Zamir Mohyedin Profile picture
May 7 9 tweets 4 min read Twitter logo Read on Twitter
Sekitar 30-60% manusia yang mempunyai gigi berhimpit (crooked/crowded). Gigi macam ini hanya terjadi pada manusia moden.

Gigi bongsu (wisdom teeth) manusia moden juga tak tumbuh menegak. Kenapa manusia moden ada gigi macam ini?

#UntaianZM Image
Sebabnya manusia moden mempunyai rahang yang kecil. Nak tahu tak leluhur kita dalam kalangan pemburu mempunyai rahang yang besar, tuntas menjadikan gigi mereka tersusun rapi dan sempurna.

Gigi mereka tidak berhmpit dan bertindih. Gigi bongsu mereka tumbuh menegak. Image
Kenapa rahang kita lebih kecil berbanding leluhur kita? Sebab diet pemakanan. Leluhur kita banyak makanan yang liat dan keras, menjadikan rahang mereka lebih besar.

Sejak manusia mula bertani 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia jadi lembut dan mudah dikunyah. Image
Sejak manusia mencipta pengisar, banyak makanan lebih mudah dikunyah. Dulu roti keras, sekarang roti lebih lembut. Dengan pengetahuan pembenihan terpilih, banyak sayuran & buahan juga senang ditelan. Tak sama dengan masa zaman manusia memburu, semua ditelan secara asli (raw). Image
Diet ini menjadikan rahang manusia moden mengecil. Pengecilan ini terlalu pantas sehinggakan gigi tak sempat nak berevolusi. Apabila rahang mengecil, gigi tiada ruang yang cukup untuk tumbuh dengan cantik.

Rahang kecil ini juga menjadikan gigi bongsu tumbuh menyenget. Image
Biasanya gigi bongsu orang cabut. Kalau tak cabut memang sakit. Tapi kita memang tak perlukan sangat gigi bongsu sebab diet kita tak memerlukan gigi molar (gigi permukaan rata) yang banyak.

Leluhur kita perlukan banyak gigi molar sebab makanan diorang keras.
Ada yang tanya, leluhur kita jaga gigi macam mana? Dulu mana ada berus gigi. Menariknya, gigi leluhur kita lebih sihat berbanding manusia moden - pun kerana diet juga.

Diet zaman moden seperti gula, makanan yang ditapai, makanan terproses memberikan bakteria buruk kepada gigi.
Dijemput ke saluran Telegram saya untuk info-info sains:

t.me/zamirmohyedin
Saya ada muatkan pasal ini dalam buku saya, Genesis II: Sapien & Neo-Manusia. Kini dengan reka muka kulit hadapan yang baru! Boleh dapatkan di:

Bookstore: bit.ly/GenesisIIZamir
Shopee: bit.ly/GenesisDua Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

Apr 19
Bila balik raya, kadang kita tengok jalan sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain, tiada cerutan jalan (bottleneck), tak hujan, dll. Mula-mula sesak, selepas itu jalan lancar pula tanpa kita nampak punca. Kenapa?

#UntainZM Image
Ini sebenarnya fenomena "phantom jam" yang puncanya disebabkan hanya kereta terlalu banyak. Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum.
Kalau kereta semua ikut rapat, & tiba-tiba satu kereta mula perlahan, kereta-kereta di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan -macam kesan domino.

Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.
Read 12 tweets
Apr 17
Mungkin ramai tak tahu banyak tumbuhan & buah kita makan hari ini sebenarnya tak tumbuh secara semula jadi atau tumbuh secara liar tetapi tumbuh secara kacukan atau secara pembenihan terpilih (selective breeding) yang dibuat oleh leluhur kita sejak 12,000 tahun lalu.

#UntaianZM Image
Ambil contoh sayur kubis. Kubis liar (brassica oleracea) merupakan antara kubis yang tumbuh secara semulajadi. Ia banyak didapati di Britain, Perancis dan negara-negara Mediterranean. asyarakat Yunani purba dulu nak dapatkan kubis yang lebat daunnya.
Jadi, mereka cuma tanam kubis liar yang lebat daunnya. Jadi, kubis liar yang daunnya tidak lebat tidak akan ditanam. Proses ini berterusan sehingga beberapa generasi sehinggakan mereka berjaya menumbuhkan kubis daun (kale) yang kita makan di zaman moden ini. Image
Read 9 tweets
Oct 3, 2022
Svante Paabo menang Hadiah Nobel Perubatan 2022 kerana jasanya merintis teknik untuk menjujuk (sequence) genom daripada DNA manusia pra-sejarah. Seterusnya melahirkan disiplin baru iaitu paleogenetik - mengkaji hidupan-hidupan purba daripada kaca mata genetik.
Selama ini, saintis kaji hidupan purba melalui arkeologi seperti tulang dan ciri morfologi. Kalau kaji manusia pra-sejarah, kaji sekali mereka punya peralatan. Saintis tak guna genetik. Susah dan hampir mustahil sebab genetik hidupan purba dah tercemar.
Yelah, umur pun dah puluhan ribu, malah ratusan ribu tahun. Pereputan (decay) DNA itu terjadi. Kemudian, pelbagai gangguan kimia, cahaya matahari dan sebagainya berpotensi menjahanamkan DNA asal.
Read 11 tweets
Oct 3, 2022
Ringkasnya:

- Evolusi itu berlaku ke atas manusia, haiwan & tumbuhan, cuma tak berlaku pada Adam a.s.

- Manusia moden telah wujud 300,000 tahun lalu, cuma manusia moden bersemenda dengan keturunan Adam a.s sehingga manusia moden hari ini semua dapat jejak ke Adam.

#UntaianZM
- Bila Adam turun tak tahu, tetapi pendapat yang kuat cenderung ke arah sekitar 10,000 tahun lalu. Sesuai dengan tahun lahirnya aktiviti pertanian. Peristiwa yg mengubah sepenuhnya sejarah hidup manusia.

Saya nak kongsi satu perspektif lain, apa kesannya Revolusi Pertanian ini?
Manusia asalnya hidup secara nomad dalam kumpulan yang kecil. Apabila sumber dia suatu kawasan semakin susut ataupun tempat semakin bahaya, mereka akan berpindah cari tempat lebih baik.

Mungkin ramai tak tahu, manusia pra-sejarah dulu amalkan egalitarian. Image
Read 14 tweets
May 26, 2022
Hanya sekitar 10% manusia bermata biru. Pada asalnya semua manusia bermata coklat-hitam. Tetapi sekitar 10,000 tahun lalu, berlakunya mutasi yang menyebabkan mata sebahagian manusia bermata biru. Kajian mendapati setiap orang bermata biru berkongsi leluhur yang sama.

#TriviaZM Image
Pada zaman dulu, mata biru adalah sangat asing sebab asalnya mata kita berwarna coklat. Tetapi ia dapat merebak dari utara Eropah dan England hingga ke Asia Tenggara, tanah Amerika dan sebahagian Asia lain.

Populasi mata biru paling tinggi berada di Eropah. Image
Saintis melihat, sekiranya mata biru tidak begitu penting dan tidak memberikan kelebihan, populasi bermata biru sepatutnya pupus kerana populasinya kecil pada zaman dulu.
Read 7 tweets
May 12, 2022
Sebentar tadi diumumkan saintis berjaya mencerap lohong hitam pusat galaksi kita, Galaksi Bima Sakti (Milky Way) melalui Event Horizon Telescope (EHT).

Lohong hitam ini berjisim 4.3 juta kali ganda lebih tinggi daripada Matahari & terletak di 25,800 tahun cahaya dari Bumi. Image
Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* dan ia terletak sekitar 25,800 tahun cahaya dari Bumi, bersamaan dengan sekitar 9.5 trilion km dari Bumi. Dengan kata lain, imej yang kita lihat ini merupakan imej 25,800 tahun yang lalu.
Sebelah kiri merupakan lohong hitam yang pertama kali saintis berjaya cerap iaitu pada tahun 2019, dikenali sebagai M87*. Ia terletak di galaksi Messier 87 iaitu berada di 53 juta tahun cahaya. Dengan kata lain, imej M87* merupakan imej 53 juta tahun lalu. Image
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(