Sebabnya manusia moden mempunyai rahang yang kecil. Nak tahu tak leluhur kita dalam kalangan pemburu mempunyai rahang yang besar, tuntas menjadikan gigi mereka tersusun rapi dan sempurna.
Gigi mereka tidak berhmpit dan bertindih. Gigi bongsu mereka tumbuh menegak.
Kenapa rahang kita lebih kecil berbanding leluhur kita? Sebab diet pemakanan. Leluhur kita banyak makanan yang liat dan keras, menjadikan rahang mereka lebih besar.
Sejak manusia mula bertani 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia jadi lembut dan mudah dikunyah.
Sejak manusia mencipta pengisar, banyak makanan lebih mudah dikunyah. Dulu roti keras, sekarang roti lebih lembut. Dengan pengetahuan pembenihan terpilih, banyak sayuran & buahan juga senang ditelan. Tak sama dengan masa zaman manusia memburu, semua ditelan secara asli (raw).
Diet ini menjadikan rahang manusia moden mengecil. Pengecilan ini terlalu pantas sehinggakan gigi tak sempat nak berevolusi. Apabila rahang mengecil, gigi tiada ruang yang cukup untuk tumbuh dengan cantik.
Rahang kecil ini juga menjadikan gigi bongsu tumbuh menyenget.
Biasanya gigi bongsu orang cabut. Kalau tak cabut memang sakit. Tapi kita memang tak perlukan sangat gigi bongsu sebab diet kita tak memerlukan gigi molar (gigi permukaan rata) yang banyak.
Leluhur kita perlukan banyak gigi molar sebab makanan diorang keras.
Ada yang tanya, leluhur kita jaga gigi macam mana? Dulu mana ada berus gigi. Menariknya, gigi leluhur kita lebih sihat berbanding manusia moden - pun kerana diet juga.
Diet zaman moden seperti gula, makanan yang ditapai, makanan terproses memberikan bakteria buruk kepada gigi.
Dijemput ke saluran Telegram saya untuk info-info sains:
2. Dakwaan Nabi Ibrahim a.s. ada Isteri bernama Keturah datang daripada Bible. Saya sebenarnya tak tahu sama ada Islam ada sebut pasal ini. Tapi sumber yang dia petik dari Bible. Tapi dalam Bible tak sebut isteri, ia sebut gundik (concubine).
Saintis Korea mendakwa berjaya hasilkan adipengalir pada suhu bilik & bertekanan normal.
Ramai saintis teruja kerana adipengalir bersuhu bilik akan mengubah dunia kita pada hari ini.
Apa itu adipengalir? Kenapa adipengalir dapat mengubah dunia kalau bersuhu bilik?
#UntaianZM
Adipengalir adalah bahan yang dapat alirkan elektrik dengan lancar tanpa sebarang hadangan (resistance). Disebabkan ini, aliran elektrik akan mengalir tanpa melepaskan sisa-sisa haba (heat waste). Jadi, apa yang mengejutkan di sini?
Selama ini banyak perkakas elektrik kita pakai seperti komputer, modem WiFi, TV, telefon pintar dan pelbagai lagi akan hasilkan haba. Rasa panas-panas. Cuba bayangkan, dengan adi-pengalir, kita pakai telefon tak panas. Kipas pun tak payah pasang kat PC. Ini pun dah rasa syok.
Filem Oppenheimer akan ditayangkan pada 21 Julai nanti, korang kena tahu pasal Project Manhattan kalau tonton filem itu.
Ia projek cipta bom nuklear pertama dunia. Robert Oppenheimer adalah pengarah yang reka-bentuk bom sampai jadi.
Macam mana projek ini bermula?
#UntaianZM
Pada tahun 1938, saintis Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann jumpa yang atom boleh dibelah. Pembelahan itu menatijahkan penghasilan tenaga yang sangat kuat — kini dikenali sebagai pembelahan nuklear (nuclear fission).
Berita penemuan ini sebenarnya menimbulkan ketakutan pada ramai orang, terutamanya saintis. Mana tak takutnya kalau satu hari nanti Jerman fasis berjaya buat bom nuklear, habis sengsaralah manusia di seluruh dunia.
Filem sains fiksyen terbaik pernah saya tonton. Konsep ruang-masa, lohong hitam, pengembaraan masa dll dipersembahkan dengan baik & tepat. Banyak benda boleh bedah. Antaranya, kenapa Cooper tak menua? Kenapa anaknya jauh lebih tua?
#UntaianZM
Jawapan ringkasnya disebabkan oleh dilasi masa (time dilation) yang berlaku disebab perbezaan daya graviti planet.
Apa kaitan graviti dengan masa?
Graviti terjadi akibat daripada lengkungan ruang-masa. Ruang-masa melengkung akibat keberadaan objek berjisim. Misalnya Matahari ada graviti kerana keberadaannya telah melengkungkan ruang-masa dan terjadinya graviti.
Bila balik raya, kadang kita tengok jalan sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain, tiada cerutan jalan (bottleneck), tak hujan, dll. Mula-mula sesak, selepas itu jalan lancar pula tanpa kita nampak punca. Kenapa?
Ini sebenarnya fenomena "phantom jam" yang puncanya disebabkan hanya kereta terlalu banyak. Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum.
Kalau kereta semua ikut rapat, & tiba-tiba satu kereta mula perlahan, kereta-kereta di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan -macam kesan domino.
Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.