebab apa? Sebab kereta api dapat bawa individu-indivodu pentingkan diri ini dalam satu koordinat yang tersusun.
Ada orang cakap, kalau semut pandu kereta, kesesakan pun berlaku. Tak betul sebab manusia yang tak memandu kereta pun boleh sesak. Tengok waktu keluar stadium dan keluar masjid solat Jumaat. Berebut ini semua menyebabkan orang belakang jadi perlahan.
Tapi itulah, pengangkutan awam kita pun tak cekap mana. Lambat & kekerapannya rendah. Sebab itulah ramai lebih suka naik kenderaan sendiri. Tapi kalau cekap, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sebab orang akan prefer kenderaan awam. Kenderaan atas jalan raya makin kurang.
Di masa hadapan, antara tujuan utama penciptaan kereta pandu sendiri (autonomous car) seperti Tesla adalah untuk meningkatkan kecekapan pemanduan dan melancarkan arus di jalan raya selain daripada untuk menurunkan kadar kemalangan.
Lupa nak tambah, sebenarnya bila kereta banyak atas jalan, kalau nak lancarkan trafik, lebih baik tak memotong. Kalau memotong, lagi sesak trafik jalan sebab halaju jadi tak seragam. Kita motong, kereta belakang kena perlahan. Kereta-kereta lain ikut sama, sampai belakang sesak.
Jemput masuk ke saluran Telegram saya untuk info menarik tentang sains:
Mungkin ramai tak tahu banyak tumbuhan & buah kita makan hari ini sebenarnya tak tumbuh secara semula jadi atau tumbuh secara liar tetapi tumbuh secara kacukan atau secara pembenihan terpilih (selective breeding) yang dibuat oleh leluhur kita sejak 12,000 tahun lalu.
Ambil contoh sayur kubis. Kubis liar (brassica oleracea) merupakan antara kubis yang tumbuh secara semulajadi. Ia banyak didapati di Britain, Perancis dan negara-negara Mediterranean. asyarakat Yunani purba dulu nak dapatkan kubis yang lebat daunnya.
Jadi, mereka cuma tanam kubis liar yang lebat daunnya. Jadi, kubis liar yang daunnya tidak lebat tidak akan ditanam. Proses ini berterusan sehingga beberapa generasi sehinggakan mereka berjaya menumbuhkan kubis daun (kale) yang kita makan di zaman moden ini.
Svante Paabo menang Hadiah Nobel Perubatan 2022 kerana jasanya merintis teknik untuk menjujuk (sequence) genom daripada DNA manusia pra-sejarah. Seterusnya melahirkan disiplin baru iaitu paleogenetik - mengkaji hidupan-hidupan purba daripada kaca mata genetik.
Selama ini, saintis kaji hidupan purba melalui arkeologi seperti tulang dan ciri morfologi. Kalau kaji manusia pra-sejarah, kaji sekali mereka punya peralatan. Saintis tak guna genetik. Susah dan hampir mustahil sebab genetik hidupan purba dah tercemar.
Yelah, umur pun dah puluhan ribu, malah ratusan ribu tahun. Pereputan (decay) DNA itu terjadi. Kemudian, pelbagai gangguan kimia, cahaya matahari dan sebagainya berpotensi menjahanamkan DNA asal.
- Evolusi itu berlaku ke atas manusia, haiwan & tumbuhan, cuma tak berlaku pada Adam a.s.
- Manusia moden telah wujud 300,000 tahun lalu, cuma manusia moden bersemenda dengan keturunan Adam a.s sehingga manusia moden hari ini semua dapat jejak ke Adam.
- Bila Adam turun tak tahu, tetapi pendapat yang kuat cenderung ke arah sekitar 10,000 tahun lalu. Sesuai dengan tahun lahirnya aktiviti pertanian. Peristiwa yg mengubah sepenuhnya sejarah hidup manusia.
Saya nak kongsi satu perspektif lain, apa kesannya Revolusi Pertanian ini?
Manusia asalnya hidup secara nomad dalam kumpulan yang kecil. Apabila sumber dia suatu kawasan semakin susut ataupun tempat semakin bahaya, mereka akan berpindah cari tempat lebih baik.
Mungkin ramai tak tahu, manusia pra-sejarah dulu amalkan egalitarian.
Hanya sekitar 10% manusia bermata biru. Pada asalnya semua manusia bermata coklat-hitam. Tetapi sekitar 10,000 tahun lalu, berlakunya mutasi yang menyebabkan mata sebahagian manusia bermata biru. Kajian mendapati setiap orang bermata biru berkongsi leluhur yang sama.
Pada zaman dulu, mata biru adalah sangat asing sebab asalnya mata kita berwarna coklat. Tetapi ia dapat merebak dari utara Eropah dan England hingga ke Asia Tenggara, tanah Amerika dan sebahagian Asia lain.
Populasi mata biru paling tinggi berada di Eropah.
Saintis melihat, sekiranya mata biru tidak begitu penting dan tidak memberikan kelebihan, populasi bermata biru sepatutnya pupus kerana populasinya kecil pada zaman dulu.
Sebentar tadi diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam pusat galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).
Lohong hitam ini berjisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada Matahari & terletak di 25,800 tahun cahaya dari Bumi.
Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 25,800 tahun cahaya dari Bumi, bersamaan dengan sekitar 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 25,800 tahun yang lalu.
Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu.
Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah.
Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.
Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV.